Showing posts with label beramai-ramai. Show all posts
Showing posts with label beramai-ramai. Show all posts

Monday, December 24, 2018

WEDDING : TERIMA KASIH SAHABAT2

terima kasih semua sahabat handai yang datang.. terharu betul rasanya sebab yang jauh pun boleh sampai.. hehehe i feel the LOVE. semoga Allah balas semua jasa baik korang. sayang semuaaa! gambar bercampur2 kualiti.. hehehe tapi yang penting rekod tu ada. ada yang photographer sempat amik. ada yang aku amik dari fb dorang. haha ada yang aku selfie je. senang pegang phone sendiri. haha tapi ni sebahagian saje.. ada yang tak sempat ambil gambar pun.. huhuhu rugi kannn.. ada la sorg bestfriend tu pun tak sempat nak amik gambar.. rasa ralat sampai sekarang. hahaha datang2 je kena jadi AJK goodies.. yelah ada orang tu sibuk naik bot kat Muo. hahaha enjoy gaisss..



bestfriend for life.. dah beranak pinak.. maklum lah aku adik bongsu dalam geng.. so kawin paling last. hahaha

Sis Timah - ini punya bestfriend for life taktau nak kata macam mana lah.. hahaha separuh nyawa.
Ina - pengapit merangkap geng jugak haha rushing dari JB ni. thanks a lot weh.. T_T

Adda, Sis Timah, Salinah+Medina, Ayu -  bestfriend for life jugak.. team susah senang tempat kerja.. family terdekat bila berjauhan dengan family sendiri.. ada sorang lagi tu Put tak dapat datang sebab demam teruk. kesian kat dia.. huhu

Sis Dalina dan Wan Fazli serta Khalisya - dapat datang masa nikah je sebab ahad tu ada orang kena pegi sekolah. hihi ini geng JJCM
ada jugak yang sampai super awal. tak siap makeup lagi. haha sebab tu muka aku macam alien.. tapi sebab taknak lepas moment punya pasal.. alien pun alien lah asalkan aku ada simpan gambar. haha sanggup aku berkorban. sebab KakZie sampai lambat sikit. dia ada job pagi2 tu. ni pun memang makeup agak express. siap pun memang time Suami dah sampai kat tempat bersanggah. hahaha


Sarah - teman susah senang praktikum. thanks weh jauh2 kau datang..sayang kau T_T

Kak Teha - walaupun masa dia datang tu aku tengah makeup tutup mata tapi suara tu aku kenal betul hahaha

Kak Ita dan Kak Win dan Mai juga ..hihi ingatkan tak dapat datang. yelah sebab ada orang tu nak grad taekwondo. tapi tak sangka dia lebih sayang kat AuntySaz. haha

Mira - datang kejap sangat ni. macam ribut. 

Kak Shikin - kakak kawasan merangkap penaung kelab kebajikan adik2 newbie masa kat JJ2 dulu haha haa time ni muka aku dah senonoh sikit. cuma belum sempat tukar baju. 

Mas - kawan masa kat UPSI. orang segamat je ni. member pertama bergambar lepas siap pakai baju semua.

Dayana dan Azie - berstfriend for life dari sekolah lagi.. sayang korang!

rakan sekerja rakan sebawang rakan se-makan macam2 rakan hahaha

NurulAmieraShahida - ni bukan bestfriend je hahaha
geng kuat UPSI..susah senang bersama. hahaha gitchuu~
masa kat UPSI dulu aku ada 3 geng besar. haha macam beria sangat kan bunyinya. salah satunya geng JOHOR. walaupun tak BangsaJohor sangat. sebab ada selit2 dari tempat lain. sebab aku tengok memang dalam kelas tu melekat je ikut negeri masing2.. lebih senang sekepala kot.. tp geng aku ni kteorg takde lah geng sebab satu negeri. mungkin sesama boleh click. sekali tanya asal masing2 memang satu negeri. haha sebab tu lah kot korang selalu jumpa orang lepak dengan budak satu tempat dorang. bukan berniat sangat pun nak sifat kenegerian. tapi sebab Allah takdirkan siapa yang kita selesa bersama. dalam geng ni 1st aku jumpa Ema dengan Ina. masa orientasi lagi. yang lain2 tu rapat  bila dah start kelas. alhamdulillah semua ada kecuali Achom sebab anak dia tak sihat. terima kasih Allah sebab temukan aku dengan dorang nih. 

Ina - bagi aku dia ni ada jiwa paling kental. main redah je. haha tahap confident tu jangan citer lah. memang adore. haha thanks Ina sebab sudi jadi pengapit aku. Maaf terkasar bahasa tersilap kata. hehehehe
Ema - paling tinggi paling 'curl' hahaha aku selalu lepak rumah dia ni. kadang macam tak click tapi ntah aku boleh spend berjam2 kat bilik dia. haha tapi dia dah duk Segamat so terpaling jarang jumpa.
Acik - yang ni pun spesies macam Ina.. pakai redah atas tiket confident. haha rumah dia paling dekat dengan tempat kerja aku tapi sekarang dia dah duduk jauh kat Pontian. kalau jumpa dia ni seram sikit. banyak soalan yang unpredictable akan keluar. hahaha dia lah orang 1st dalam geng yang tanya aku pasal aku bertunang. haha meremang bulu roma. rasa tercekik.
Nani - tangga kedua paling confident lepas Ina. hahaha kakak kawasan sangat nih. cakap lah ape pun tapi jiwa tak goyang. haha anak 3 dan terpaling berkemungkinan untuk tambah lagi. haha tak pernah tak ceria hidup kau dengan soalan2 panas Nani. dari dia lah ayng aku boleh tau macam mana berita aku bertunang boleh tersebar. hahaa geng bawang paling seram.
Ain - ni geng paling pandai masak beb. takleh nak lawan. pape kat tangan dia mesti jadi. haa ni lah orang pertama yang tahu. yang menyebabkan Acik dengan Nani boleh tanya aku soalan cepucemas tu.. apelah aku boleh lupa makcik aku satu sekolah dengan dia. hahaha niat konon nak berahsia sangat kan. padan muka aku. hahaha

Ikin - antara geng Johor yang tak bape Johor. sebab dia orang Selangor. but who knows.. perancangan Allah itu hebat. sekarang dah kahwin dengan orang Johor dan mengajar pun kat Johor. haha


sebelum balik sempat lagi tu satu lagi gambar. haha meriah kau Ikin satu family..

Luqman - ni geng UPSI dulu. lebih kepada kenalan Suami lah. bakal tunangannya ni orang BukitGambir je. hihi

Mai -  bestfriend for life niiii.. hahaha dengan family2 dia sekali aku kenal. dari MakMek sampai ke adik2. kalau Mak terasa jauh (padahal 2 jam je) ada MakMek kat sini. haha

Yati - ni geng sekolah weh. geng form6. haha time tu melekat je kami 4 orang. aku, Suzy, Ina, Yati. tengok2 kau kawin dengan jiran Atok aku. hehehe jodoh betul. 

Kak Bai, Kak Yana dan  Faiz Suami Kak Yana -  kakak kawasan dalam sekolah. haha lebih kepada geng membawang lah. ni stock2 orang keje tiptop. haha 

Uncle Nasser dan wife - orang yang terpaling baik aku jumpa sejak duduk kat EhsanJaya dulu. banyak kenangan manis dengan dorang ni. baik sangat sampai aku jadi malu. haha dah macam family sendiri. thanks Uncle Aunty sebab dulu selalu jaga dan amik berat pasal Nurul. Allah je dapat balas kebaikan Uncle dan Aunty.
Kak Miza dan seluruh ahli keluarga - bestfriend for life ini dah macam Mai. semua ahli keluarga dia aku kenal. hahahaa ni completed set family suami dia. en.Razee. tak sangka pulak datang satu rombongan. hahaha thanks weh.


Mamanor - bestfriend for life. ini geng bawang geng JJCM geng susah senang geng taktau lepak mana lepas sekolah geng teitbe ajak lepak terus on. haha macam2.

Diba - orang kuat rumah Oren. geng susah senang jugak nih. haha guna mata je dah tahu ape ada dalam hati. haha

Kak Faizah -  pembahas terbaik kalau nak cakap pasal budak kat sekolah or pape masalah or isu. kena cari dia ni. hehehe tak menyimpang sangat. geng meeting duduk sebelah.

Dr.Bob, Am, Saiful, Roy - ni geng Suami.

dulu masa sekolah aku tak ramai kawan rapat. sebab aku rasa aku ni tak cukup bagus nak berkawan dengan orang. dari sekolah rendah sampai tingkatan 3 aku memang takda kawan rapat sangat. kenal2 biasa tu adalah. geng kawan sekampung, geng pegi balik sekolah tu memang ada. tapi takda yang lepak sesama. sebab aku malu. tapi sejak masuk form4 aku ada geng yang memang lepak sesama je Azi, Dayana dan Dila. lepas SPM kteorg rapat jugak tapi dah jarang jumpa sebab kami dah tak belajar sama2. Azie UTem, Dayana Uitm, Dila belajar ke Indonesia. so aku kat Form6 ada geng baru dengan Suzy, Ina dan Yati. habis form6 aku masuk UPSI. ada 3 geng rapat. satu (Acik, Achom, Ain, Ema, Ina,Ikin, Nani, ), dua (Yuni, Kak Ros, Jue, Mai), tiga housemate (Hasmi, Hani, Liz). bila masuk keje lagi ramai kawan rapat. alhamdulillah.. terima kasih Allah sebab kurniakan sahabat2 susah senang yang sangat baik pada setiap fasa kehidupan aku. terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari hidup aku. antara rezeki Allah adalah sahabat yang baik. moga Allah dapat balas segala jasa baik korang. LOVE u ALL.


Friday, November 24, 2017

Selamat Hari Lahir Mak !

Aku jarang wish birthday.. ada beberapa orang je dalam dunia ni bukan je dapat wishes dari aku tapi aku sambut sekali. hahaha jangan kata sis tak payung..selalunya bila birthday mak je mesti tak dapat balik. tapi kali ni sis nekad balik je...haha walaupun kali ni banyak gila pitstop tapi sis manage untuk sampai sebelum lewat malam...supaya dapat makan kat tempat favorite mak.. ehem one of mak's favorite... KEPC. haha macam ntah pape kan. tapi dah mak suka...bawak je la...

makan kepc..mak boleh happy


lepak lama gila oiii walaupun mata dah rabak..kugagahkan jua..eh eh aku sempat lah lelap jap dalam kesejukan kepc tuh..yolah.. bantai makan sampai konyang..sapo dah nak drive...den jugak ni la yang drive..so lelap jap sebelum balik rumah yang sekangkang kambing tu je.. haha

Jangan putus doa mak..doa mak tak pakai tudung...takda hijab...hehee
Doakan anak mak ni dapat bersama cinta hati dia..yang satu tu...takda yang lain..

moga Allah sentiasa lindungi mak ..pelihara kesihatan..permudahkan segala urusan..
semoga selalu happy..
sentiasa slim..
hahaha

Selamat Hari Lahir mak..
Love You..


Friday, November 3, 2017

Denim&Diamond

Tahun ni tak buat dinner..alhamdulillah la tak perlu balik lewat2 malam. tahun ni kebirus buat hi-tea je. buat hari jumaat lepas solat jumaat. ada la sket masa lebih nak prepare hadiah semua tu..

tema tahun ni Denim&Diamond ..ape tah maksudnya hahaha.. tapi aku pilih untuk pakai serba biru...ngeh3 cam biasa la pakai ape yang ada je... beria sangat pon bukan menang best dress. haha

tempat pun not bad..makanan pun okay...walaupun sis tak dapat cabutan bertuah tupperware..sis dapat dua bekas kecik comel sebagai cenderahati kebirus dan pemenang kuiz haha tak sangka betul.hihi

cun


sebagai former AJK Kebirus yang berkeras hanya nak join sebagai belakang tabir je dalam pembikinan video untuk AJK.. dengan penuh humble mengucapkan terima kasih  banyak untuk semua yang bertungkus lumus menjayakan hi-tea 2018.


JASAMU DIKENANG..
buang yang kotor keladak hapak semua tu..
amik yang jernih yang wangi2 je..



Sunday, July 10, 2016

SYAWAL 2016 : Hari Kedua dan seterusnya..

Serius aku cakap raya tahun ni memang paling meriah seumur hidup aku.. Allah panjangkan umur semua untuk dapat kumpul sama2 beraya sama2.. jumpa semua orang yang kita sayang. Syukur ya Allah .


tema pink..memang tak pernah mimpi aku nak pakai pink.

Hajat raya kedua kononnye nak fokus kat rumah atok belah Mak... umah atok ni dia punya tetamu fuhhh memang mencabar.. rumah orang tua kan... sekali datang tu memang ramai. tak terlayan. tapi bukan aku la yang layan. hihi ramai memang ramai tapi last2 kami stay sampai tengah hari je.. lepas tu terus gerak ke Batu Pahat. sedara belah Abah. wajib pegi setiap tahun.. hihi kali ni rombongan ke batu pahat ramai betul. kami tak pernah beraya sama2 ke Batu Pahat dengan adik beradik abah yang lain.mungkin kali ni nenek ikut kot.. selalunye tak ikut. tapi jem tu memang melekat lah..perjalanan bape minit je pun bleh jadi sejam. 

lazat..

penat tapi puas.


Raya ketiga kami tak kemana2 sebab kat rumah buat makan2..panggil semua adik beradik Mak Abah datang ke rumah..mana ntah simpan gambar. hahaa

Raya Keempat baru kami beraya rumah atok2 belah Mak.. biasanya dalam 10-12 rumah la dari pagi sampai petang.. macam marhaban.haha setahun sekali je la jumpa semua tu. Alhamdulillah sihat walafiat semuanya..




Sekianlah cerita HariRayaAidilFitri 2016..










Wednesday, December 18, 2013

zoo melaka

akhirnya sampai jugak adik comel ke zoo melaka . sian kat dia . hahaa . kalau ikut hati memang taknak pegi . yelah zoo tak terurus mana . harga tiket tak setimpal dengan pemandangan . diharap pihak zoo tengok2 la keadaan tempat tu . sian jugak binatang2 kat situ . ada tempat agak bersih . ada tempat memang tak berapa nak sedap mata memandang lah . 



kebetulan bawak atok sekali . hihi . mesti terkejut sebab aku memang tak plan pun nak pegi zoo . tengok tak ramai orang terus je belok . hahaha penat habis .... panas . cair semua lemak2 ... hahaa happy la jugak walaupun terlepas citer "be carefull with my heart" . huhuu

selamat becuti.










Sunday, December 15, 2013

wedding BFF lagi

131213 : sahabat baik aku kawin . azila @ acik . my sayang ni dah la comel pastu cantik la sangat2 time tu . purple lilac . mata aku dah fokus kat baju jer . macam tak percaye acik yang comel kawin . eheh


time nikah . acik nervous kat depan . kami bergambar . chill 

kebetulan pakai purple .

semua ada .
151213 : majlis persandingan . ada dua pengantin . kakak dan adik . sama cantik . sorang biru sorang puple.  tapi satu pelamin - pink . 1st time aku rasa pink tu sangat cantik !! takda gambar pelamin pulak . hihii nak cakap jugak kek yang sangat comel mak buyung yang sponsor . hehe . so, who's next ??? ade dah ... minggu depan 2 orang lagi bakal jadi tunangan orang . semoga jodoh mereka berkekalan dan bahagia selalu ~

wedding 3 sahabat baik dengan tema yang hampir sama . memang tengah fofuler wana nih .

seronok pulak bila tengok orang kawin . lebih2 lagi sahabat sendiri yang kita dah tengok doang membesar dan matang bersama2 (aku matang ke ??? hahaa) . lagi seronok bila tengok dorang sangat nekad untuk ada komitmen yang sangat penting dalam hidup . ambil satu lagi langkah dalam menjadikan sesuatu hubungan tu halal . aku jujur masih belum sedia . or memang langsung tak sedia . tapi kalau jodoh dah sampai siapa boleh tolak kan? semua tu rancangan Allah .

selamat menempuh alam rumah tangga sahabat . love u muahhh muahhhh











Sunday, November 24, 2013

wedding bff kesayangan

231113 : bff aku dah kawen !!!!! sob3 sedih la jugak .. tapi dah jodoh dia ... huhuhuu plannye nak langsung lebih kurang . eceh berangan . tapi aku tak sempat nak cari calon . haha . takpelah . biar jodoh lambat sket dari takde langsung . sukanye tengok die yang tetibe nekad nak kawen akhirnya duk atas pelamin . alhamdulillah ... semoga berbahagia sehingga akhir hayat dear . jadi isteri yang solehah sentiasa menyenangkan suami . hope laki ko akan hargai ko sebagai seorang wanita (cehh dah kawen kan) yang sangat berdikari dan pandai membawa diri dalam ape je situasi . hihihii dah macam berpantun .




malam nikah tak dapat datang sebab kepenatan yang teramat baru balik dari batu pahat . hihii . tapi aku rase kalau aku datang aku pulak yang over menangis bagai . hai bersanding hajat nak datang pukul 11 . biasenya aku akan ikut pukul 11 Thailand. haha . sampai2 je dia dah siap . awal betul . rupanya nak bersanding pukul 12.30 . hah naseb baek . aku aku lambat2 datang lepas zohor tak ke melepas nak tengok bersanding . hihii . macam tak percaya ko pakai baju pengantin . papepun aku sayang ko sampai bila2 . tahniah Azie . ko nampak cantik sangat . 

Azie dah kawen . aku bila lagi ? lai2 sape cari calon . hahaa








Friday, July 26, 2013

buka puasa

semalam ada majlis berbuka puasa dan solat hajat . so berbuka kat sekolah la ... 

warga smkdc

menu berbuka  . hidangan berat selepas solat maghrib 

bertungkus lumus hidangkan makanan untuk berbuka . 

tamar ni sedap 

rezeki perlu dikongsi dengan golongan yang memerlukan ... jangan beza2 kan orang lain sedangkan kita sebenarnya sama je . jangan terlalu utamakn keperluan kita sampaikan bila dah berlebihan baru kita sedar ada orang lain yang lebih memerlukan . jangan terfikir masa bulan ramadhan je sedangkan kita sedar bulan2 lain juga mereka bernyawa dan perlukan bantuan . muhasabah diri supaya tidak tamak .







Friday, June 28, 2013

orange project

sementara duk kampung sebab jerebu ni aku settlekan la keje yang aku rase malas nak buat sorang2 . bila askar2 ade depan mata aku mula lahh gatal mata kalau tengok dorang sangat happy tak buat pape ble ade mase lapang . disebabkan aku ditugaskan untuk handle khemah pasukan oren maka aku perlu sediakan barang untuk khemah la kan . tapi itu put aside dulu sebab benda2 nya boleh buat kat JB je . so kat kampung ni aku buat prop untuk budak2 pakai mase perbarisan lahh . harap2 takde yang merungut tak nak pakai . huhuu penat tau buat .... 

misi dimulakan dengan mencari cekak rambut yang kosong je takde corak . urmm susah jugak nak cari kat tempat aku . pasar malam tak sempat pegi . nasib baik kat kampung pasar malam hari jumaat . cuba nasib lahh . ade pulak . hihii memang sebijik yang macam aku nak . beli 35pcs = rm70 . malas dah nak cari kat tempat lain . takut tak sempat .

mula2 lukis dulu


pastu gunting


stapler tengah2

pastu guna doublesided  tape lekatkan kat cekak . settle . 

ini sisa2 nya .

hasilnya secara keseluruhan . budak2 sangat comel .

maskot rama2 aku pn sibuk2 join . hihi
so far aku puas hati lah . tak kesah ape orang nak cakap yang penting aku puas hati . buat biase2 tapi benda tu nampak effort semua orang . seronok bila tengok ramai2 buat sama2 . maaf gambar khemah takda sebab semua gambar yang aku amik ada aku sekali dalam tuh . hahaa malu lah . simple je tapi comel . khemah sampai pukul 4 lebih tepat2 kete aku gerak kuar sekolah . ahh nak tunggu lagi macam tak sanggup sebab takde janji ngan sesape cikgu kumpulan oren untuk settle hiaskan khemah . sok pagi2 lagi pukul 6.30 aku dah terpacak kat sekolah excited nak siapkan hias khemah sampai lupa nak thumbprint . tengok kat padang kumpulan oren je yang kosong . kumpulan lain dah settle semalamnye . dengar cter sampai maghrib . gila ah naseb baik sempat siapkan gak pagi tu . huhu

tapi syukur berkat kerjasama dan penyertaan semua orang perbarisan dan khemah masing2 dapat tempat ketiga . alhamdulillah ....


sekian .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...