Friday, April 7, 2017

Mesyuarat 2Minggu

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lagi dipanggil untuk tugas luar dari kebiasaan. kalau tahun lepas Mahkota Hotel Melaka, tahun ni kena pergi KL pulak. Hotel Seri Pacific. kalau tahun lepas seminggu.. tahun ni upgrade sket. 2 minggu..hahaha mereput kau.. tapi tahun ni azab sikit lah. sampai je hotel memang badan panas. tetiba demam kau. terkejut kot tak pernah2 drive sendiri ke KL. memang tahap tawakal tertinggi lah. nasib baik senang nak cari hotel nih. betul2 ikut GoogleMaps. tapi memang satu benda aku pelik. kalau kat bandar memang selalu sangat lost connection. kat JB pun sama. so memang la ade saat2 mengerikan tuh. mujur signboard sangat berguna kali nih. alhamdulillah dengan berkat kesabaran aku dapat sampai dengan selamat.

awal gila aku keluar rumah. dalam pukul sembilan kot. sampai hotel dlm pukul 11 lebih macam tu. semata2 nak dapat parking. haha memang alhamdulillah rezeki dapat parking betul2 dekat dengan lif. sama macam kat Melaka dulu. rezeki. so sape2 datang lambat memang kena letak kereta kat PWTC. hotel ni sebelah je PWTC. TAPI....sampai awal dah. nak tunggu check in tu Ya Allah.....pukul 3 baru dapat bilik...bukan sebab aku tunggu lama sebab datang awal. tapi ada masalah bilik. ada beberapa subjek kena pindah hotel lagi. mujur subjek aku stay kat situ. kalau tak memang tak berbaloi datang awal sebab parking. haha

pemandangan dari bilik aku


aku check in sorang je sebab roomate tak sampai lagi. so dapat la tengok dalam bilik dengan teliti. check semua tempat yang ada. alhamdulillah.. puas hati. bilik pun besar. lengkap lagi. seterika pun ada setiap bilik. okay la tak perlu struggle untuk 2 minggu ni walaupun aku dah bawak sendiri. dalam pukul 4 ada taklimat kejap dan lepas tu free sampai pukul 8 ada perasmian. kejap je pun lepas tu rehat sampai esok paginya. tapi demam makin teruk. langsung takde prepare pape ubat pun. yelah tak expect pun nak demam kan.

besar jugaklah shopping complex ni

Meeting kali ni lain sikit daripada tahun lepas. lain dari segi masa bekerja la. memang sharp. haha on time. start dengan habis memang on time. takde masa2 tambahan okay. bagus..kita guna masa sebaiknya. tapi memang tepu otak.. haha dan macam biasa la aku makan sekali sekala je.tak larat langsung lah. makan masa tea break je. lagipun kali ni bukan macam selalu tu bufet hotel tapi kali ni makan macam kat rumah. haha satu lauk satu sayur. kelakar pun ada jugak. tapi syukur la dapat makan sekali. kalau makan tanggung sendiri sengih je la..depan hotel ni ada shopping complex besar tapi 2 kali je aku pegi. sebab nak tunggu sihat betul tu seminggu kot...dah nak last2 bru okay. mujur lah. kalau tak camna la nak drive balik. orang lain boleh siap g berjalan2 sampai Jalan TAR shopping sementara waktu senggang. hebat...huhuu

habis meeting ni pun aku trus balik JB sebab ada taklimat untuk PT3 Geografi. esoknya aku MC sebab tumbang habes takleh bangun.. haha 2 minggu tak pergi sekolah..rindunya budak2..takpe silibus berjalan lancar sebab sebelum pergi aku dah siap2 cover mana yang patut. masuk banyak kelas ganti cikgu yang tak datang. bahan relif pun dah tinggal...kalau perancangan tu baik takda sape yang rugi. insyaAllah..2 minggu bersama orang2 hebat buat aku rasa kerdil betul..huhu yelah satu group dengan orang2 master..dengan cikgu2 kanan bidang. orang2 berpengalaman. pengerusi yang terbaik. alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan orang2 yang baik lagi. tambah kawan2...tambah pengalaman..seronok jumpa2 senior2 super duper baik. alhamdulillah..

orang2 hebat

moga2 tahun depan dipanggil lagi untuk meeting ni. 
amin.....

rindu pulak dengan bilik sejuk gila macam peti ais beku tu...huhu


Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...