Showing posts with label kesana sini. Show all posts
Showing posts with label kesana sini. Show all posts

Saturday, May 5, 2018

New Collection of NS

setiap kali jalan2 mesti rasa taknak beli pape sebab sayang nak keluar duit. dengan masalah kesihatan sekarang ni memang aku lebih prefer untuk pergi shopping complex hanya untuk beli barang yag telah dirancang sahaja. bukan window shopping. kalau jalan sikit2 takpelah. jalan slow2.. lagipun sayang nak keluarkan duit yang tak berapa nak ada ni..haha 

aku jarang beli baju..tapi kalau beli memang banyak terus. sebab lagi murah. jarang beli kasut kecuali sneakers..senang nak bergerak. itu pun tunggu jumpa yg rm30 kebawah. memang jarang beli barang untuk diri sendiri. pastu peliknya duit ntah kemana pun tak tahu. haha

tapi kalau beli buku memang ringan je tangan nak membayar..lebih2 lagi kalau jumpa buku Nicholas Park nih.. nak cukupkan koleksi.. aku baca okay...walaupun kebanyakkannya memang aku baca yang download version punya..kalau ada movie aku tengok sekali..beli novel ni untuk cukup syarat je..tapi kalau time tu still mahal aku takde la nak beli..tunggu time promosi baru beli.

tadi sebelum pegi airport sempat singgah kat QueensbayMall. dengan kaki sakit gila aku gagahkan jua melangkah kesana.. ternampak lah dua tajuk yang masih belum ada lagi. satu dah lama keluar..satu lagi tak berapa lama sangat lah..dan dalam harga promosi..nak beli dua2 duit tak cukup.. takkan lah CintaHati nak belanja pulak kan...dia pun entah hilang kemana..tapi baik pilih yang dah lama keluar..takut tak jumpa lagi.hihii tapi banyak betul koleksi NS kat kedai buku nih..mungkin tak ramai yang nak baca. lain kali kalau datang sini nak beli banyak2..

aku pilih yang kiri

hmmm..berat nak lepaskan 'Two By Two" ...tapi apakan daya..kewangan tak mengizinkan..rasa ralat betul..tapi oklah..flight sejam dapat da abeskan beberapa chapter..haha bagus jugak naik flight nih..baca buku tak pening..aku tak dapat bayangkan masa depan nanti insyaAllah kalau berdating dengan CintaHati lagi. dia suka tengok baju...aku tak suka.aku lebih suka tengok buku..yang ni aku tak sure dia suka ke tak.tapi bila tengok pada missing in action tu..paham2 je laa...haha

berat hati nak tinggalkan buku ni tapi lagi berat hati ni nak tinggalkan CintaHati..alhamdulillah berjaya aku harungi dua hari ni..huhuhu dengan kesakitan yang tak dapat digambarkan dengan kata2..banyaknya kelemahan aku ni..banyaknya salah yang aku dah buat..kau ikhlaskan hatinya untuk terima aku seadanya ya Allah..bukakan hatinya untk maafkan apa sahaja salah yang aku buat ya Allah..

Ya Allah Kau jagalah dia..








Saturday, October 14, 2017

JalanJalan JB


Benda jarang2 berlaku ni kadang2 seronok jugak. percutian tiba2.. haha percutian la sangatt...dah lama Mak Abah nak pegi JB naik bas. ape tah yang seronok sangat. aku malas naik bas. sakit badan.tapi takpelah dah dorang sanggup. budak kecik tu pun follow jugak... Nurul je yang dah datang dulu hari Khamis. tapi tak banyak tempat pun boleh pegi sebab Nad kena g skolah hari sabtu. mural tak settle lagi katenye..

So pagi Ahad Mak Abah dan Nad naik la bas paling awal ke JB. tapi sampainye tak awal sangat lah. macam jauh sangat Muo ngan JB tu.. so sampai2 je terus la pegi ZooJohor. Nad dah lama nak sangat pegi zoo termurah di Malaysia tu. murah bukan sebarang murah eh.. dalam haiwan sihat2 semuanya.. gemuk2. haha walaupun tak banyak sangat haiwan tapi ok lah. daripada pegi tempat mahal2 haiwan banyak tapi tak sihat. baik pegi ZooJohor ni je. tiket masuk pun cuma rm2.




trip kat ZooJohor ni tak makan masa sangat pun. sejam je... mungkin tak sampai sejam pun haha. tak penat sangat pun. tapi berpeluh jugak lah. naik turun tangga. tapi puas. hehe lepas pegi ZooJohor terus carik makan. lepas makan pegi rumah makcik dekat Dato' Onn. sebelum tu singgah jap Aeon Dato' Onn sebab tuan rumah tak sampai rumah lagi. nak jalan2 lagi tapak kaki macam nak pecah. 



Hari Sabtu kami pegi JPO je. saje jalan2. masuk pun kedai yang mampu beli je. haha kedai Bath&Body Works dan kedai cokelat je pun. kedai lain taknak lah. bukan beli pun. ada lah beli sket2 barang. nak layankan Nad nak pegi sini je. tak boleh lama pun sebab Nad nak kena pegi sekolah. Nurul pun kena balik UTHM. ada program. so, balik lah kami. Maka berakhirlah cuti2 pendek kami. hihihi sebenarnya bukan cuti2 sangat lah. jalan2 je pun. jadilah dari takda.

Sekian..















Thursday, June 29, 2017

SYAWAL 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Tahun ni takda kelainan sangat. macam biasa je hampir sama setiap tahun. disebabkan cuti puasa 2 minggu hari tu dah bertungkus lumus mengecat rumah so nak raya ni takda ape sangat lah. cuma pasang langsir je. maklumlah tingkap dah bertambah. aku memang akan kurangkan bilangan tingkap ni in future. fuh pening nak kumpul dana tukar langsir. so tahun ni cat n langsir semua warna coklat. redup sikit rasenya. takdalah terang benderang rumah tu. 

Tema warna baju tahun ni kembali kepada kegemaran aku - UNGU. tapi macam biasa lah aku takda baju tak sempat nak carik. so guna blause ungu je. kain carik malam raya kat ekspo raya. oklah dari takda. so baju2 tahun ni semua pakai baju g keje. hihi senang. semua baju family lain aku cari macam biasa la kat pesta konvo je. tahun ni aku bawak sekali Nurul. biar dia rasa macam mana setiap tahun aku pening nak cari baju untuk semua orang. haha baju dia sendiri pun pusing2 susah nak cari. mujur lah dapat. 


kami

kami bersama atok

kami yang perempuan sahaja..ramai lagi tapi time ni ada ni jer..

lepas settle beraya belah family abah kami pun macam biasa la gerak ke rumah atok belah mak pulak. tapi kali ni kain kasi tukar.. hahaahaa tak mampu oiii sempit. tak banyak sangat aktiviti. malam balik tidur charge tenaga untuk esok hari..haha


 partner in crime


2nd day raya biasanya memang mencabar. haha pusing semua rumah atok2 dan buyut2.. lupa lak 10 ke 11 rumah. dalam sehari tau.. lunyaii pagi nak pilih baju baru aku perasan aku ada baju dark purple. songket lagi. takpalah dua hari pakai purple. hari2 pun takpa.


ni la baju tu..

susun susun

3rd day raya pusing2 beraya rumah adik beradik abah je. makan makan.. makan dan makan.. menu tahun ni soto je. tahun ni tak guna polisterin. guna mangkuk dan cawan plastik. so nanti2 boleh recycle guna lagi. jimat..huhu

4th day raya which is aku consider as hari last raya... haha da takda tempat lain lagi nak pegi kot.. cukup dah untuk tahun nih. so kali ni baru sempat pegi beraya kat Batu Pahat. tempat biasa tu lah. tapi tahun ni tak dapat terus ke Benut dan Senai sebab orangnya tiada di rumah. huhu so terus la balik lepas tu pegi rumah adik abah pulak.


ootd raya kami

maka berakhir lah lebaran 2017... harapnya panjang umur jumpa lagi untuk 2018..
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin



Friday, April 7, 2017

Mesyuarat 2Minggu

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lagi dipanggil untuk tugas luar dari kebiasaan. kalau tahun lepas Mahkota Hotel Melaka, tahun ni kena pergi KL pulak. Hotel Seri Pacific. kalau tahun lepas seminggu.. tahun ni upgrade sket. 2 minggu..hahaha mereput kau.. tapi tahun ni azab sikit lah. sampai je hotel memang badan panas. tetiba demam kau. terkejut kot tak pernah2 drive sendiri ke KL. memang tahap tawakal tertinggi lah. nasib baik senang nak cari hotel nih. betul2 ikut GoogleMaps. tapi memang satu benda aku pelik. kalau kat bandar memang selalu sangat lost connection. kat JB pun sama. so memang la ade saat2 mengerikan tuh. mujur signboard sangat berguna kali nih. alhamdulillah dengan berkat kesabaran aku dapat sampai dengan selamat.

awal gila aku keluar rumah. dalam pukul sembilan kot. sampai hotel dlm pukul 11 lebih macam tu. semata2 nak dapat parking. haha memang alhamdulillah rezeki dapat parking betul2 dekat dengan lif. sama macam kat Melaka dulu. rezeki. so sape2 datang lambat memang kena letak kereta kat PWTC. hotel ni sebelah je PWTC. TAPI....sampai awal dah. nak tunggu check in tu Ya Allah.....pukul 3 baru dapat bilik...bukan sebab aku tunggu lama sebab datang awal. tapi ada masalah bilik. ada beberapa subjek kena pindah hotel lagi. mujur subjek aku stay kat situ. kalau tak memang tak berbaloi datang awal sebab parking. haha

pemandangan dari bilik aku


aku check in sorang je sebab roomate tak sampai lagi. so dapat la tengok dalam bilik dengan teliti. check semua tempat yang ada. alhamdulillah.. puas hati. bilik pun besar. lengkap lagi. seterika pun ada setiap bilik. okay la tak perlu struggle untuk 2 minggu ni walaupun aku dah bawak sendiri. dalam pukul 4 ada taklimat kejap dan lepas tu free sampai pukul 8 ada perasmian. kejap je pun lepas tu rehat sampai esok paginya. tapi demam makin teruk. langsung takde prepare pape ubat pun. yelah tak expect pun nak demam kan.

besar jugaklah shopping complex ni

Meeting kali ni lain sikit daripada tahun lepas. lain dari segi masa bekerja la. memang sharp. haha on time. start dengan habis memang on time. takde masa2 tambahan okay. bagus..kita guna masa sebaiknya. tapi memang tepu otak.. haha dan macam biasa la aku makan sekali sekala je.tak larat langsung lah. makan masa tea break je. lagipun kali ni bukan macam selalu tu bufet hotel tapi kali ni makan macam kat rumah. haha satu lauk satu sayur. kelakar pun ada jugak. tapi syukur la dapat makan sekali. kalau makan tanggung sendiri sengih je la..depan hotel ni ada shopping complex besar tapi 2 kali je aku pegi. sebab nak tunggu sihat betul tu seminggu kot...dah nak last2 bru okay. mujur lah. kalau tak camna la nak drive balik. orang lain boleh siap g berjalan2 sampai Jalan TAR shopping sementara waktu senggang. hebat...huhuu

habis meeting ni pun aku trus balik JB sebab ada taklimat untuk PT3 Geografi. esoknya aku MC sebab tumbang habes takleh bangun.. haha 2 minggu tak pergi sekolah..rindunya budak2..takpe silibus berjalan lancar sebab sebelum pergi aku dah siap2 cover mana yang patut. masuk banyak kelas ganti cikgu yang tak datang. bahan relif pun dah tinggal...kalau perancangan tu baik takda sape yang rugi. insyaAllah..2 minggu bersama orang2 hebat buat aku rasa kerdil betul..huhu yelah satu group dengan orang2 master..dengan cikgu2 kanan bidang. orang2 berpengalaman. pengerusi yang terbaik. alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan orang2 yang baik lagi. tambah kawan2...tambah pengalaman..seronok jumpa2 senior2 super duper baik. alhamdulillah..

orang2 hebat

moga2 tahun depan dipanggil lagi untuk meeting ni. 
amin.....

rindu pulak dengan bilik sejuk gila macam peti ais beku tu...huhu


Sekian..

Sunday, August 14, 2016

Mahkota Melaka

Seronok bila dapat tambah pengalaman baru. jumpa kawan baru. sesekali keluar daripada rutin harian. bukan selalu.. sekali sekala. keluar pun bukan makan angin. tapi buat kerja. waktu kerja yang lebih panjang daripada biasa. haha tapi kali ni mencabar sikit. sebab bertembung dengan waktu menanda. hmm terpaksa berkorban sikit lah. sabtu drive bali JB. ahad pergi kursus penandaan seharian. isnin tu smpai separuh hari je mintak excuse untuk keluar awal. yelah taklimat penandaan ahad je. isnin tu menanda skrip contoh. so ok lah. disebabkan check in hotel hari isnin aku terus la balik ke muar. singgah rumah jap ambil barang then terus ke hotel. Hotel Mahkota Melaka. selalu lalu je area tu tapi tak pernah la pulak nak singgah nye... takde tujuan pun. fuh gigih betul drive 3,4 hari ni.

Disebabkan check in hari isnin so memang tiada masalah parking lah. syok ooo dapat parking betul2 depan pintu nak naik ke lif. senang nak angkut barang. baju kotor memang aku terus letak dalam kereta. tapi blok2 kat hotel ni mak aih memang jauh gila nak menapak. lobi kat depan. bangunan bilik kat belakang. bangunan tempat mesyuarat kat tengah2. tapi view cantik... ade pool tapi tak sempat la nak mandi manda. lagipun tak kuasa aku nak mandi manda kat orang ramai nih. cuma semput la nak tunggu giliran naik lif ke bilik mesyuarat tu. mula 8.30 pagi - 12.00 tengah hari. sambung semula pukul 2.00 - 5.00 petang. then rehat dan start semula pukul 8.00 malam. habis tak tentu masa. paling awal pukul 11.. paling lewat rekod pukul 1.00 pagi. tapi takpa lah. demi anak bangsa dan ilmu. aku gagahkan jua. hahaha

ruang luar besar tapi bilik kecik

Kami duduk dalam apartmen dua bilik. ruang kat luar memang besar. selesa sangat. tapi dalam bilik kecik je. takpelah. memang untuk tido je pun. bukan sempat nak buat benda lain. 6 hari aku berkampung kat sini.. fuh puas. hotel ni betul2 depan mahkota parade. hihi ade la jugak keluar ke situ kejap. berani pegi la sebab parking memang takde orang amik. sebab hari biasa tak ramai orang kat hotel tu. parking kosong. disebabkan bilik jauh dengan tempat makan memang macam2 stok makanan kering aku bawak. sekali je aku makan akt hotel tu. sarapan masa hari sabtu sebelum balik. hahaha sebelum tu semua aku tak turun makan. serius jauh. aku tak tipu. memang aku tabik orang yang pegi makan tu. lagipun kalau aku makan memang takleh buat kerja. memang ngantok takleh nak buat apa.

Tapi syok lah kenal macam2 perangai orang baru. hahaha baik2.. ade jugak lah yang tak baiknya. tapi sapa kita nak judge. tapi yang paling penting. aku jumpa mentor aku masa kat U dulu. dan beliau lah pengerusi mesyuarat kami. heheheee macam tak percaya dapat kerja sama2 dengan dia. dapat la amik 2,3 gambar. malu punya pasal dah nak balik baru aku amik gambar. tapi seriously team kami memang best. orang2 berpengalaman dan penuh ilmu. malunya aku.. rasa kerdil je. sebab aku la paling muda pengalaman. haha dapat la selit2 sikit tambah ilmu tu. alhamdulillah.. bukan pergi saja2. 

So, dengan terkorbannya seminggu masa untuk menanda, hari sabtu tu memang aku terus pecut balik JB. tapi sempat la singgah rumah jap hantar barang. maka bermula lah sesi penandaan sebab tinggal seminggu je lagi.. huhuuu nasib lah. ahad sekolah. kau rase... hahaha berani buat berani tanggung lah. orang lain dalam team sedap lah.dorang ahad cuti. yang duk Johor ni kena la sekolah jugak..

Sekian..
Harapnya dipanggil lagi untuk tahun depan.
hihi




Saturday, January 31, 2015

Oglio Olio

salah satu pasta yang memang menjadi kegemaran aku - OGLIO OLIO . yess! simple oglio olio. terpaling senang dan terpaling lazat. selalu jugak masak sendiri yelah aku tak paham kenapa kat kedai tersangatlah tak masuk akal harganya. olive oil+garlic je kot... tapi ada satu tempat memang aku takkan order lain. memang oglio olio sahaja. aku dah rasa kat kebanyakkan tempat. tapi memang satu tempat ni sedap sangat lah. memang ikut selera aku. walaupun harganya...... tutup mata lah. nak makan. mahal.. so cari tempat yang betul2 berbaloi. dan tak pernah mengecewakan. (over kan?)

yummeh
mana nak dapat ni? senang... PIZZAHUT.
hahaa yup. dapat ni pun dah boleh senyum lebar happy nye....
try lah.








Wednesday, December 18, 2013

zoo melaka

akhirnya sampai jugak adik comel ke zoo melaka . sian kat dia . hahaa . kalau ikut hati memang taknak pegi . yelah zoo tak terurus mana . harga tiket tak setimpal dengan pemandangan . diharap pihak zoo tengok2 la keadaan tempat tu . sian jugak binatang2 kat situ . ada tempat agak bersih . ada tempat memang tak berapa nak sedap mata memandang lah . 



kebetulan bawak atok sekali . hihi . mesti terkejut sebab aku memang tak plan pun nak pegi zoo . tengok tak ramai orang terus je belok . hahaha penat habis .... panas . cair semua lemak2 ... hahaa happy la jugak walaupun terlepas citer "be carefull with my heart" . huhuu

selamat becuti.










Sunday, December 15, 2013

wedding BFF lagi

131213 : sahabat baik aku kawin . azila @ acik . my sayang ni dah la comel pastu cantik la sangat2 time tu . purple lilac . mata aku dah fokus kat baju jer . macam tak percaye acik yang comel kawin . eheh


time nikah . acik nervous kat depan . kami bergambar . chill 

kebetulan pakai purple .

semua ada .
151213 : majlis persandingan . ada dua pengantin . kakak dan adik . sama cantik . sorang biru sorang puple.  tapi satu pelamin - pink . 1st time aku rasa pink tu sangat cantik !! takda gambar pelamin pulak . hihii nak cakap jugak kek yang sangat comel mak buyung yang sponsor . hehe . so, who's next ??? ade dah ... minggu depan 2 orang lagi bakal jadi tunangan orang . semoga jodoh mereka berkekalan dan bahagia selalu ~

wedding 3 sahabat baik dengan tema yang hampir sama . memang tengah fofuler wana nih .

seronok pulak bila tengok orang kawin . lebih2 lagi sahabat sendiri yang kita dah tengok doang membesar dan matang bersama2 (aku matang ke ??? hahaa) . lagi seronok bila tengok dorang sangat nekad untuk ada komitmen yang sangat penting dalam hidup . ambil satu lagi langkah dalam menjadikan sesuatu hubungan tu halal . aku jujur masih belum sedia . or memang langsung tak sedia . tapi kalau jodoh dah sampai siapa boleh tolak kan? semua tu rancangan Allah .

selamat menempuh alam rumah tangga sahabat . love u muahhh muahhhh











Sunday, July 7, 2013

remaja klasik

kisah ni bermula apabila kami tak dapat makan chickenchop di DangaCityMall . saje je nak rase kat tempat2 baru . then pegi tempat biase HutanBandar gila lahh ramai sangat orang . so teringat satu restoran yang aku dah cari hampir setahun . padahal BBU tu kecik je . hahaa bleh la tak jumpa . cari2 ade orang suggest kat RemajaKlasik . aku selalu jugak perasan restoran ni betul2 seberang jalan TNB sblh LHDN yang kat sebelah Angsana tuh . bila sampai restoran tu alamak macam kagum pulak terfikir macam mahal je makanan . yelah tengok agak cantik ade kelainan unik sket lah . adetempat makan bersila kat luar . sekali tengok dah macam rumah . siyes ohsem . tapi sekali tengok menu ehhh okay je harga . tapi best lahh sebab time tu orang takdelah ramai sangat so dapat menikmati makanan dengan tenang dan order pun sampai cepat . tapi yang paling penting . SEDAP !

chocolate milkshake, bandung soda, honeydew

chickenchop , fish n chip
sangat puas hati . lain kali datang aku nak cuba makanan yang lain pulak . ditambah pulak dengan lapar selepas enjoy tengok DespicableMe2 . eheh

dah settle makan ronda2 la sambung pencarian restoran yang aku sendiri tak ingat namanya . tapi aku masih terbayang2 lagi lah persekitaran restoran tuh . hurmmm nak ditakdirkan bley pulak jumpa . ya Allah aku selalu kot lalu jalan tuh . tapi tak perasan bila tengok dari jalan besar . mungkin sebab tak ingat nama restoran . hihiii nanti aku upload tentang restoran tuh . seronok makan benda2 sedap nih . murah pun murah .


sekian .






Saturday, July 6, 2013

luck

kadang2 benda yang kita tak plan tu akan jadi dan ade juga mase2nye bila kita plan gila satu2 benda tapi tak jadi ape pun . contohnye semalam lah . semalalam lepas settle hari guru aku decided aku takkan sia2kan peluang aku tak balik kampung tanpa berbuat apa2 aktiviti . so aku dan kak timah pergi lah ke Kulai . COWBOY . tu yang selalu dia sebut2 . so aku layankan aje . nak jugak usha tempat tuh . mane tahu bley lepak2 cuci mata . okayy agak berpuas hati . boleh datang lagi . kak timah beli oreo untuk koperasi . murah katenyer . beli dalam 40kotak kot . tak ingat pulak . 

okeh settle beli kami menuju ke CitySquare sebab rasenye macam belum pernah jejak sane selepas settle forever renovation dorang . tapi aku rase macam agak awkward lahh soo tempat paling selamat adalah kedai buku lahh . ade gak aku sambar komik . hihi . so kejap je la jalan2 then perut meraung2 minta diisi . pergi pula ke DangaCityMall sebab kak timah cakap ade chickenchop sedap kat sana .

sampai sana hmmpphh ! menu tu habes . ciss ! lain kali aku datang balek untuk try rase . tapi yang best tetibe baru perasan UO ade buat sale . tak pasal2 aku buat kad UO . hahaa . jumpa pulak air kotak milo murah . ape lagi ... sambar untuk koperasi lahhh . habis dalam rm300++ jugak lahh . haha penuh kot kete . yang tak tahan tu sempat lagi hantar ke sekolah dalam kul 11lebih . gila aku tak pernah pegi sekolah malam2 camni . terase sangat cemerlang la pulak hahaa


syok !
happy gila banyak tempat pegi dalam masa satu hari . memang sampai menggigil kaki lahh . tapi puas walaupun pagi tu dah penat kat sekolah ..

terukk !
tapi yang ni sedih . sanggup aku cari parking yang jauh supaya dapat parking dengan sempurna sebab aku taknak menyusahkan orang lain kalau aku suka2 hati je parking . kete yang besar alam tu pulak selamber gila parking macam tuh . huh benci !


sekian .



Friday, June 21, 2013

the famous putu bambu

akhirnya dapat juga aku makan putu bambu yang kat Ayer Itam yang selalu orang sebut2 . selalu memang aku langsung takde nafsu nak pegi beli . tapi sebab time ni aku tengok clear je gerai tu ape lagi trus stop ahh .. mungkin sebab jerebu kot . kalau time2 lain memang tak lahh sebab ramai gila . tak kuasa aku nak beratur.

sedap dan murah . 

tak dapat dinafikan lah memang sedap . gebu gila . GEBU . pasni aku sanggup beratur kot . hahaa selama ni aku rase macam apesal semua orang beratur nih ? pegi je la beli kat tempat lain . putu bambu je pun . hahaa sekarang hah kau sudah teringat2 . hihii


sekian .



Sunday, May 12, 2013

B.Point

akhirnya aku pegi jugak ke tempat ni . semata-mata untuk layankan kegilaan sekarang ni . beger bakar yang sangat femes katenyer . dulu mase belajar kat Tg.Malim selalu jugak layan beger bakar . time tu memang rase sangat seksa untuk layan beger yang berharga berbelas ringgit . paling murah pun rm8-9 . tapi time tu memang seriously sedap giler okay .... so bila tengah in sekarang pasal beger bakar aku pun macam nak try la ok ke tak .. so here we are !!

BURGER BAKAR ABG BURN 


ayam

daging
bagi aku okayy . tapi takdelah macam yang aku makan sebelum ni . yang mana aku rase sangat2 lah ohsem . banyak jenis daging lak tuh .. emmm kalau nak dibandingkan maaf memang jauh sekali berbeza . tapi kat tempat ni ade dua je ayam n daging . ade je pilihan lain tapi dua jenis daging je kalau aku tak silap . antara daging n ayam aku lebih pilih daging . sebab daging lebih sedap kalau dipanggang . beger sangat simple tapi harga nya tak se simple begernye. 

meatballs tak amik gambar pulak . sedap tapi sos blackpaper memang tak kena dengan tekak aku . masin . maaf mungkin bukan rezeki aku makan yang sedap . atau mungkin aku tersalah hari ke . tapi time tu memang masin . tapi takpelah . pengalaman . perlu pergi lagi mana tahu lebih sedap . cuma aku tak boleh nak excited macam orang lain yang komen macam sedap gila2 sedap . hihiii . lain orang lain pendapat .


sekian .




Saturday, February 2, 2013

P to the I to the B to the G !

ye memang arini meeting PIBG serentak dengan majlis anugerah kecemerlangan sekolah menyebabkan sabtu aku dikorbankan begitu sahaja . humm so0 minggu ni tak balik . stay je kat JB sebab cam malas nak balik sorang2 . kang tak pasal2 pecah meter lak aku bawak kete . so as usual kalau meeting PIBG mesti lah ade parent kan . walaupun tak ramai tapi boleh la at least nampak la jugak ade parent yang datang . kali ni aku termasuk dalam AJK hadiah . tak sediakan hadiah tapi sediakan sijil . eheh cam biase lah kalau dah nama aku memang kelam kabut lah . hehee seb baik tak banyak . kalau tak takde sijil lah dorang nih . tema batik sekolah tapi aku tak tau lak dorang pakai yang warna hijau . so0 disebabkan baju kaler tu tak dijumpai aku decide pakai warna purple yang sama macam batik sekolah jugak . hahaa pelik sebab berapa orang je yang pakai purple . seb baik 'orang tu' pakai purple . so0 takde la rase pelik sangat . hihiiii


untuk pelajar dan AJK PIBG

haa yang ni bukan hadiah tapi hutang . hihii

yang ni pulak free sebab guna duit PIBG .

secara keseluruhannya okay je . aku tak fokus sangat pun sebab aku lebih fokus tang nak bagi hadiah tu . seb baik pelajar yang sampaikan . kalau aku yang kena pegang dulang tu kat atas pentas err tak dapat bayangkan macam mana . hahaa sekian .








Wednesday, January 30, 2013

catur itu chess

weho0 seharian aku disini . di atas pentas ini menunggu semua keputusan untuk semua game catur ini . tapi takpe catur punya pasal .... sanggup aku tak pegi sekolah . ehh ? hahaa dapat excuse sape taknak . ni kalau kasi budak2 ni lawan ngan aku mau xsampai 5 minit dah settle . muahahaa aku yang settle . dang !

yang depan mata ni ranking 1st .

best dapat jumpa cikgu2 dari sekolah lain dan student dari sekolah lain jugak . tak tunggu sampai habis sebab budak2 nak cepat balik . eheh walaupun dekat pukul 5 baru sampai sekolah tapi rase puas sebab ................... hahaa paham2 je lahhhh .








Tuesday, January 29, 2013

MiniMalaysia

semalam aku bawak family merayap ke Melaka . yela cuti isnin kan bajet macam orang lain tak cuti jugak . hurmm kali ni cam terasa nak pegi zoo walaupun tak well plan . aku pun risau jugak ramai orang . so as i expected memang lah tersangat ramai . beratur kot nak parking . so0 berbekalkan kesabaran aku yang dahmacam kat hujung tanduk aku pun pusing balik nak pegi tempat lain lah takde aku sakit hati nak tunggu . ok antara tempat yang terdekat adalah MiniMalaysia . sebenarnya banyak ade taman buaya, rama2 macam2 lah . tapi macam teringin nak tengok rumah2 . so0 zoo lain kali lahh .....

baik punya beratur

ini petanya yang NAMPAK macam hebat sangat ...


tak sure kat umah ape .

hahaa boleh pulak mak menyelit sekali .

Melaka tangga batu .

tak sangka ade kat Sabah lagi . hah poyo !

kalau tak pegi jambatan gantung bukan aku lah tu ..

eheh kami2 .

huh !

sama besar dengan pokok .


pelbagai saiz pelbagai warna pelbagai2 ....

memang cantik2 rumah yang ada tapi sangat terkilan lah bila tengok rumah2 negara lain memang langsung tak terurus atau dalam kata lain sangat2 terabai . dah macam rumah berhantu je aku tengok . creepy giler ok ..... seriously do something lahh takkan lah orang bayar masuk hanya untuk tengok 13 rumah tu je ........ jangan sampai orang serik nak datang lagi . huhuuu






Saturday, December 15, 2012

Boleh Bah Kalau Kau ~ 5th day

kami start hari terakhir kami di Sabah dengan breakfast lah . tempat makan di suggest oleh Chris . ikut sajalah . terus checkout hotel dan terus memburu sarapan . urghhh~ lapar ! nasib tak ramai orang. Chris cakap selalu tempat ni full so maybe lucky ke ape aku xsure lah . yang penting dapat tempat duduk dan dapat makan . aku tengok menu banyak ikan2 . so0 aku amik ape yang Nat suggest - Hot&Spicy fish soup (kot) hahaa xingat lak . ade banyak2 ikan . best jugak .

ini pilihan aku . puas hati .

we .
lepas makan kami ke PasarTamu . Ina pun nak cari telur ikan masin . jejalan tengok2 pasar . bagus jugak sebab ade jugak lah benda2 yang tak pernah aku nampak and rasa . tak sesak pun . best je jalan2 . ingatkan pasar basah . tak pun . selesa je . and ada satu makcik cakap kalau rabu baru ramai . boleh jumpa ape yang kami nak cari . penuh dengan orang  . macam2 ade . dari yang paling pelik sampai yang paling pelik . eh? 

ini buah bambangan .

ini memang best .
tetibe kat tengah2 pasar tu ada orang main alat muzik and the sound ... very the Sabah ok . baru aku terasa macam kat Sabah . best sangat . hehee jakun sket benda2 tradition nih . 



ini buah terap . 
ada satu buah ni pelik aku rase . tak rase die yang pelik . macam ape tah ek sampai sekarang aku duk pikir lagi . hihii bentuk dah macam cempedak . aku perasan sepanjang jalan semalam duk nampak pokok and buah ni banyak kot . ingatkan buah sukun tapi kenapa kulit macam buah pulasan . sekali bukak amik dah jadi macam cempedak lah dalam dia . aku dapat makan satu je sebab durian pun aku tak berapa nak ada kimia kan .. eheh . aku diberitahu buah ni macam durian . bau nye kalau letak kat kete boleh kita salute spring . hihiii bila fikir balek aku ade nampak signboard dilarang bawak buah ni . sama macam durian . maybe sebab bau nya kot . yang style tu makan kat parking .

MegaLong . the longest mall .

MuziumSabah

NorthBorneoRailway
 mula2 fikir aih kalau nak bergambar dengan keretapi lama kat Melaka pun ada . bila Nat cakap ini NorthBorneo lama punya . hah kau baru la nak bergambar . ngeh3 .

pintu masuk muzium .
(aku tunjuk patung kat atas tu )








itu sahaja untuk hari yang terakhir kami di Sabah . best dapat jalan2 dalam KampungWarisan . macam MiniMelaka lah pulak . banyak rumah2 suku2 kaum yang ada kat Sabah . unik ! 

so lepas settle kami terus ke airport untuk balik JB lah . ngeh3 .
bye .. bye SABAH~~~












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...