Thursday, June 29, 2017

SYAWAL 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Tahun ni takda kelainan sangat. macam biasa je hampir sama setiap tahun. disebabkan cuti puasa 2 minggu hari tu dah bertungkus lumus mengecat rumah so nak raya ni takda ape sangat lah. cuma pasang langsir je. maklumlah tingkap dah bertambah. aku memang akan kurangkan bilangan tingkap ni in future. fuh pening nak kumpul dana tukar langsir. so tahun ni cat n langsir semua warna coklat. redup sikit rasenya. takdalah terang benderang rumah tu. 

Tema warna baju tahun ni kembali kepada kegemaran aku - UNGU. tapi macam biasa lah aku takda baju tak sempat nak carik. so guna blause ungu je. kain carik malam raya kat ekspo raya. oklah dari takda. so baju2 tahun ni semua pakai baju g keje. hihi senang. semua baju family lain aku cari macam biasa la kat pesta konvo je. tahun ni aku bawak sekali Nurul. biar dia rasa macam mana setiap tahun aku pening nak cari baju untuk semua orang. haha baju dia sendiri pun pusing2 susah nak cari. mujur lah dapat. 


kami

kami bersama atok

kami yang perempuan sahaja..ramai lagi tapi time ni ada ni jer..

lepas settle beraya belah family abah kami pun macam biasa la gerak ke rumah atok belah mak pulak. tapi kali ni kain kasi tukar.. hahaahaa tak mampu oiii sempit. tak banyak sangat aktiviti. malam balik tidur charge tenaga untuk esok hari..haha


 partner in crime


2nd day raya biasanya memang mencabar. haha pusing semua rumah atok2 dan buyut2.. lupa lak 10 ke 11 rumah. dalam sehari tau.. lunyaii pagi nak pilih baju baru aku perasan aku ada baju dark purple. songket lagi. takpalah dua hari pakai purple. hari2 pun takpa.


ni la baju tu..

susun susun

3rd day raya pusing2 beraya rumah adik beradik abah je. makan makan.. makan dan makan.. menu tahun ni soto je. tahun ni tak guna polisterin. guna mangkuk dan cawan plastik. so nanti2 boleh recycle guna lagi. jimat..huhu

4th day raya which is aku consider as hari last raya... haha da takda tempat lain lagi nak pegi kot.. cukup dah untuk tahun nih. so kali ni baru sempat pegi beraya kat Batu Pahat. tempat biasa tu lah. tapi tahun ni tak dapat terus ke Benut dan Senai sebab orangnya tiada di rumah. huhu so terus la balik lepas tu pegi rumah adik abah pulak.


ootd raya kami

maka berakhir lah lebaran 2017... harapnya panjang umur jumpa lagi untuk 2018..
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin



Tuesday, June 20, 2017

PROJEK RAMADHAN 2017 : BILIK BAJU, CAT BARU, LICINKAN LANTAI PASANG MOZEK BERANDA

kalau Ramadhan tahun lepas aku buat surprise kat MakAbah untuk buat rumah baru kan.. hehehehe tahun ni ada surprise lagi. sikit je la. tak banyak pun. aku cakap kat Abah tempat sidai baju yang dulunya tempat parking motor tu aku nak buat bilik yang besar sikit. bukan bilik tido. tapi bilik macam tempat letak baju  ke sidai baju ke stor ke. pape je lah. sebab nak samakan besarnya dengan dapur. sedih pulak bila tengok tempat sidai baju tu nak dirobohkan. sebab tempat tu la kami buat tido masa buat rumah tahun lepas. hahaha rasa kelakar pulak. bila rumah dah siap tengok betapa keciknya tempat parking motor yang Abah dah dindingkan dengan papan dan jaring. macam tak caya sepanjang 2 minggu aku ngan Nurul kat rumah tu kami bergilir2 tido kat situ dengan Fariz. haha nyamuk takyah citer laaaaa.. alhamdulillah Allah lindungi kami dari perkara2 yang mengerikan. hehehehe

21.4.2017
keadaan asal bilik kecik tu

so projek kali ni ada banyak jugaklah. alhamdulillah ada rezeki sikit. 

1. bilik baju (buat sendiri)
2. cat ruang tamu (buat sendiri)
3. licinkan lantai ruang tamu (upahkan orang)
4. pasang mozek beranda (upahkan orang)

aku tanya Abah nak upahkan orang ke buat bilik tu. sebab terlanjur nak suruh orang licinkan lantai kan.. nak pasang mozek bajet tak cukup. bajet cukup untuk pasang mozek kat beranda je. hehehe setahun jugak lah peram tu. dah nak raya lagi baru sempat nak suruh orang buat. Abah cakap takpe Abah boleh buat slow2.. jimat sikit. sebenarnya lebih kurang je. tapi dah Abah insist kan.. biar je la.  Abah seronok kalau ada benda boleh buat sendiri. aku sediakan je barang yang nak guna. BANKER. hahaha takpelah.. asalkan MakAbah selesa. so, pertengahan bulan 4 haritu Abah ukur siap2. aku balik2 tengok Abah dah siap dirikan tiang. aku cakap lah buat slow2 sebelum puasa dah siap so puasa nanti takdalah penat2.. tapi memang tak lahhhh hahahhaa awal puasa jugak start naik dinding tu.

banyak kos yang dah cut. antaranya bumbung tu memang guna zing rumah lama yang masih elok je. tiang semua guna tiang rumah lama jugak. so untuk kayu bumbung, bumbung dan tiang rumah memang tak keluarkan kos. dinding pulak guna dua ikat batu bata je. sebab guna tingkap nako pun 3 bingkai.. so memang dah jimat sikit. lain2 tu batu dengan simen je la. beli sikit2 so tak terasa sangat. so Abah start naik dinding tu lepas ruang tamu dah siap simen rata. so relax2 je la Abah buat sepanjang bulan puasa tu. cuti awal ramadhan tu kteorg cat dalam rumah. Abah buat bilik belakang kteorg macam nak mati cat dalam rumah. hahaha drama je lebih. tukang rumah settlekan rumah lain dulu sebelum sambung projek pasang mozek untuk beranda depan rumah. so by the time mozek siap, bilik belakang tu pun siap lah.

5.5.2017





26.5.2017
sehari sebelum puasa lantai rumah dah siap simen licin. so raya nanti takda lah lantai kasar2 lagi. tinggi betul dorang simen huhuhu

27.5.2017
Gebu jadi peneman setia Abah
 28.5.2017
sebelum

selepas

9.6.2017
cantik tak? hehehe
17.6.2017
alhamdulillah luas boleh bergolek2.. Abah siap buat pintu untuk anak bulus lagi hehehe
tapi projek Ramadhan kali ni takdalah siap tu last minit.. ada lah masa bertenang sebelum raya tu haha alhamdulillah semua jadicumanya harap2 takdalah projek Ramadhan 2018 pulak nanti. kalau nak buat pape pun biarlah selain bulan puasa Sazzy oiii hahahaha PENGSAN. 

sekian untuk update kali ni.. huhu

Friday, June 2, 2017

Hati rapuh

kau ingat aku kuat ke nak hadapi semua ni?
setiap kali CintaHati mesej aku cuma harap mesej tu tak berhenti disitu..
kau ingat aku kuat ke nak buat tak tahu?
kau ingat aku kuat ke nak tengok je?
aku dah unfollow semua media sosial..
supaya takda muncul lagi kat depan mata..
setiap kali orang like orang komen..rasa sakitnya hati..
sakitnya hati bila tak dapat CintaHati..
sakitnya bila CintaHati bersama orang lain..
tapi aku tak tunjuk semua tu..
aku simpan sorang2..
aku diam sorang2..
aku tak meroyan.
aku cuma mampu berdoa dari kejauhan yang rasanya cukup jauh ni..

Ya Allah andai dia tak jumpa kebahagiaan dia dengan orang yang lain tu..
dekatkanlah dia dengan aku.
bukakanlah pintu hati dia untuk aku.
aku ada disini menunggu dia..
yang sayang tak pernah kurang ni..
yang cinta semakin bertambah ni..
cinta manusia aku hanya untuk dia..
tak pernah tak sayang.
Aku cinta dia Ya Allah..
aku cinta CintaHati aku..
permudahkanlah Ya Allah..
amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...