Tuesday, December 11, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( HANTARAN )

hantaran untuk dua2 belah pihak aku buat sendiri. dua2 aku buat sendiri. kali ni simple je. ade yang recycle je barang yang dah ada. macam gabus dan dulang. aku guna je semula masa yang hantaran bertunang sebelum ni. hantaran untuk suami aku buat warna hijau mint. macam baju kan? haha warna cute je. tapi dalam gambar tak secomel depan mata pulak. aku bagi tak banyak pun. mana yang perlu je. barang pun ada yang beli sama2. ada yang Suami beli sendiri. kasut je beli sendiri. yang lain memang beli sama2.. sejadah je aku beli sendiri. wangi oiii sejadah tu.. 



hantaran untuk aku pulak syok sendiri kan so aku memang pilih la yang soft2 kalernye. barang memang beli sendiri. telekung beli kat JalanTAR dengan Suami. al-Quran Suami belikan.. cantik sangat.. biskut Suami yang bawa. sebelum family sana sampai barang hantaran ni dah letak dulu kat homestay. so tinggal touchup2 sikit je. Suami bagi contoh yang dia nak. aku g cari bunga yang hampir sama. kaison+pisb . nasib baik dua2 tempat ni ada. mana ntah gambar contoh tu. tapi aku dapat cari 90% la semua bunga tu. haha aku memang suka warna ni so memang kesungguhan dan kegigihan untuk cari tu ada. alas dulang tu sebenarnya lace warna putih tau. nampak seksi sikit.. hehehe tapi dalam gambar memang tak jelas lah.


aku ni tak kreatif mana lah. tapi boleh la kan dari takda. biasanya aku follow pape design yang aku nak je. ni pun baru kali ke3 aku buat. sebelum ni untuk tunang+wedding paris, majlis tunang aku dan majlis kawin ni. huhu ok kot eh? hehehe


Monday, December 10, 2018

WEDDING : Royal Blue

alhamdulillah...kiranya dah settle lah 3 majlis terbesar dalam hidup aku. selang dua minggu jugak ah untuk majlis bertandang kat Perlis nih. haritu CintaHati dah balik dulu. tanpa banyak soal aku biar je lah CintaHati balik walaupun dalam hati meraung2 hahaha. Cintahati tak bagi aku ikut.. suruh datang dengan family je. Mak ngan Abah pegi dengan family members yang lain. aku pegi dulu naik kereta dengan adik2..tak sangka Boyfriend Si Alza Hitam sampai ke Perlis.. hahaha aku bangga dengan kami. 

kami gerak khamis pagi..alhamdulillah..all went well.. Anil drive all the way. hahaha memang ikut plan betul. sampai kat Alor Setar tepat pada masa yang dirancang. insyaAllah takda langgar lebih maksimum speed. kalau aku drive mungkin dah berkeping2 saman. hahaha so sampai Alor Setar terus pegi fitting baju. and...and... jumpa CintaHati aka SuamiSaya setelah seminggu tak jumpa!!!! hihihihihiiii sengih je la yang mampu. maklumlah..aku kan over react sket..(baca:melampau)

lepas fitting baju..kami makan then terus ke homestay rehat jap..pastu g keluar tengok sunset. hahaha kami berempat je..CintaHati sibuk uruskan hal2 lain.so feeling lah tengok sunset sorang2.. then g makan mee sup. nak melayan tekak budak2 nih..haha lepas tu balik homestay teros pengsan !! esoknya berjalan lah kami kemana2 tempat yang free kat area2 Kuala Perlis je. nanti cter kat entri lain. (feeling2 orang baca post ni haha) petang tu akhirnya dapat jumpa ngan Mak Abah. yeay!!!



masih tak sehati sejawa

pose terpaling senyum Mak Abah

completed set
walaupun ada banyak drama here and there..alhamdulillah..all went well..tapi dia punya penat tu sampai air mata pun tumpah..hahaha ape yang penat pun tak tahu lah. emosi kot.. hahaha kelakar lah fikir balik. tapi takpe. yang penting semua dah settle. aku mohon doa je lah dari semua yang mengenali kami..doakan yang baik2.. doakankami dapat menempuh alam rumahtangga dengan sebaiknya.. doakan emosi stabil..doakan kami bahagia.. lama nak tunggu saat ni.. harapnya berkekalan hingga hujung nyawa. amin..









WEDDING : PERSIAPAN ( KAD KAHWIN )




Kad Kahwin LOVALOQ By ILHAM

kad kawen aku simple je. aku tempah dari LOVALOQ. jumpa kat FB. punya lah survey itu ini yang murah. hahaha last2 kerana design tu menangkap kat hati. kerana warna tu memang kena dengan jiwa akhirnya aku tewas. tewas dengan harga. kelakar jugak lah pakej harga dia tu. ni pun aku dapat masa tengah promosi. tapi sebab aku memang nak cari design yang simple dan kad yang simple maka aku guna la saiz 4x8 inci sebab harga untuk semua saiz time ni sama je.

Kad 4x6 single

- 300pcs RM220
- 500pcs RM250
- 600 - 1000pcs RM290


aku memang tak plan untuk buat banyak pun.. ckuplah 500pcs.. tapi sedara mara mak cakap ready dalam 100pcs.. kawan2 lagi..sekolah je dah hampir 80pcs.  so nak taknak buat je la 600pcs. padahal tempat lain ada je yg jauh lebih murah dan lagi banyak free gift. tapi entah la aku cari2 kat tempat lain tak perasan pulak design yang aku nak ni. tapi aku memang dah alang2 letak bajet rm300 untuk kad kawen kan. so proceed je lah. orang suruh bayar deposit je. aku bayar penuh terus. hihi. malas nak fikir dah. 

bila dapat kad kawen ni surprise jugak lah. sebab bukan 600pcs yang aku dapat. tapi berlebih2 sangat. dalam 1000pcs ++ huhu rezeki. so aku cakap kat MakAbah. orang kampung bagi je kad sorang satu. haha dah lebih banyak sangat kan. aku memang limitkan 500pcs je untuk sedara mara. kalau over pun dalam 600pcs je lah. taknak ramai2. sebab masa majlis Fariz haritu dah byk sangat kad. okay la aku sederhana sikit.. hihi

kad memang ok cantik cun. memang macam aku nak. cuma adalah font tu yang tak berkenan tapi aku malas nak layan lagi dah. haha siapa sangka aku guna warna hijau untuk baju dan kad. haha memang tak sangka langsung. tapi takpelah. dapat pilih hijau yang cantik. at least cantik kat mata aku. hehehe



WEDDING : PERSIAPAN ( PAKEJ KAHWIN )


Pakej kahwin aku ni aku amik dari Butik Pengantin Aziesha. ada satu butik kat simpang masuk kampung Parit Pulai. haa kat situ lah butiknya. sederhana je butiknya tapi hasil pelaminnya omaigad sooo cantik. aku amik pakej bertandang je. tambah sekali lagi solekan untuk hari nikah tu. haa yang ni aku kurang bertuah sikit sebab bukan amik masa harga promosi. hahaha takpelah. rezeki dorang. aku pun dapat baju yang aku nak kan. so okay lah. bayar je. dah masuk dalam bajet pun. hahaha

RM1800
pelamin
baju sanding L+P
aksesori
hiasan meja makan
solekan


tapi tulah. sebab aku nak yang simple kan. aku bagi design memang simple gila. tapi macam biasa lah. takda lah dorang buat sebijik. tapi rupa tu ada lah. haha but overall memang cantik gila. bagi aku la. haha tapi Suami pun kata cantik. hehehe alhamdulillah Suami suka. walaupun aku tak dengar dari mulut orang lain cakap pelamin tu cantik. yang penting Suami kata cantik. cukup bahagia dah hati ni. yang lawak nya dorang pun tak share full looked kat sosialmedia dorang. haha tak cukup cantik tak cukup grand kot.. 2nd time dapat client macam aku. 1st time tu aku rasa cousin aku. haha pelamin dia lagi simple. memang aku request warna macam tu. macam warna kad kawen.

50% macam yang aku nak. haha tapi still cantik.

khemah makan pengantin pulak ada salah faham sikit. aku dah siap tempah dengan khemah yang lain sekali. tapi baru sedar dalam pakej pengantin yang aku amik tu ada hiasan khemah rupanya. haha ingatkan letak bunga2 je. rupanya  dengan scallop skirting bagai. alhamdulillah.. memang tak sangka. so bodoh2 je la aku bayar lebih kat hiasa khemah yang satu side lagi tu. takpelah. aku halalkan je. malas nak mintak duit ke ape. sebab aku yang bodoh tak sedar ada dalam pakej. hahaha tapi tulah. nape ntah aku request warna ni. mungkin masa KakZi tanya tu aku ingat dia tanya khemah yang lain. hahaha ikut hati memang nak warna cream ngn merah hati. kalau boleh sebijik pelamin. tapi dah pening. mulut tak seiring dengan otak. haha nasib naik aku tak tercakap warna yang takda kena mengena. lagi haru. haha overall okay lah. cun jugak.

baru kontra warna dengan kek hehehe

okay bab make up memang aku puas hati 100% dengan KakAzi. gila punya cantik dia buat. sebab aku ni tak berapa cantik kan. so bila dia makeup tu rasa lain betul. ni aku request natural je. yang tak bape natural sangat pun lah. haha tapi cantik. serius cantik. ditambah dengan filter lagi lah cantikkkk hahahaha baik betul ikut ape yang aku nak. hehe tak banyak beza sangat makeup nikah dengan sanding sebab aku nak sama. cuma lipstik je beza. 

ada filter

takda filter

sebuah kegigihan


tapi kalau tengok real memang cantik lah. tak tipu. bukan aku. tapi makeup nya. haha thanks KakAzi buat aku nampak cantik. thanks jugak sebab nak fullfil permintaan aku nak veil baru macam dalam gambar tu. thanks jugak sebah sanggup datang butik malam2 sebab Suami nak fitting baju. huhu sampai dari Perlis terus fitting baju. thanks untuk banyak lagi benda kecik besar kecik besar. haha paling penting sekali thanks sebab sanggup tukar bulu mata saat2 akhir masa pengantin laki dah nak sampai. time tu berdua je dalam bilik aku paksa KakAzi tukar sebab sangat2 tak selesa pakai yang tebal. peluh abes bertakung kat bulu mata tu tau. haha lawak pulak. pedih mata aku. alhamdulillah bila tukar tu. legaaaa ringan jeeee

btw, bunga tangan tu aku punya sendiri. konon nak warna putih. bila pegi PISB tu warna putih dah abes. sedih gilaaaaa nasib baik ada biru. boleh pakai untuk majlis Perlis nanti jugak. ubah sikit la. so nak balance kan warna tu aku tambah bunga putih. so okay jugak lah. Suami kata cantik. so aku pun happy .ONZ sangat... aku rasa kalau la suami cakap pakai guni pun cantik memang tak teragak2 untuk aku pakai guni ya gaisss hahaha



baru menyerlah gambar gedik2 macam tu..
haaa gitchuuuu~


Wednesday, December 5, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( KEK KAHWIN )

salah satu benda yang buat aku seronok gila is KEK KAHWIN. nak mudahkan urusan amik kek pada hari sanding tu aku tempah la dengan non other than my beloved cousin KakMimi. dia buat almost sebijik macam yang aku request. syok gilaaaa tengok la cream tu macam naked2 je kan.. seksi. haha buttercream putih kek pulak kek coklat. rose merah kembang2 macam tu. fuhhhh omaigad. cantik.

indah kan... T_T


RM200
naked cake 
(choc double barrel + buttercream)
fresh flower 
(red rose + baby breath)
cupcake
+ brownies (bday Mak)

aku request je. pandai2 KakMimi settle. hahaha siap tambah brownies lagi sebab masa hari nikah tu kan bday Mak. haritu Mak cakap nak brownies. tak sempat nak buat ada ramai2 orang tu. baik aku tempah je siap2. sedap okayyy. nak banding aku buat entah jadi ke tak. hahaha 


SelamatHariLahir Mak ku sayang

kek kawen tu aku memang request buttercream sebab masih boleh bertahan kalau panas. berbanding creamcheese memang finishing cantik tapi kalau panas berpeluh beb. sedar2 nanti bunga ntah kemana.. cream ntah kemana. haha overall kek memang sedap gilaaa. seminggu aku simpan makan sikit2. hahaha 

cousin yang umur lebih kurang. tapi hebatnya masak tiga orang ni memang aku tak terkejar.
thanks la korang sebab melayan aku nak lukis inai kat tangan. haha kedekut punya pasal kan sanggup tu lepas maghrib pegi cari kedai henna india kat Tangkak. yelah dah orang lukis henna mahal sangat. takda dalam bajet aku. memang la effort dorang kan.. duit minyak lagi. tapi ada yang lagi murah kenapa cari yang mahal. memang tak se detail yang mahal. tapi okay lah dari takda. bersungguh ni pun sebab Suami suruh pakai. dia kata kosong sangat tangan. haha pastu dapat pulak dua orang ni melayan. haha jadi je. thanks korang bertiga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...