Tuesday, August 29, 2017

Jalan2 tanpa dirancang

lepas majlis rumah Ana tu kami berlima balik Muar naik kereta..aku bergilir2 drive dengan Anil..aku separuh je.haha lepas aku dah start tak boleh tahan mata baru dia sambung. disebabkan kami berlima je aku pun decide yang aku taknak terus balik..dah alang2 kan marilah kita singgah mana2 tempat yang patut. dengan lengkap pakai baju kurung dan baju melayu lagi. hihi

ok 1st stop memang kteorg dah lama aim nak pegi sini kalau pergi ke utara lagi. Kellie's Castle. tempatnya agak biasa je je tapi view memang cantik lah. tak susah pun nak cari. tepi jalan je. park pun senang. cumanya kami sebagai pelancong bajet memang tak mampu ler nak masuk dan menapak ke dalam castle itu..check in dan amik gambar as bukti je laaa haha

cukuplah ni kat sini je

kalau ikutkan hati memang aku nak je singgah cameron then balik esoknya tapi sebab tengok akaun pun macam tak cukup je haha.. kalau semua perempuan dapatlah sumbat satu bilik. haha..kalau nak pegi then patah balik semula memang tak berbaloi langsung tengok pada masa perjalanan tu..huhu so cameron cancel.

next stop ini memang wajib lah bila kita dah gerak sendiri kan. lepas tu semua jenis sebulat suara. takda bantahan mahupun rungutan..iya lah yang bawak dua orang je. yang tiga orang lagi tu lepak kat belakang sedap tido. dan mereka lah yang terpaling penat. okay marilah kita mengimbau kenangan dengan masuk ke Tanjong Malim. hahaha

dua lagi tu memang tak kenangan sangat la sebab memang still study kat situ. yang dua lagi tu pernah jugak sampai...so kami pergi ke Tasik Proton..memang masa sampai tu ramai gila orang..dan mujur dah hampir maghrib..so masa tengah nak amik gambar orang pun dah beransur balik..hihi then kteorg gerak ke Bahtera Arked dan sana sini lagi yang berkenaan..huhu syoknyee

kat Tasik Proton

Senior, Junior, Super Senior UPSI. dua lagi yang depan tu tak berkenaan
lepas gerak dari Tanjong Malim ni banyak kali jugak la stop...barai semua mata..haha memang tak boleh nak tahan dah. mujur selamat sampai je la. sampai pukul berapa pun tak ingat..yang penting orang lain dah selamat sampai. haha

Syok.Seronok.
#tiadatekanan

Tasik Taiping

bila dapat pegi Tasik Taiping rasa macam one of bucketlist dah tercapai. tasik tu je pun kan? tapi bila dapat pegi lepas kau terkilan tak dapat pegi tahun lepas feeling tu memang lain macam. haha dapat pegi hari2 pun takpa. tak payah buat pape. tengok je.. MasyaAllah cantik gila.....alhamdulillah akhirnya dapat jugak pegi . sebab tu drive kereta sendiri. orang lain pack baju lebih sebab in case jadi pape kat baju..aku sanggup drive kereta in case tak dapat pegi Tasik Taiping..rare punya nekad. pagi2 buta aku dah terpacak kat sini.. haha

breathtaking 

breathtaking moment

with love
harap dapat kesini lagi satu hari nanti..bersama yang tersayang..
amin....




Monday, August 28, 2017

FARIZ'S WEDDING : Welcome to the family Ana

Alhamdulillah akhirnya bertambah ahli keluarga kami. budak baik dipanggil Ana telah selamat menjadi perempuan kelima dalam keluarga kecil kami. hihi so ini kali kedua lah kami berangkat pergi ke Kamunting. tapi kali ni banyak masa sikit lah nak dbandingkan masa bertunang tu. masa singkat. nak cepat balik je. rombongan pun ramai.. satu bas dan ada banyak kereta lagi yang follow. alhamdulillah..

nikah ekspress
pagi tu kteorg dah on time dah. yelah ada Abah dan Fariz haruslah on time..nak cepat cepat cepat.. so memang kami siap cepat lah. nikah patutnya pukul 10 kalau tak silap aku. then bila kteorg siap terus la pegi bustand Kamunting sebab nak tunggu ada dua lagi family kat situ. dorang datang naik kereta. memang masa nikah ni tak ramai. ada yang sangkut jem lah sangkut ada eksiden lah. macam2.. tapi yang lawaknya semua mampu sampai rumah tu on time. haha

masa sampai tu kteorg nampak tok kadi kat depan rumah. ingatkan baru sampai. rupanya dah nak balik. haha nak berkejar ke tempat lain. dia kata kalau lama lagi nak pegi tempat lain dulu. haha masalahnya kteorg tak lambat pun. tok kadi tu yang cepat. so aku suruh Fariz pegi dulu sebab kteorg nak angkat hantaran semua tu kan. okeh Tok Kadi tu yang pegi tarik dia masuk dalam rumah eh. nasib baik mas kawen aku pegang. kalau tak sure kteorg tak sempat masuk lagi dia dah siap nikah. haha bayangkan kalau kteorg pegang janji melayu? memang berhuhu la tunggu Tok Kadi datang semula.

memang kejap je pon proses nikah tu. memang nak kejar masa sangat Tok Kadi ni. agaknya ada 10 majlis nikah kot yang nak dikejar tu. takpalah. bagus jugak. takda la meleret2.. yang lawaknya sebab awal sangat kan makanan ke apa semua tak sampai lagi. haha berhuhu jugak lah. ada sepupu tu pun sampai majlis nikah dah habis..so lepak jap rumah Ana nak tunggu makan ape semua tu..sempat la bergambar.hihi

kami
nanti aku cerita majlis seterusnya pulak. sebab bersanding hari ahad. lepas majlis nikah ni kteorg balik homestay then keluar jalan2 jap. sementara nak tunggu family yang datang naik bas tu. petang tu masa tengah cari baju untuk majlis bersanding ahad tu tetiba family cakap dah sampai pulak. haha kelam kabut. nasib baik tempat semua dekat2 je..aku dah buat macam tempat sendiri. jujur aku cakap aku memang boleh hidup kat Taiping ni. lebih kurang macam kat Ulu Tiram ni. macam2 ada. 

so lepas jumpa family tu, masuk homestay letak barang semua then kteorg gerak pegi ke Kuala Sepetang sebab nak makan the famous Mee Udang Mak Jah. disebabkan time tu dah lewat petang tak dapat la aku nak jenguk tempat proses kayu arang kat area situ..haha ilmiah sangat kan. so dapat pegi makan mee udang je la. time makan tu pulak hujan selebat2 hujan..haha dugaan nya... nasib baik la sedap.

mee udang dan kuetiaw udang
seriously berbaloi la..haha tapi personally aku lebih prefer kuetiaw lah nak bandingkan dengan mee udang tu. sebab dalam mee udang tu ada kubis. hihi dah macam spoil sikit lah. tapi still memang kuah dia sedap gila time panas. dengan udang besar2 ya ampun... alhamdulillah dapat peluang rasa yang ori kat tempatnya sendiri. balik tu dah settlekan homestay, makanan untuk semua family tu kteorg terus balik homestay then rehat2 untuk majlis esoknya..

Sekian..
nanti sambung lagi..



Thursday, June 29, 2017

SYAWAL 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Tahun ni takda kelainan sangat. macam biasa je hampir sama setiap tahun. disebabkan cuti puasa 2 minggu hari tu dah bertungkus lumus mengecat rumah so nak raya ni takda ape sangat lah. cuma pasang langsir je. maklumlah tingkap dah bertambah. aku memang akan kurangkan bilangan tingkap ni in future. fuh pening nak kumpul dana tukar langsir. so tahun ni cat n langsir semua warna coklat. redup sikit rasenya. takdalah terang benderang rumah tu. 

Tema warna baju tahun ni kembali kepada kegemaran aku - UNGU. tapi macam biasa lah aku takda baju tak sempat nak carik. so guna blause ungu je. kain carik malam raya kat ekspo raya. oklah dari takda. so baju2 tahun ni semua pakai baju g keje. hihi senang. semua baju family lain aku cari macam biasa la kat pesta konvo je. tahun ni aku bawak sekali Nurul. biar dia rasa macam mana setiap tahun aku pening nak cari baju untuk semua orang. haha baju dia sendiri pun pusing2 susah nak cari. mujur lah dapat. 


kami

kami bersama atok

kami yang perempuan sahaja..ramai lagi tapi time ni ada ni jer..

lepas settle beraya belah family abah kami pun macam biasa la gerak ke rumah atok belah mak pulak. tapi kali ni kain kasi tukar.. hahaahaa tak mampu oiii sempit. tak banyak sangat aktiviti. malam balik tidur charge tenaga untuk esok hari..haha


 partner in crime


2nd day raya biasanya memang mencabar. haha pusing semua rumah atok2 dan buyut2.. lupa lak 10 ke 11 rumah. dalam sehari tau.. lunyaii pagi nak pilih baju baru aku perasan aku ada baju dark purple. songket lagi. takpalah dua hari pakai purple. hari2 pun takpa.


ni la baju tu..

susun susun

3rd day raya pusing2 beraya rumah adik beradik abah je. makan makan.. makan dan makan.. menu tahun ni soto je. tahun ni tak guna polisterin. guna mangkuk dan cawan plastik. so nanti2 boleh recycle guna lagi. jimat..huhu

4th day raya which is aku consider as hari last raya... haha da takda tempat lain lagi nak pegi kot.. cukup dah untuk tahun nih. so kali ni baru sempat pegi beraya kat Batu Pahat. tempat biasa tu lah. tapi tahun ni tak dapat terus ke Benut dan Senai sebab orangnya tiada di rumah. huhu so terus la balik lepas tu pegi rumah adik abah pulak.


ootd raya kami

maka berakhir lah lebaran 2017... harapnya panjang umur jumpa lagi untuk 2018..
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin



Tuesday, June 20, 2017

PROJEK RAMADHAN 2017 : BILIK BAJU, CAT BARU, LICINKAN LANTAI PASANG MOZEK BERANDA

kalau Ramadhan tahun lepas aku buat surprise kat MakAbah untuk buat rumah baru kan.. hehehehe tahun ni ada surprise lagi. sikit je la. tak banyak pun. aku cakap kat Abah tempat sidai baju yang dulunya tempat parking motor tu aku nak buat bilik yang besar sikit. bukan bilik tido. tapi bilik macam tempat letak baju  ke sidai baju ke stor ke. pape je lah. sebab nak samakan besarnya dengan dapur. sedih pulak bila tengok tempat sidai baju tu nak dirobohkan. sebab tempat tu la kami buat tido masa buat rumah tahun lepas. hahaha rasa kelakar pulak. bila rumah dah siap tengok betapa keciknya tempat parking motor yang Abah dah dindingkan dengan papan dan jaring. macam tak caya sepanjang 2 minggu aku ngan Nurul kat rumah tu kami bergilir2 tido kat situ dengan Fariz. haha nyamuk takyah citer laaaaa.. alhamdulillah Allah lindungi kami dari perkara2 yang mengerikan. hehehehe

21.4.2017
keadaan asal bilik kecik tu

so projek kali ni ada banyak jugaklah. alhamdulillah ada rezeki sikit. 

1. bilik baju (buat sendiri)
2. cat ruang tamu (buat sendiri)
3. licinkan lantai ruang tamu (upahkan orang)
4. pasang mozek beranda (upahkan orang)

aku tanya Abah nak upahkan orang ke buat bilik tu. sebab terlanjur nak suruh orang licinkan lantai kan.. nak pasang mozek bajet tak cukup. bajet cukup untuk pasang mozek kat beranda je. hehehe setahun jugak lah peram tu. dah nak raya lagi baru sempat nak suruh orang buat. Abah cakap takpe Abah boleh buat slow2.. jimat sikit. sebenarnya lebih kurang je. tapi dah Abah insist kan.. biar je la.  Abah seronok kalau ada benda boleh buat sendiri. aku sediakan je barang yang nak guna. BANKER. hahaha takpelah.. asalkan MakAbah selesa. so, pertengahan bulan 4 haritu Abah ukur siap2. aku balik2 tengok Abah dah siap dirikan tiang. aku cakap lah buat slow2 sebelum puasa dah siap so puasa nanti takdalah penat2.. tapi memang tak lahhhh hahahhaa awal puasa jugak start naik dinding tu.

banyak kos yang dah cut. antaranya bumbung tu memang guna zing rumah lama yang masih elok je. tiang semua guna tiang rumah lama jugak. so untuk kayu bumbung, bumbung dan tiang rumah memang tak keluarkan kos. dinding pulak guna dua ikat batu bata je. sebab guna tingkap nako pun 3 bingkai.. so memang dah jimat sikit. lain2 tu batu dengan simen je la. beli sikit2 so tak terasa sangat. so Abah start naik dinding tu lepas ruang tamu dah siap simen rata. so relax2 je la Abah buat sepanjang bulan puasa tu. cuti awal ramadhan tu kteorg cat dalam rumah. Abah buat bilik belakang kteorg macam nak mati cat dalam rumah. hahaha drama je lebih. tukang rumah settlekan rumah lain dulu sebelum sambung projek pasang mozek untuk beranda depan rumah. so by the time mozek siap, bilik belakang tu pun siap lah.

5.5.2017





26.5.2017
sehari sebelum puasa lantai rumah dah siap simen licin. so raya nanti takda lah lantai kasar2 lagi. tinggi betul dorang simen huhuhu

27.5.2017
Gebu jadi peneman setia Abah
 28.5.2017
sebelum

selepas

9.6.2017
cantik tak? hehehe
17.6.2017
alhamdulillah luas boleh bergolek2.. Abah siap buat pintu untuk anak bulus lagi hehehe
tapi projek Ramadhan kali ni takdalah siap tu last minit.. ada lah masa bertenang sebelum raya tu haha alhamdulillah semua jadicumanya harap2 takdalah projek Ramadhan 2018 pulak nanti. kalau nak buat pape pun biarlah selain bulan puasa Sazzy oiii hahahaha PENGSAN. 

sekian untuk update kali ni.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...