Monday, July 28, 2014

SYAWAL 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




mohon maaf andai terkasar bahasa tersalah kata.
halalkan makan minum.

taknak citer benda sedih walaupun memang banyak yang jadi raya ni.
harap banyak benda baik akan berlaku untuk masa2 akan datang.
tahun ni kurang soalan maut tentang jodoh mungkin sebab tak banyak beraya n yang penting aku ada benda lain yang orang boleh bahan selain bila nak kawen. hahahaa tak sia2 berbadan comel.

selamat hari raya la ye semua.
love you all !









Wednesday, July 23, 2014

hijau yang damai.

tahun ni macam tahun lepas tukar duit tapi takdapat duit baru.aku tak kisah sangat tapi tau la kan budak2 sekarang..
'alaaa duit lama.buruk'
choyy sangat.duit jugak kot.bukan boleh bawal mati.rezeki Allah dah bagi.amik je la. ye tak??
kadang2 kebanyakkan budak sekarang ni kena diajar bersyukur lah ape orang nak bagi pun. jangan buat orang yang nak bersedekah jadi terbeban. ade sesetengah tu siap bagi pandangan hina lagi kat orang yang bagi singgit. ehh hello0 duit jugak okay.
hehehe sejak tak dapat duit raya ni (tapi ade jugak la rezeki tahun ni hasil buat muka comel.hahaha) memang aku emo sket bab2 budak merungut pasal duit raya.
bukan aku bukan sentap tak dapat. aku pun taknak sebab dah keje kan. tapi tak perlu lahh perli2 sebab aku dah keje so aku tak layak dapat. aku pun memang tak bagi kat orang yang dah keje kecuali ade satu cousin yang comel dan belum kawen tu aku kasi lahh. die pangkat adik. dah masuk dalam bajet pun. hihihi
selagi aku mampu insyaAllah aku akan bagi. yelah aku pun paham perasaan dapat duit raya ni. seronok dia lain macam. hahaha !





satu lagi benda yang seronok selain duit raya ni adalah sampul duit raya tu. best pulak tiap2 tahun kumpul. yang nampak rare tu sibuk nak simpan. lipat pun taknak. aku pun tak kisah belanja lebih sket untuk cari sampul yang cantik (cantik bagi aku la) . aku pun nak orang yang dapat tu rase seronok macam aku walaupun selalunya tengok sampul tu end up bersepah2 kat lantai. tahun ni ingat nak sedondon ngan tema warna baju, dah pilih2 tetiba nampak sampul putih ni pulak. hihi tetibe tukar. terus amik yang putih. yelah ink printer abes so tak dapat nak buat sendiri macam tahun lepas. hihi.

SelamatHariRaya la ekk..


























Tuesday, July 22, 2014

UNDER18


geng baru under18
hihihihi 
happy girl



lawak under18 vol.05 pun dah keluar jugak.
walaupun tak brape nak lawak tapi mesti ada dalam koleksi under18.
hahahaa bukan selalu aku membazir.










Saturday, July 19, 2014

Biskut Susu


Bahan-bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung jagung

Cara-cara
1. Campurkan butter dan susu pekat sehingga sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.tambah tepung sekiranya adunan sangat lembut.
3. Bentukkan dan bakar dengan suhu 150 darjah celsius selama 20 minit. Pastikan oven dipanaskan selama 30 minit.










Biskut Kacang








Bahan-bahan
1 cawan butter
1 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan kacang tanah (dikisar halus)
1 biji telur (kuning sahaja)
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum + tepung jagung + baking powder
2. Pukul gula perang dan butter sampai creamy
3. Masukkan telur dan esen vanilla. pukul lagi.
4. Masukkan kacang tanah.
5. Masukkan campuran tepung.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 10-12 minit.

Biskut Coklat Chip



Bahan A
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1/2 cawan serbuk koko
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder

Bahan B
Coklat chip
Badam

Bahan C
250gm butter
2 cawan gula perang
1 biji telur (kuning sahaja)
1 tsp esen vanilla.


1. Panaskan oven.
2. Ayakkan semua Bahan A. Kemudian masukkan Bahan B. Gaulkan rata.
3. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
4. Masukkan telur dan esen vanilla.
5. Campukan dengan tepung tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
6. Adunan memang sedikit lembut.Simpan seketika dalam peti sejuk.
7. Bentukkan dan bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 20 minit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...