Wednesday, December 5, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( KEK KAHWIN )

salah satu benda yang buat aku seronok gila is KEK KAHWIN. nak mudahkan urusan amik kek pada hari sanding tu aku tempah la dengan non other than my beloved cousin KakMimi. dia buat almost sebijik macam yang aku request. syok gilaaaa tengok la cream tu macam naked2 je kan.. seksi. haha buttercream putih kek pulak kek coklat. rose merah kembang2 macam tu. fuhhhh omaigad. cantik.

indah kan... T_T


RM200
naked cake 
(choc double barrel + buttercream)
fresh flower 
(red rose + baby breath)
cupcake
+ brownies (bday Mak)

aku request je. pandai2 KakMimi settle. hahaha siap tambah brownies lagi sebab masa hari nikah tu kan bday Mak. haritu Mak cakap nak brownies. tak sempat nak buat ada ramai2 orang tu. baik aku tempah je siap2. sedap okayyy. nak banding aku buat entah jadi ke tak. hahaha 


SelamatHariLahir Mak ku sayang

kek kawen tu aku memang request buttercream sebab masih boleh bertahan kalau panas. berbanding creamcheese memang finishing cantik tapi kalau panas berpeluh beb. sedar2 nanti bunga ntah kemana.. cream ntah kemana. haha overall kek memang sedap gilaaa. seminggu aku simpan makan sikit2. hahaha 

cousin yang umur lebih kurang. tapi hebatnya masak tiga orang ni memang aku tak terkejar.
thanks la korang sebab melayan aku nak lukis inai kat tangan. haha kedekut punya pasal kan sanggup tu lepas maghrib pegi cari kedai henna india kat Tangkak. yelah dah orang lukis henna mahal sangat. takda dalam bajet aku. memang la effort dorang kan.. duit minyak lagi. tapi ada yang lagi murah kenapa cari yang mahal. memang tak se detail yang mahal. tapi okay lah dari takda. bersungguh ni pun sebab Suami suruh pakai. dia kata kosong sangat tangan. haha pastu dapat pulak dua orang ni melayan. haha jadi je. thanks korang bertiga.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...