Thursday, October 16, 2014

kek coklat moist

malam tadi memang pencapaian yang membanggakan. harap2 boleh buat macam ni selalu. atau mungkin mood baik mempengaruhi kemenjadiannya. rezeki kawan2 la dapat ngap kek ni arini. selalu pakai kukus dan hampir setiap kali buat akan ada masalah tenggelam sket kat bahagian tengah walaupun masih sedap dimakan tapi memang tak sedap dipandang lah. hahaha semalam takda pengukus so aku pun guna oven je. biasenye memang akan menemui kegagalan la selain congo bars.  aku try je satu resepi ni..google la.hahaha alhamdulillah jadi pulak..




Bahan-bahan
1 cawan serbuk koko
400 gm susu cair (1tin)
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula kastor

4 biji telur
1 sudu teh esen vanila

1 1/5 tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara
1.Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam kemudian di ayak.
2.Dalam periuk, campurkan serbuk koko, susu cair, susu pekat, minyak masak dan gula.
3.Masak adunan atas api yang sangat perlahan hingga gula hancur dan adunan menjadi licin berkilat. Ketepikan dari api.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji yang telah dicampur dengan esen vanila dan kacau sebati.Tukar bekas sekiranya perlu.
5.Masukkan adunan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
6.Tambahkan coklat emulco dan kacau sebati.

7.Tuangkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega dan dilapik dengan kertas minyak.
8.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.
9.Sejukkan kek sebelum dipotong.

aku tapis adunan sebelum masuk dalam loyang pembakar.
kepanasan oven pun tengok oven tu macam mana la.mungkin perlu kurangkan suhunya.
dan suhu oven aku letak 160c bakar dalam 55 minit sebab kalau satu jam permukaan atas tu dah nampak macam hangus.
try n error la..dapat makan banyak sket kek tu.hahahaa
dannn aku tak boleh tunggu kek ni sejuk.masa panas tu la SEDAP GILA OKAYYYY !












Monday, October 13, 2014

Selamat Hari Lahir H.K

Selamat Hari Lahir CintaHati..
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
dipermudahkan segala urusan..
diberikan kesihatan yang baik..
menjadi anak yang lebih taat..

kalau la satu hari nanti dia baca post2 aku pasal dia..
Ya Allah malunya..
tapi aku cuma nak dia tahu apa pun yang berlaku aku tak pernah lupa dia..
tak pernah tak sayang..
buka hati dia untuk aku Ya Allah..
amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...