Monday, December 24, 2018

WEDDING : TERIMA KASIH SAHABAT2

terima kasih semua sahabat handai yang datang.. terharu betul rasanya sebab yang jauh pun boleh sampai.. hehehe i feel the LOVE. semoga Allah balas semua jasa baik korang. sayang semuaaa! gambar bercampur2 kualiti.. hehehe tapi yang penting rekod tu ada. ada yang photographer sempat amik. ada yang aku amik dari fb dorang. haha ada yang aku selfie je. senang pegang phone sendiri. haha tapi ni sebahagian saje.. ada yang tak sempat ambil gambar pun.. huhuhu rugi kannn.. ada la sorg bestfriend tu pun tak sempat nak amik gambar.. rasa ralat sampai sekarang. hahaha datang2 je kena jadi AJK goodies.. yelah ada orang tu sibuk naik bot kat Muo. hahaha enjoy gaisss..



bestfriend for life.. dah beranak pinak.. maklum lah aku adik bongsu dalam geng.. so kawin paling last. hahaha

Sis Timah - ini punya bestfriend for life taktau nak kata macam mana lah.. hahaha separuh nyawa.
Ina - pengapit merangkap geng jugak haha rushing dari JB ni. thanks a lot weh.. T_T

Adda, Sis Timah, Salinah+Medina, Ayu -  bestfriend for life jugak.. team susah senang tempat kerja.. family terdekat bila berjauhan dengan family sendiri.. ada sorang lagi tu Put tak dapat datang sebab demam teruk. kesian kat dia.. huhu

Sis Dalina dan Wan Fazli serta Khalisya - dapat datang masa nikah je sebab ahad tu ada orang kena pegi sekolah. hihi ini geng JJCM
ada jugak yang sampai super awal. tak siap makeup lagi. haha sebab tu muka aku macam alien.. tapi sebab taknak lepas moment punya pasal.. alien pun alien lah asalkan aku ada simpan gambar. haha sanggup aku berkorban. sebab KakZie sampai lambat sikit. dia ada job pagi2 tu. ni pun memang makeup agak express. siap pun memang time Suami dah sampai kat tempat bersanggah. hahaha


Sarah - teman susah senang praktikum. thanks weh jauh2 kau datang..sayang kau T_T

Kak Teha - walaupun masa dia datang tu aku tengah makeup tutup mata tapi suara tu aku kenal betul hahaha

Kak Ita dan Kak Win dan Mai juga ..hihi ingatkan tak dapat datang. yelah sebab ada orang tu nak grad taekwondo. tapi tak sangka dia lebih sayang kat AuntySaz. haha

Mira - datang kejap sangat ni. macam ribut. 

Kak Shikin - kakak kawasan merangkap penaung kelab kebajikan adik2 newbie masa kat JJ2 dulu haha haa time ni muka aku dah senonoh sikit. cuma belum sempat tukar baju. 

Mas - kawan masa kat UPSI. orang segamat je ni. member pertama bergambar lepas siap pakai baju semua.

Dayana dan Azie - berstfriend for life dari sekolah lagi.. sayang korang!

rakan sekerja rakan sebawang rakan se-makan macam2 rakan hahaha

NurulAmieraShahida - ni bukan bestfriend je hahaha
geng kuat UPSI..susah senang bersama. hahaha gitchuu~
masa kat UPSI dulu aku ada 3 geng besar. haha macam beria sangat kan bunyinya. salah satunya geng JOHOR. walaupun tak BangsaJohor sangat. sebab ada selit2 dari tempat lain. sebab aku tengok memang dalam kelas tu melekat je ikut negeri masing2.. lebih senang sekepala kot.. tp geng aku ni kteorg takde lah geng sebab satu negeri. mungkin sesama boleh click. sekali tanya asal masing2 memang satu negeri. haha sebab tu lah kot korang selalu jumpa orang lepak dengan budak satu tempat dorang. bukan berniat sangat pun nak sifat kenegerian. tapi sebab Allah takdirkan siapa yang kita selesa bersama. dalam geng ni 1st aku jumpa Ema dengan Ina. masa orientasi lagi. yang lain2 tu rapat  bila dah start kelas. alhamdulillah semua ada kecuali Achom sebab anak dia tak sihat. terima kasih Allah sebab temukan aku dengan dorang nih. 

Ina - bagi aku dia ni ada jiwa paling kental. main redah je. haha tahap confident tu jangan citer lah. memang adore. haha thanks Ina sebab sudi jadi pengapit aku. Maaf terkasar bahasa tersilap kata. hehehehe
Ema - paling tinggi paling 'curl' hahaha aku selalu lepak rumah dia ni. kadang macam tak click tapi ntah aku boleh spend berjam2 kat bilik dia. haha tapi dia dah duk Segamat so terpaling jarang jumpa.
Acik - yang ni pun spesies macam Ina.. pakai redah atas tiket confident. haha rumah dia paling dekat dengan tempat kerja aku tapi sekarang dia dah duduk jauh kat Pontian. kalau jumpa dia ni seram sikit. banyak soalan yang unpredictable akan keluar. hahaha dia lah orang 1st dalam geng yang tanya aku pasal aku bertunang. haha meremang bulu roma. rasa tercekik.
Nani - tangga kedua paling confident lepas Ina. hahaha kakak kawasan sangat nih. cakap lah ape pun tapi jiwa tak goyang. haha anak 3 dan terpaling berkemungkinan untuk tambah lagi. haha tak pernah tak ceria hidup kau dengan soalan2 panas Nani. dari dia lah ayng aku boleh tau macam mana berita aku bertunang boleh tersebar. hahaa geng bawang paling seram.
Ain - ni geng paling pandai masak beb. takleh nak lawan. pape kat tangan dia mesti jadi. haa ni lah orang pertama yang tahu. yang menyebabkan Acik dengan Nani boleh tanya aku soalan cepucemas tu.. apelah aku boleh lupa makcik aku satu sekolah dengan dia. hahaha niat konon nak berahsia sangat kan. padan muka aku. hahaha

Ikin - antara geng Johor yang tak bape Johor. sebab dia orang Selangor. but who knows.. perancangan Allah itu hebat. sekarang dah kahwin dengan orang Johor dan mengajar pun kat Johor. haha


sebelum balik sempat lagi tu satu lagi gambar. haha meriah kau Ikin satu family..

Luqman - ni geng UPSI dulu. lebih kepada kenalan Suami lah. bakal tunangannya ni orang BukitGambir je. hihi

Mai -  bestfriend for life niiii.. hahaha dengan family2 dia sekali aku kenal. dari MakMek sampai ke adik2. kalau Mak terasa jauh (padahal 2 jam je) ada MakMek kat sini. haha

Yati - ni geng sekolah weh. geng form6. haha time tu melekat je kami 4 orang. aku, Suzy, Ina, Yati. tengok2 kau kawin dengan jiran Atok aku. hehehe jodoh betul. 

Kak Bai, Kak Yana dan  Faiz Suami Kak Yana -  kakak kawasan dalam sekolah. haha lebih kepada geng membawang lah. ni stock2 orang keje tiptop. haha 

Uncle Nasser dan wife - orang yang terpaling baik aku jumpa sejak duduk kat EhsanJaya dulu. banyak kenangan manis dengan dorang ni. baik sangat sampai aku jadi malu. haha dah macam family sendiri. thanks Uncle Aunty sebab dulu selalu jaga dan amik berat pasal Nurul. Allah je dapat balas kebaikan Uncle dan Aunty.
Kak Miza dan seluruh ahli keluarga - bestfriend for life ini dah macam Mai. semua ahli keluarga dia aku kenal. hahahaa ni completed set family suami dia. en.Razee. tak sangka pulak datang satu rombongan. hahaha thanks weh.


Mamanor - bestfriend for life. ini geng bawang geng JJCM geng susah senang geng taktau lepak mana lepas sekolah geng teitbe ajak lepak terus on. haha macam2.

Diba - orang kuat rumah Oren. geng susah senang jugak nih. haha guna mata je dah tahu ape ada dalam hati. haha

Kak Faizah -  pembahas terbaik kalau nak cakap pasal budak kat sekolah or pape masalah or isu. kena cari dia ni. hehehe tak menyimpang sangat. geng meeting duduk sebelah.

Dr.Bob, Am, Saiful, Roy - ni geng Suami.

dulu masa sekolah aku tak ramai kawan rapat. sebab aku rasa aku ni tak cukup bagus nak berkawan dengan orang. dari sekolah rendah sampai tingkatan 3 aku memang takda kawan rapat sangat. kenal2 biasa tu adalah. geng kawan sekampung, geng pegi balik sekolah tu memang ada. tapi takda yang lepak sesama. sebab aku malu. tapi sejak masuk form4 aku ada geng yang memang lepak sesama je Azi, Dayana dan Dila. lepas SPM kteorg rapat jugak tapi dah jarang jumpa sebab kami dah tak belajar sama2. Azie UTem, Dayana Uitm, Dila belajar ke Indonesia. so aku kat Form6 ada geng baru dengan Suzy, Ina dan Yati. habis form6 aku masuk UPSI. ada 3 geng rapat. satu (Acik, Achom, Ain, Ema, Ina,Ikin, Nani, ), dua (Yuni, Kak Ros, Jue, Mai), tiga housemate (Hasmi, Hani, Liz). bila masuk keje lagi ramai kawan rapat. alhamdulillah.. terima kasih Allah sebab kurniakan sahabat2 susah senang yang sangat baik pada setiap fasa kehidupan aku. terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari hidup aku. antara rezeki Allah adalah sahabat yang baik. moga Allah dapat balas segala jasa baik korang. LOVE u ALL.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...