Friday, April 7, 2017

Mesyuarat 2Minggu

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lagi dipanggil untuk tugas luar dari kebiasaan. kalau tahun lepas Mahkota Hotel Melaka, tahun ni kena pergi KL pulak. Hotel Seri Pacific. kalau tahun lepas seminggu.. tahun ni upgrade sket. 2 minggu..hahaha mereput kau.. tapi tahun ni azab sikit lah. sampai je hotel memang badan panas. tetiba demam kau. terkejut kot tak pernah2 drive sendiri ke KL. memang tahap tawakal tertinggi lah. nasib baik senang nak cari hotel nih. betul2 ikut GoogleMaps. tapi memang satu benda aku pelik. kalau kat bandar memang selalu sangat lost connection. kat JB pun sama. so memang la ade saat2 mengerikan tuh. mujur signboard sangat berguna kali nih. alhamdulillah dengan berkat kesabaran aku dapat sampai dengan selamat.

awal gila aku keluar rumah. dalam pukul sembilan kot. sampai hotel dlm pukul 11 lebih macam tu. semata2 nak dapat parking. haha memang alhamdulillah rezeki dapat parking betul2 dekat dengan lif. sama macam kat Melaka dulu. rezeki. so sape2 datang lambat memang kena letak kereta kat PWTC. hotel ni sebelah je PWTC. TAPI....sampai awal dah. nak tunggu check in tu Ya Allah.....pukul 3 baru dapat bilik...bukan sebab aku tunggu lama sebab datang awal. tapi ada masalah bilik. ada beberapa subjek kena pindah hotel lagi. mujur subjek aku stay kat situ. kalau tak memang tak berbaloi datang awal sebab parking. haha

pemandangan dari bilik aku


aku check in sorang je sebab roomate tak sampai lagi. so dapat la tengok dalam bilik dengan teliti. check semua tempat yang ada. alhamdulillah.. puas hati. bilik pun besar. lengkap lagi. seterika pun ada setiap bilik. okay la tak perlu struggle untuk 2 minggu ni walaupun aku dah bawak sendiri. dalam pukul 4 ada taklimat kejap dan lepas tu free sampai pukul 8 ada perasmian. kejap je pun lepas tu rehat sampai esok paginya. tapi demam makin teruk. langsung takde prepare pape ubat pun. yelah tak expect pun nak demam kan.

besar jugaklah shopping complex ni

Meeting kali ni lain sikit daripada tahun lepas. lain dari segi masa bekerja la. memang sharp. haha on time. start dengan habis memang on time. takde masa2 tambahan okay. bagus..kita guna masa sebaiknya. tapi memang tepu otak.. haha dan macam biasa la aku makan sekali sekala je.tak larat langsung lah. makan masa tea break je. lagipun kali ni bukan macam selalu tu bufet hotel tapi kali ni makan macam kat rumah. haha satu lauk satu sayur. kelakar pun ada jugak. tapi syukur la dapat makan sekali. kalau makan tanggung sendiri sengih je la..depan hotel ni ada shopping complex besar tapi 2 kali je aku pegi. sebab nak tunggu sihat betul tu seminggu kot...dah nak last2 bru okay. mujur lah. kalau tak camna la nak drive balik. orang lain boleh siap g berjalan2 sampai Jalan TAR shopping sementara waktu senggang. hebat...huhuu

habis meeting ni pun aku trus balik JB sebab ada taklimat untuk PT3 Geografi. esoknya aku MC sebab tumbang habes takleh bangun.. haha 2 minggu tak pergi sekolah..rindunya budak2..takpe silibus berjalan lancar sebab sebelum pergi aku dah siap2 cover mana yang patut. masuk banyak kelas ganti cikgu yang tak datang. bahan relif pun dah tinggal...kalau perancangan tu baik takda sape yang rugi. insyaAllah..2 minggu bersama orang2 hebat buat aku rasa kerdil betul..huhu yelah satu group dengan orang2 master..dengan cikgu2 kanan bidang. orang2 berpengalaman. pengerusi yang terbaik. alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan orang2 yang baik lagi. tambah kawan2...tambah pengalaman..seronok jumpa2 senior2 super duper baik. alhamdulillah..

orang2 hebat

moga2 tahun depan dipanggil lagi untuk meeting ni. 
amin.....

rindu pulak dengan bilik sejuk gila macam peti ais beku tu...huhu


Sekian..

Saturday, February 11, 2017

Kelas PurplePink

Seperti kebiasaannya setiap tahun memang aku akan jadi guru kelas. dan setiap tahun juga lah duit bonus awal tahun memang akan dikorbankan untuk kebajikan kelas. hias kelas, beli kertas, beratus2 fail, beli alat tulis untuk pelajar dan beli macam2 lagi. ye memang alat tulis. aku tak suka ada pelajar tak bawak pen lah pensel pembaris dan macam2 lagi. so untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku baik aku sediakan awal2. so takde alasan lah taknak buat kerja. senang cerita. budak happy dapat barang free. aku lagi happy tak perlu nak bising2. 

Okeh tahun ni dapat kelas 2nd last. takde pelajar melayu. dan untuk mengelakkan panas hati yang berlaku sejak 2,3 tahun lepas tahun ni aku decide semua aku buat sendiri. cuma harapkan mereka redha dan jaga je. yelah dapat kelas budak yang konon2 boleh diharap pun tak gerak jugak. sama je. baik aku buat sendiri. tengok keadaan kelas agak okay. takde lah huru hara macam kelas2 sebelum ni yang aku dapat. memang start dari kosong. cumanya kelas ni sangat2 lah PINK. aku tak boleh terima. pink sana sini. so aku kena kurangkan sikit. hahahaa langsir pun dah ada so jimat.

So aku pilih warna purple - ungu. sejuk mata aku memandang. hahahaa tapi takdelah semua pulak nak purple. sakit mata jugak. sikit2 lah. cat mintak belas ikhsan bff. kelas dia mengecat ada lebih. daripada membazir baik aku mintak kan. hahaa pahala berpanjangan.. moga lebih murah rezeki lah. amin... tahun ni untuk meja mula2 aku nak cat je tapi malas pulak nanti nak cat2 lagi. dah serik guna pembalut hadiah, tikar getah, plastik dan macam2 lagi. so tahun ni decide pakai wallpaper je. dengar macam mahal tapi sebenarnya tak pun. guna 3 gulung je macam tu. tapi tahan lama. harapnye lah. haha

step by step

wallpaper untuk alas meja

hasil akhir

Mungkin nanti ada lagi penambahan tapi tengok lah bila rajin tuh.. hahaa sapa2 conteng atas meja tu memang siap lah telinga kau orang...

Sekian.






Thursday, October 13, 2016

Selamat Hari Lahir H.K

tahun ni aku diberi kekuatan semula untuk wish sempena ulang tahun kelahiran CintaHati.. nampak macam simple kan..tapi korang tak ada kat tempat aku.. orang yang dapat doa kebahagiaan dari jauh.. orang yang berhenti menjadi gila hanya cuma boleh mengharap.. mengharap kebahagiaan aku ni dengan dia.. tak salah kan asalkan dia belum berpunya ? yee.. aku tak move on..untuk apa? aku takda siapa pun kat dalam hati ni selain dia.. aku bukan macam orang lain berkawan ramai2.. bukan takda tapi taknak. biar lah orang kata apa.

cinta manusia aku hanya untuk dia..korang yang dah jumpa kebahagiaan tu duduk diam2.. jaga sendiri apa yang patut korang jaga. biar aku dengan hidup aku. tak menyusahkan orang lain rasanya.. biar aku bahagia dengan cara aku..

Selamat Hari Lahir Love..
"moga dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
ditemukan jodoh yang solehah.."

Ya Allah..
dekatkan dia denganku..
bukakan pintu hatinya untuk aku..
amin..
aku cinta dia..


Saturday, September 17, 2016

PROJEK ABAH : Pondok Jimat

Sempena cuti aku dah plan dengan Abah nak buat projek pondok untuk lepak2 pagi ke petang ke.plan dah lama dah tapi tak sure nak buat kat mana. bila rumah dah siap baru nampak kawasan terbaik untuk dirikan sendiri projek kami. projek ni sebenarnya macam menghampiri zero kos. sebab semua barang yang Abah guna adalah atap, kayu dan papan daripada rumah yang dulu tu. paku pun mana yang ada je. tapi ada la sikit2 beli baru. memang hampir semua barang lah kami tak beli. hehehee sebab tu aku on je. Abah la yang pasang sorang2. hahaa ape fungsi kami? tolong pegang apa yang patut. bagi sorakan semangat. hahaha 3,4 hari jugaklah bertukang. siap akhirnya macam tak percaya. haha buat sendiri okay. hitam legam duk bawah panas. memang syok ni lepak kat sini masa sarapan, minum petang or even tengok bintang malam2. jangan nampak benda lain sudah..

hari kedua

hari kelima

memang cun lah ! nanti tambah la sikit2.. HARAPNYE.. hihihihi Abah dah kata nak gantung segala jenis pokok orkid yang ada kat pondok ni. tak kesah la Abah asalkan happy..

dan aku dengan perasannya anggap inilah hadiah hari lahir untuk 2016.
hahaha

TERIMA KASIH ABAH !




Sunday, August 14, 2016

Mahkota Melaka

Seronok bila dapat tambah pengalaman baru. jumpa kawan baru. sesekali keluar daripada rutin harian. bukan selalu.. sekali sekala. keluar pun bukan makan angin. tapi buat kerja. waktu kerja yang lebih panjang daripada biasa. haha tapi kali ni mencabar sikit. sebab bertembung dengan waktu menanda. hmm terpaksa berkorban sikit lah. sabtu drive bali JB. ahad pergi kursus penandaan seharian. isnin tu smpai separuh hari je mintak excuse untuk keluar awal. yelah taklimat penandaan ahad je. isnin tu menanda skrip contoh. so ok lah. disebabkan check in hotel hari isnin aku terus la balik ke muar. singgah rumah jap ambil barang then terus ke hotel. Hotel Mahkota Melaka. selalu lalu je area tu tapi tak pernah la pulak nak singgah nye... takde tujuan pun. fuh gigih betul drive 3,4 hari ni.

Disebabkan check in hari isnin so memang tiada masalah parking lah. syok ooo dapat parking betul2 depan pintu nak naik ke lif. senang nak angkut barang. baju kotor memang aku terus letak dalam kereta. tapi blok2 kat hotel ni mak aih memang jauh gila nak menapak. lobi kat depan. bangunan bilik kat belakang. bangunan tempat mesyuarat kat tengah2. tapi view cantik... ade pool tapi tak sempat la nak mandi manda. lagipun tak kuasa aku nak mandi manda kat orang ramai nih. cuma semput la nak tunggu giliran naik lif ke bilik mesyuarat tu. mula 8.30 pagi - 12.00 tengah hari. sambung semula pukul 2.00 - 5.00 petang. then rehat dan start semula pukul 8.00 malam. habis tak tentu masa. paling awal pukul 11.. paling lewat rekod pukul 1.00 pagi. tapi takpa lah. demi anak bangsa dan ilmu. aku gagahkan jua. hahaha

ruang luar besar tapi bilik kecik

Kami duduk dalam apartmen dua bilik. ruang kat luar memang besar. selesa sangat. tapi dalam bilik kecik je. takpelah. memang untuk tido je pun. bukan sempat nak buat benda lain. 6 hari aku berkampung kat sini.. fuh puas. hotel ni betul2 depan mahkota parade. hihi ade la jugak keluar ke situ kejap. berani pegi la sebab parking memang takde orang amik. sebab hari biasa tak ramai orang kat hotel tu. parking kosong. disebabkan bilik jauh dengan tempat makan memang macam2 stok makanan kering aku bawak. sekali je aku makan akt hotel tu. sarapan masa hari sabtu sebelum balik. hahaha sebelum tu semua aku tak turun makan. serius jauh. aku tak tipu. memang aku tabik orang yang pegi makan tu. lagipun kalau aku makan memang takleh buat kerja. memang ngantok takleh nak buat apa.

Tapi syok lah kenal macam2 perangai orang baru. hahaha baik2.. ade jugak lah yang tak baiknya. tapi sapa kita nak judge. tapi yang paling penting. aku jumpa mentor aku masa kat U dulu. dan beliau lah pengerusi mesyuarat kami. heheheee macam tak percaya dapat kerja sama2 dengan dia. dapat la amik 2,3 gambar. malu punya pasal dah nak balik baru aku amik gambar. tapi seriously team kami memang best. orang2 berpengalaman dan penuh ilmu. malunya aku.. rasa kerdil je. sebab aku la paling muda pengalaman. haha dapat la selit2 sikit tambah ilmu tu. alhamdulillah.. bukan pergi saja2. 

So, dengan terkorbannya seminggu masa untuk menanda, hari sabtu tu memang aku terus pecut balik JB. tapi sempat la singgah rumah jap hantar barang. maka bermula lah sesi penandaan sebab tinggal seminggu je lagi.. huhuuu nasib lah. ahad sekolah. kau rase... hahaha berani buat berani tanggung lah. orang lain dalam team sedap lah.dorang ahad cuti. yang duk Johor ni kena la sekolah jugak..

Sekian..
Harapnya dipanggil lagi untuk tahun depan.
hihi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...