Sunday, August 26, 2018

dugaan nak bersihkan gaji

bila di kenang semula macam mana aku boleh lalui dengan tenang untuk hal yang merobek hati tu mungkin sebab dalam kereta ada MakAbah. ada adik jugak. aku bukan seorang. so aku perlu lebih bertenang disaat semua orang panik. aku dah lama fikir kalau jadi kat aku ape yang aku patut buat. 

STAY CALM. SAY SORRY

mungkin bukan yang terbaik tapi aku memang da lama pegang prinsip ni. aku salah atau tak aku tolak tepi. walaupun pada hakikatnya memang aku yakin kejadian tu bukan salah aku. saksi2 pun cakap macam tu. tapi insyaAllah dengan stay calm dan say sory buat semua orang senyap diam dan redha maka hal tu akan settle dengan cepat. alhamdulillah tak teruk sangat.

walaupun remuk hati ni takpe lah. yang penting semua orang ok. lagipun orang naik motor. apelah yang kita nak menangkan sangat kalau kita bawak kereta. entahlah aku memang malas nak panjang2 cerita kalau benda jadi kat diri sendiri. harapnya orang tu pun redha lah. aku tengok dah motor memang takda rosak apa. harapnya. moga2 dia tak senyap2 panjangkan cerita. 

aku dah pujuk hati untuk redha nih.
pujuk hati untuk senyap je.
pujuk hati untuk tak besar2kan cerita.
pujuk semua orang untuk jangan cerita2.
diam senyap untuk kita2 je.
tapi aku kena post kat sini supaya aku ingat benda yang walaupun pahit ni.

panjang ye. panjang.....

bagaikan muka tercalar
ini bukan pertama kali. ni dah kali ke enam.. senyap2 dah 6 luka dah boipren aku nih. kiranya macam setahun sekali lah.. kira lepas dah la untuk tahun ni. insyaAllah..ni semua aku kira macam nak bersihkan duit gaji lah. nak bagi lebih halal. yelah banyak main kan. haha padan muka aku.






bukan vegetarian

belek2 gambar nak delete kat galeri sekali nampak menu2 sebelum cuti haritu. kelakar pun ada. dah orang kata aku vegetarian. makan sayur je. tapi dengan nasi. haha dah nak buat macam mana. memang tak mampu nak makan. bukan berkira tapi entah la memang kedekut kot. haha tak sampai hati nak biar orang bayar mahal2.. kalau murah takpe. nasi+kuah pun kadang2 rm2 haha lawak pulak. baik dengan sayur sekali. tapi kalau sayur yang aku makan lah. 

terpaling favorite : nasi putih + masak lemak taugeh

nasi putih + kuah asam pedas + tumis paku pakis

nasi putih + kuah kari + sayur kacang panjang tauhu

nasi putih + sayur kacang buncis + sambal
nasi putih + tumis kacang panjang tempe + sambal totok (Sdn Bhd)
menu last haritu sebelum cuti mewah sikit la sebab bawak telur rebus sendiri. haha boleh je macam ni cuma macam gigih la nak rebus telur tiap2 pagi.

nasi putih + kuah asam pedas + sayur kobis + telur rebus (Sdn Bhd)
ada banyak lagi menu2 tapi selalunya tak dan nak snap gambar dan settle. haha tak pun sebab menu yang sama je. minggu ni nak istiqamah tak makan kat sekolah. diet kejam untuk seminggu ini. yeahhh





Wednesday, August 1, 2018

K.A.M.I


beramai2 baru lah tampil lebih menawan hahaha

Saturday, July 28, 2018

Hai CintaHati

sengih je la balik kampung minggu ni.. selalu pun sengih jugak. siap gelak sorang2 sepanjang jalan. tapi kali ni ada lebih sikit la.. kasi can la sikit kat sis. hahaha disaat sis drive balik kampung ni ada orang tengah on the way drive jugak. haha walaupun bukan terus straight ke kampung tapi menuju jugak la esoknye. hihi

biasa lah dik sis ni feeling sorang2.. dah bertahun2 pun. cuma tahun ni lebih mengada sikit.. ehh banyak. haha minggu ni lebih excited la sebab sis dapat jumpa CintaHati sis. hihihhiiii selalunya kesayangan2 je.. kali ni CintaHati tak datang naik flight. dia drive kete. yer bukan drive sorang tapi drive jugak kan. dan yelah bukan datang sorang2 pun tapi at least dapat lah sis tengok depan mata.

macam sis cakap lah. sis tak kesah lah dengan siapa pun dia datang. yang penting sis dapat tengok CintaHati sis depan mata. cukup lah. dua hari pulak tu. hurmmmm syoknyeeee mengada kan? korang ape tahu.. korang selalu fefeeling romantik. sis ni mengada sorang2. hahaha walaupun dia cam biasa2 je.. macam kisah tak kisah je.. ape sis kisah? hahaha bersyukur je lah. sis taknak fikir benda2 negatif. biar yang positif je. biarlah orang kata sis syok sendiri. memang syok sendiri pun.


curik2 tengok je

sis kena belajar untuk redha curik2 tengok CintaHati. sis pun malu sebenarnye. masa nak dulu tak malu. haha sekarang malunya ya amat... nak cakap nak tengok dia pun rasa tak terluah. tak tertengok. lagi2 kalau ada orang lain. haha memang rasa terkaku je. memang lah kalau kita dah sayang orang ni walaupun sekelumit je dia balas pon dah boleh buat kita terbang tinggi.. gittew~ hahaha

harapnya nanti dapat jumpa lagi.
amin...
kalau boleh berdua je.
kalau tak boleh takpa.
bertiga berempat satu bas pun ok je.
as long as dapat jumpa.
time ni je la dapat spend masa sama2..
nanti2 kita hak family kita.
memang kena sentiasa beramai2..


saya sentiasa cuba dan berusaha untuk tak tamak
saya tak mintak banyak
cukuplah awak sayang saya.
sayang saya dengan ikhlas.

SAYA SAYANG CINTAHATI SAYA

#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#terimakasihEnTunang









Wednesday, July 11, 2018

Aktiviti Pengakap

aktiviti harini menarik sikit. sebab nak siapkan board untuk Pengakap. board baru siap. so kena isi lah. mujur lah harini budak tak ramai..ade macam2 program. so takda la serabut nak siapkan.buat sama2 dengan budak sekali.tapi macam biasa lah. cikgu yang buat lebih. aku memang malas kalau dah banyak sangat mulut. benda boleh siap cepat terus jadi lambat. so sebab nak keja masa marilah buat bersama2. dah tak payah nak pikir sapa nak buat itu sapa nak buat ini. terus bagi2 je nak buat apa.

dorang sediakan masa cuti sekolah haritu. Pengetua pun join sekali.

hasil yang dah siap.
takda la hebat sangat... perfect pun tak..yang penting tak cincai jugak. bukannya asal ada. haha buat pelan dulu tau. sediakan bahan. then pulun siapkan apa yang patut. tinggal tampal semua. senang. takda la tambah tu sikit tambah ni sikit. yang penting penuh dan tak hambar.. gituuuu hahaha ni kalau ada yang gatal tangan usik memang aku doakan dia makan tak kenyang2. 

thanks semua yang terlibat.
tak terlibat pun thanks jugak..


*edited
p/s: kami menang tempat pertama untuk board terbaik.
alhamdulillah...huhuhuu tak sangka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...