Saturday, January 31, 2015

Oglio Olio

salah satu pasta yang memang menjadi kegemaran aku - OGLIO OLIO . yess! simple oglio olio. terpaling senang dan terpaling lazat. selalu jugak masak sendiri yelah aku tak paham kenapa kat kedai tersangatlah tak masuk akal harganya. olive oil+garlic je kot... tapi ada satu tempat memang aku takkan order lain. memang oglio olio sahaja. aku dah rasa kat kebanyakkan tempat. tapi memang satu tempat ni sedap sangat lah. memang ikut selera aku. walaupun harganya...... tutup mata lah. nak makan. mahal.. so cari tempat yang betul2 berbaloi. dan tak pernah mengecewakan. (over kan?)

yummeh
mana nak dapat ni? senang... PIZZAHUT.
hahaa yup. dapat ni pun dah boleh senyum lebar happy nye....
try lah.








Saturday, December 13, 2014

12/13/14

bulan 12
hari ke 13
tahun 2014 

itulah hari ini..
hahaa

so sebab tu la 12/13/14

hahaa post ni merepek je kan?


Thursday, October 16, 2014

kek coklat moist

malam tadi memang pencapaian yang membanggakan. harap2 boleh buat macam ni selalu. atau mungkin mood baik mempengaruhi kemenjadiannya. rezeki kawan2 la dapat ngap kek ni arini. selalu pakai kukus dan hampir setiap kali buat akan ada masalah tenggelam sket kat bahagian tengah walaupun masih sedap dimakan tapi memang tak sedap dipandang lah. hahaha semalam takda pengukus so aku pun guna oven je. biasenye memang akan menemui kegagalan la selain congo bars.  aku try je satu resepi ni..google la.hahaha alhamdulillah jadi pulak..




Bahan-bahan
1 cawan serbuk koko
400 gm susu cair (1tin)
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula kastor

4 biji telur
1 sudu teh esen vanila

1 1/5 tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara
1.Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam kemudian di ayak.
2.Dalam periuk, campurkan serbuk koko, susu cair, susu pekat, minyak masak dan gula.
3.Masak adunan atas api yang sangat perlahan hingga gula hancur dan adunan menjadi licin berkilat. Ketepikan dari api.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji yang telah dicampur dengan esen vanila dan kacau sebati.Tukar bekas sekiranya perlu.
5.Masukkan adunan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
6.Tambahkan coklat emulco dan kacau sebati.

7.Tuangkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega dan dilapik dengan kertas minyak.
8.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.
9.Sejukkan kek sebelum dipotong.

aku tapis adunan sebelum masuk dalam loyang pembakar.
kepanasan oven pun tengok oven tu macam mana la.mungkin perlu kurangkan suhunya.
dan suhu oven aku letak 160c bakar dalam 55 minit sebab kalau satu jam permukaan atas tu dah nampak macam hangus.
try n error la..dapat makan banyak sket kek tu.hahahaa
dannn aku tak boleh tunggu kek ni sejuk.masa panas tu la SEDAP GILA OKAYYYY !












Monday, October 13, 2014

Selamat Hari Lahir H.K

Selamat Hari Lahir CintaHati..
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
dipermudahkan segala urusan..
diberikan kesihatan yang baik..
menjadi anak yang lebih taat..

kalau la satu hari nanti dia baca post2 aku pasal dia..
Ya Allah malunya..
tapi aku cuma nak dia tahu apa pun yang berlaku aku tak pernah lupa dia..
tak pernah tak sayang..
buka hati dia untuk aku Ya Allah..
amin...

Monday, August 18, 2014

KemBinaNegara GunungPulai

macam biase la bila nervous menguasai diri.memang tak lena tido selagi tak hantar budak2 ni.thanks to my beloved bestfriend sebab akhirnya calonkan aku juga untuk pegi hantar budak2 ke kem. memang time2 ni aku perlu sangat untuk memecut kat atas jalan. cuma harap2 tak kena saman lagi la.eheh. pagi2 lagi (takde la pagi sangat sebenarnya hahahaa) aku tengok elok je empat2 anak dara tu duk tunggu kat kantin. dah tulis nama semua..load barang dalam kete and ready to go. tapi baru sedar...arini bawak budak2 perempuan...BUDAK lagi...so memang krik krik je la sepanjang jalan. hahahaa takleh nak pecut bawak anak orang..so gila behave aku bawak. 

selalunya dari tol ulu tiram ke senai u rase macam kejap je tak sampai 15 minit. tapi arini setengah jam okayyy... aku bangga dengan diri sendiri. papepun alhamdulillah sangat senang nak cari tempatnya cuma memang agak adventure laa.. tinggi kot jalan dia.... masuk dalam kampung tu macam ye tak ye jer ade kem dalam tu siap tanya orang sebab nak sedapkan hati. sebelum tu dah nampak ada kereta cikgu dari sekolah lain dah keluar balik ke jalan besar. so aku ingat dah salah jalan. kereta yang awal2 ada kat depan tadi pun terlajak pegi kem kaizen. tapi berkat darjah keyakinan yang tinggi aku gigihkan jua. hasilnya aku yang kedua sampai. tepat 8.30pagi. pendaftaran pun tak buka lagi... hahahahaa

nyamannya lah kat sana. teringat masa kat perak dulu.. fuhhh kehijauan sangat lah fefeling nature lover.. harap sihat dan selamat lah budak2 tu semua kat sana. risau jugak anak2 dara ni. settle daftar budak2 ..tengok dorang sampai hilang dari pandangan..aiceh macam antar anak masuk u pulak...hahahaa aku pun blah je la... takkan nak tunggu pulak. bukan boleh jumpa jodoh kat situ. hahaa




dengan penuh kesal 9.30pagi aku dah sampai semula kat ulu tiram...pheww aku terbang atas angin ke ape tadi?? sampai2 rumah je terus bakar sunkist bars tadi tu.. so kembali kepada realiti.. pulun menanda sang PT3.

sekian.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...