Wednesday, October 30, 2019

Cameron Highland with Family DAY 1 : CameronValley

dah lama dengar MakAbah nak pegi cameron. tapi macam biasa lah as org yang terlibat dengan cuti sekolah memang tak lah aku nak menjejakkan kaki ke situ masa cuti sekolah kan? haha aku memang dulu dah rasa puas masa belajar. sejak keje memang tak jejak kaki lagi ke situ. tapi telinga Fariz lama2 tak tahan. haha plan last minit ni. memang takda chance nak tolak pon. haha dia plan nak pegi time cuti Deepavali haritu. sanggup tu nak amik cuti hari Jumaat. dia kata nak pegi awal cuti sebab orang masih keje lagi. aku dah bagitau awal2 semua negeri cuti sekolah start hari jumaat. tapi dia tak percaya. berdegil. so aku malas nak argue banyak. aku ikutkan aje. oh ye. Suami aku tak ikut. malas nak bersesak katanya. so aku pegi dengan family aku je. pastu aku ikut Fariz sampai ke Taiping. Suami amik kat sana. kete aku Nurul yang drive bawak balik. dia tunggu aku balik dari Perlis baru dia nak balik UTHM dengan adik sekali balik sama2 ke UTM.




okeh pagi jumaat tu memang aku plan lepas Subuh je nak gerak. tapi paham2 la kan. ada dua orang lagi adik manisss kau ghase? memang taklah.. tapi kami berjaya keluar rumah around pukul 6.15. sampai di tol Tangkak dalam pukul 6.30 kot macam tu. dalam pukul 11 pagi sampai tol SimpangPulai. sebab berjanji dengan Fariz kat situ. fuhh rabak gila mata. bertahan sampai TanjungMalim. kat situ baru Nurul drive sampai ke tol SimpangPulai. then bila Fariz sampai kami pun gerak lah naik ke atas. perjalanan naik ke atas tu ok je tapi once dah sampai TanahRata haa time ni lah baru kereta bersusun. tapi tak teruk sangat lagi. masih boleh gerak. mungkin sebab orang belum ramai sangat. kami terus menuju ke homestay sebab dah lapor gila. 



sampai kat homestay tu dalam pukul 2.30pm. fuh 3 jam jugak kan. matiii.. azam nak cepat sampai atas tu nak gomol Fatheen je. hahaha konon sumber kekuatan lah. gitchuu~ lepak2 dulu kat homestay.. makan2.. lagipun tetibe hujan lebat gila. so memang sedang elok lah. mengantok + lapor + hujan. cun. 2 jam jugak lepak. lepas asar dalam pukul 4.30pm tu kteorg gerak gi CameronValley dulu. setengah jam je. hahaha tu pun sampai2 je tak sempat nak turun kat LadangTeh dah hujan selebat2 hujan. huhu nasib baik. kalau tak basah kuyup kat bawah tu. kesian kat orang2 yang dah turun sampai bawah, redha je lah. haha ape lagi sejuk2 gila sesuai lah minum panas2.. makan kek banyak2. haha bila dah tak hujan baru kteorg gedik2 turun bawak tu. bawak MakAbah sekali lah. mula2 taknak. pastu ehh dorang pulak kemain selpie berdua. hahaha lepak kat situ dalam sejam je. pastu gerak balik homestay.




homestay kami kat Brinchang. bangunan belakang Petronas. curam gila nak mam.. hahaha tapi aku managed untuk naik ke atas tempat parking tu. haha  so sebelum naik ke bilik kami jalan2 dulu kat kedai souvenir kat bawah tu. beli benda2 basic orang g Cameron lah. keychain2 dah sebagainya.. benda2 makanan dah beli awal2 sebelum balik homestay tadi. bekos ada orang nak masak tomyam. haha btw kami kesana sini naik satu kereta je sumbat ramai2. senang. malas nak naik dua kereta. fikir parking lagi kan. so lepas jalan2 macam nak tercabut tulang pinggul tu kami terus naik ke homestay. memang takda niat langsung nak berjalan malam2 tu. yelah nak berjalan pun kemana kan. so makan tomyam kenyang2... gomol Fatheen puas2. then tido sejuk2 peluk diri sendiri. haha



okay sambung next post. 





Tuesday, October 22, 2019

KONVOKESYEN NURUL

TAHNIAH !
NURUL AMIERA SHAHIDA BINTI MAAROF


ahad tu aku ada taklimat penandaan. sebenarnya dua hari. tapi sebab isnin aku dah amik crk so ganti dengan cikgu lain lah. so ahad lepas taklimat tu aku terus gerak amik Nad kat UTM. pastu gerak pegi UTHM sebab MakAbah dah kat sana dengan Fariz satu family. dah ada kat homestay yang boleh tahan drama jugak lah last minit tukar tempat. aku sampai tu dah gerimis. ingatkan rehat2 jap then nak pegi pesta konvo. hujan lebat gais.. selebat2 hujan. so lepas maghrib lah baru keluar. pegi makan dulu then baru pegi pesta konvo. disebabkan jarang2 aku gigih pegi pesta konvo situ so dekat pukul 12 baru beransur balik. hahaha macam nak tercabut tulang punggung nih. 


so pepagi esok nye gerak dalam pukul 7 lah. sebab nak amik gambar dulu. haha sebab aku tak leh stay sampai habis. sebab Nad kena ada kat UTM sebelum pukul 12. ergghhh ! so kalau dulu gambar Fariz tu berjerebu tapi kali ni gambar konvo Nurul berkabus. haha sebab pagi sangat. matahari pun belum keluar. lepas hantar Nurul dengan MakAbah masuk dewan kteorg lepak jap kat library makan breakfast. then lepak2 jap kat tasik. pastu balik rumah amik barang then gerak balik JB. fuhhh tak sampai 24jam dah ade kat JB semula. bertuah punya budak. 

lepas hantar Nad aku terus gerak g ikea sebab nak jumpa Yuni nak berguru untuk taklimat penandaan yang aku tak pergi tu. hahaha fancy tak tempat taklimat hari isnin. okay lah. boleh makan2 selesa tak ramai orang. punya tekun menyalin tu sekali pandang macam nak submit borang untuk MLM. hahaha nasib baik jugak lah sampai awal. so takpayah aku nak pegi rumah dia. settle kat ikea je. dapatlah menanda dengan aman.. haha sangattt.


buat yang terbaik eh Nurul untuk master nih. jangan main2. kita je tahu apa yang kita lalui untuk sampai ke tahap nih. konvo tu satu hari je. tapi hari2 yang kita lalui untuk dapatkan yang sehari tu yang yang buat konvo je tu jadi special. orang yang tak terlibat dia takkan rasa apa. memang akan rasa remeh dan tak penting pun. yelah. kita tak cerita benda yang susah. kita cerita benda yang baik2 yang orang tak tahu apa jadi di sebalik tu. so untuk kita nih memang kita layak nak raikan hari ni. walaupun tak sampai habis. hahaha













Sunday, October 13, 2019

SELAMAT HARI LAHIR HK

SelamatHariLahir SUAMI SAYA.. yup CintaHati tahun ni dah bergelar Suami. hehehe masih lagi tak dapat sambut sama2.. dan masih lagi tahun ni aku post hadiah untuk Suami. cuma bezanya tahun ni post takda lah sehari dah sampai. makan masa jugak lah. nasib baik aku post tu awal. hehehe post kat kakak ipar. pastu mintak tolong dia past kat Suami. taknak post terus kat sekolah Suami. takut nanti kena marah pulak. haha






perfume tu beli lama dah.. suka betul bau tu. yelah Suami ni sejenis yang suka wangi2.. aku ni perfume satu je pakai sampai habis.. tapi perfume dia punya lah banyak. haha tapi aku tetap nak bagi sebab aku suka bau ni. jam tu pun sama. tapi jam beli last minit. Suami pun ada banyak gila jam. so memang bagi benda2 yang Suami ada banyak so insyaAllah lah dia akan pakai. hehehehe harap2 lahh

SELAMAT HARI LAHIR CintaHatiku Sayang....

semoga Allah sentiasa merahmati Suamiku.
semoga dipanjangkan umur..
semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik..
semoga sentiasa dimurahkan rezeki..
semoga sentiasa dipermudahkan urusan.
semoga sentiasa sayang saya.
ehh

#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang

Thursday, August 15, 2019

MUO StreetArt

aku dah lama tahu Muo dah ada StreetArt. tapi jarang2 sekali dapat pegi tengok. terutama yang kat celah2 bangunan. sebab aku tak sure celah yang mana. selama ni cuma nampak yang kat tepi2 dinding bangunan je. yang ada lukisan besar2. tapi siapa sangka berkat outing dengan kaki jalan si Nanad tu.. maka barulah aku tau mana tempat2 StreetArt nih. lain kali kalau orang tanya boleh la aku tunjukkan. hahaha dalam seminggu cuti tu je dua kali kami jenguk tempat tu. sekali tu pegi malam. cantik jugak sebab ada lampu spotlight.. so memang bukan lorong2 gelap. kalau siang pulak pun cantik sebab jalan2 belakang bangunan tu memang dan cantik dah.











ada banyak lagi lukisan2 yang menarik tapi tak amik banyak gambar. next time boleh lepak2 lagi kat sini. 

Wednesday, August 14, 2019

PJJ

ada orang PJJ tapi selalu jumpa. ada orang PJJ tapi tak selalu jumpa. ada yang duduk satu rumah pun jarang jumpa depan mata. jangan persoalkan kenapa orang lain tak sama macam kita. sebab masing2 ada masalah sendiri. setiap orang ada kekangan sendiri. siapa yang ada pasangan depan mata tu hargailah baik buruk dorang. tak payah nak jaja itu ini kat orang lain. penat la telinga aku ni nak dengar. walaupun tak simpan dalam hati tapi jaga sikit perasaan orang lain. at least kau ada depan mata kan? insyaAllah.. Allah dah aturkan yang terbaik. 


saat paling jiwa remuk adalah bila aku hantar Suami balik atau bila aku yang balik. mungkin Suami tak rasa apa lah. sebab setiap kali aku tengok muka dia steady tenang je. mungkin happy sangat lah. haha tapi aku ni perempuan kan? memang emo lebih. mengada2. walaupun tak berapa dilayan mengada2 tu tapi masih lagi mengada sorang2. kadang2 macam sewel jugak. ye walaupun benda tak semanis mana tapi kalau hati dah sayang. memang dari dulu aku ni bertepuk sebelah tangan. tapi dulu lain. dulu 'crush' . sekarang ni Suami. dah jadi yang halal untuk aku rindu. 

PJJ ni tak mudah untuk perempuan sebab jiwanya memang rapuh. walaupun orang selalu amik mudah je. hakikatnya jiwa tak tenteram tu tak bagus untuk kesihatan jiwa raga. mental pun jadi tak stabil. nampak happy tak semestinya fikiran tenang. macam2 ada dalam kepala. kalau tak kuat memang sengih je setan tunggu kanan kiri. semoga dikuatkan hati2 kami. mungkin nanti lama2 bila dah terbiasa dah boleh lebih redha dengan keadaan ni dan dah boleh sentiasa bersangka baik. masa tu mungkin keadaan akan jadi lebih mudah. 

jaga diri Suami.
jaga diri CintaHati.
jangan lupa saya kat sini.
terima kasih sebab spend time dengan saya cuti ni.
tidurlah dengan tenang tanpa hiburan dengkuran mommymonster.
hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...