apa yang aku rasa itulah yang aku tulis .. coretan peribadi tapi buat mereka yang sudi membaca aku persilakan dengan seikhlas hati .
Sunday, March 16, 2014
autumn.
kat luar negara kalau autumn dapat tengok daun2 coklat gugur. dah start rase sejuk.. tapi kat malaysia lain. ada macam autumn. ada daun2 coklat. ada pokok takde daun tapi semua tu sebab cuaca panas yang melampau. rase dah macam iklim kat thailand pulak. musim panas dan lembap yang ketara. bila hujan asyik hujan je tak berhenti. bila panas jadi panas sangat. semenjak dua menjak ni memang panas sangat kan...rase macam taknak keluar rumah. makin hari makin teruk. kebakaran ada kat merata2 tempat. kalau sebelum ni la belukar terrbakar sikit je pun jem panjang gila. tapi sekarang sepanjang jalan terbakar pun orang dah tak heran. tapi semalam memang terkejut sangat. sepanjang jalan yang aku lalu dah hitam je... patut lah udara pun dah bau asap. asap memang tebal gila macam jerebu ipu 300++ fuhhh memang ngeri. baju yang sidao kat luar rumah pun bau asap. dalam kete pun bau asap. pagi tadi pokok2 dah gelap-hitam jer. sepanjang malam terbakar kott.. papepun bersykur sangat sebab tadi dah hujan lebat. walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya dapat lah tengok hujan. dapat tengok jalan basah. dapat clearkan asap2. dapat tengok kete basah. fuhhh dah lama tak rase nikmat tu. terima kasih ya Allah.
Friday, March 14, 2014
kek fofuler
aku rase ni lah antara kek yang tengah in sekarang ni. bersepah2 kat fb kat instagram pun. belum lagi terfikir untuk buat kek ni. lagipun im not a big fan of cheese...so memang tak terniat la. makan boleh. tapi kalau nak buat hurmmm banyak lagi kek yang belum cuba kott. hehehe kek ni kak timah yang blanje. sebab tu lah sedapnye berganda2. tapi yang aku kagum adalah kek ini sangatlah lembut walaupun diletak di dalam peti sejuk. sebagai beginner dalam dunia baking membaking ni haruslah aku kagum.hahaha takpe tengok lah cuti nanti kalau dibuka pintu hati ni. aku try la buat. nampak macam senang.hihihi
Sunday, March 9, 2014
perubahan
jujur bagi aku tahun lepas antara tahun yang terbaik. punya kawan2 yang baik dan hebat. seronok mengajar walaupun mencabar vokal dan emosi. sangat selesa dengan suasana yang sihat dan gembira. sangat bermotivasi untuk datang ke skolah setiap hari. balik kampung dah tak sorang2. selalu berteman. balik JB juga tak perlu tergesa2. pagi2 dah boleh gerak. juga berteman. bukan ape kalau berteman ni lebih lah motivasi untuk bawak kete dengan berhemah. takdelah aku duk merempit kat highway tu. kehidupan pun lebih teratur. dapat memaksimakan penggunaan masa dengan sebaik mungkin. aku mula seronok untuk ada di sekolah. hihihi
tapi...tahun ni.. ye!! TAHUN NI !! semuanya berubah ! bukan nak merungut lah. tapi aku ada hak nak luahkan ape yang terbuku dalam dada nih. tak tertanggung rasenye. sedih. setiap hari rase makin sedih. memang benda kecik jer. tapi kalau dah bertimpa-timpa memang terase ler....
tetiba kena g meeting- the next day taklimat- jaga sukan 7 hari- terus pindah pagi- mengajar form3- ketua panitia- pegang kelas 'tu'- tak dapat balik pagi ahad- kena balik sorang2- now kena halau dari tempat sendiri dalam bilik guru! ( takkan aku nak guna term dinasihatkan pindah pulak kan??) WHAT!!!!???
hohoO yer aku mengaku benda kecik jer. remeh temeh. tapi semua ni sangat tiba2. dalam 2 minggu ni jer okayyy. this is to much! hidup aku berubah sama sekali tak dapat nak settle dengan budak petang pun. memang ler aku suka mengamuk tapi aku caring kottt... berat nak melangkah. rase lambat je masa bergerak. takda motivasi lagi untuk jadi macam dulu. bukannye lah aku tak suka sangat pegi pagi.kawan2 pun okay. bukan aku pindah sekolah. pindah sesi jer. cuma belum dapat meredha dan mengikhlaskan diri jer. again... sebab semua ni TETIBA JER OKAYYY!
aku memang menaip dalam emosi tak stabil. memang aku banyak berfikir sejak beberapa hari ni. memang aku tak happy. kalau aku dah okay mungkin aku akan delete post ni. MUNGKIN.
Monday, March 3, 2014
MSSD
7 hari berada di padang.fuhh memang PANAS!!!! tapi seronok. dapat kawan baru. dapat tengok gelagat pelajar dari sekolah lain. yang paling best dapat tengok gelagat BAJET BAGUS guru pengiring ngan pelajar yang sama naik jer. huh menyampah betol. aku tak heran pun. kalau betul hebat takpelah.ni sembang kencang. ape pun takde. papepun alhamdulillah setakat duk padang 7hari ni aku dapat pulihkan balik la suara aku yang memang totally ilang masa last day kat skolah sebelum kena bertugas kat padang. malangnya arini dah ari last. lebih malang lagi start esok aku dah kena bertugas pagi. choyyy.. jujur mak tak rela~
![]() |
| group c - pegawai lompatan |
Saturday, March 1, 2014
mana pergi itu ikan???
yer mana pergi itu ikan?? punya la panas sampai parit kat depan rumah aku kat kampung pun tinggal lopak air jer. sepang 3minggu tak balik aku duk JB rasenye macam tak ada 1 ari pun hujan. balik kampung pun panas terik-mendung macam nak runtuh langit tetap tak hujan. lepas hantar adik laki aku kat bustand aku decide la untuk basuh kete kat auto. yelah kat rumah still ada khemah tak boleh basuh kete. balik sampai rumah jer park kete terus hujan lebat. walaupun sekejap tapi syukur ALHAMDULILLAH~
Subscribe to:
Posts (Atom)








