Friday, January 31, 2020

Januari yang padat.

Permulaan tahun memang sibuk kalau kat sekolah. Aku yang tak berapa rajin ni pun rasa sesak nafas. Apelah perasaan orang yang jenis takde keje cari keje eh. Hahaha macam2 jadi Januari ni. Sibuk hal sekolah. Sibuk jalan2 cari makan. Sibuk lepas rindu sebab cuti sekolah. hahahaa

adfdw
Macam biasa lah kemas kelas. Tak hias sangat sebab kelas dah ok. So touch up je lah. Tambah soft board kat belakang. Tu je.


Berjalan di tempat lepak favorite kami. Betul2 berjalan. Sebab pegi lepas maghrib ni hanya untuk berjalan. Hahaha rindu katanya.


Makan di SinggahSelalu. Rindu kat Urap dengan kari kaki ayam. aduh sedapnya..


Lepas rindu dekat BuburAyam Giant Plentong pulak. Hahaha


Beli hadiah perpindahan untuk Pengetua. Al-Khautar lah kami..


Dah alang2 tu lepas rindu kat WarungBoyan pulak. Hehe Satay ni padu.

All time favorite kat kedai ni. Bakso. yummehhhh


Nama lain kedai tu adalah WarungKuburCina. sebab memang kat kubur cina pun. Hahaha


Ehhhh tau2 benda ni dah siap pulak. Cuti lama sangat ke? 

Lepas rindu makan kat CendolHouse pulak.. sedap2 makanan kat sini. murah2.


Tudia cendol dia... kecik molek je. tapi padu kauuuu


Macam biasalah. Merentas desa. Macam biasa jugak lah kena jaga check point maut. Hahahahaa menyeramkan beb kat simpang 3.


MYL TANDOORI HOUSE . Puri Kari Kambing dengan Mango Lassi. The best in Kota. Fuhhh memang tak menyesal.


Macam biasa.. Menu wajib IKEA. CeaserSalad. Sedap weiiii


1st CeaserSaladIKEA untuk 2020. more to come. Yeayyy


Melambai Kasih untuk TuanHaji yang berpindah semula ke tempat asalnya. 

Bersama kesayangan. Memang takkan penat. Hahaha majlis perpindahan pakai baju koko gaisss..

Cendol ini terlalu sedap. mangkuk kecik boleh upgrade terus ke besar. dan la sedap. free pulak tu. sahuttt

ni baru habis separuh Januari.. Hahahaaa mari sambung.


Pure AirKelapa. Habuan panas terik. Aku kata dah. punya jalan2 cari makan lepas rindu tu sampai air kelapa pun cari tempat favorite. 

Nak raya katanyaaa...


Nak makan benda lain tapi habis. so amiklah nasi lemak lepas rindu OldTown. Hahahaaa alasan je semua ni.


Ada orang tu buat cermin mata baru. Satu Hilang. Satu patah. aduhaiii


WOODFIRE JB recomended gaiissss... tak rugi untuk cuba. portion besar gila. sehebat harga. 


yang ni memang saja buang masa buang duit demi tenangkan hati nak interview. hahahaha


penghujung Januari kenangan interview untuk naik DG. bersama rakan2 senior yang hebat.  lepak semua ye nak naik gaji. hahaha


Balik terus pecut bersama kesayangan. Culik dia dulu then cabut.


Tak payah cari kedai asam pedas viral gais. setakat Muo nih kau g kedai makan mana2 pun insyaAllah asam pedas best.



Rumah baru nenek dah siap. Alhamdulillah.. bertambah2 selesa.


HomeSweetHome. 

Tak sampai sebulan duduk JB tekak dah gatal air tembikai tempat favorite. haha


Kembali ke JB menerawang ke Toppen

Kalau ada limau memang tandanya CNY dah dekat lah. time ni memang mewah Vitamin C.



Tidak lain dan tidak bukan rutin setiap tahun memang meeting di sini. 
BolaJaring lah.. apa lagi.. tahun ni training awal. sebab bawak dua team terus.


Hampir makanan ruji. Hahahaa

Homemade food for the 1st time in 2021. Hahahahaa

Penutup Januari 2020. Always our favorite. hahaha 

Aku rasa start tahun ni aku nak buat post rangkuman setiap bulan. Hahahaa memang takde sapa baca pun. Tapi saja untuk kepuasan diri sendiri. 


Sekian.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...