alhamdulillah dengan sekali lafaz akhirnya aku menjadi suri di hati CintaHati. mungkin ini hari yang terpaling bahagia untuk aku. bila tengok CintaHati yang sekarang menjadi kekasih yang halal dan boleh dipanggil suami. tarikh keramat 24November aku pilih untuk menjadi yang halal untuk CintaHati. kebetulan pulak sama dengan birthday Mak. hadiah terbesar untuk Mak. semoga ini yang terbaik Mak. insyaAllah.
nervous tu jangan cakap lah memang macam nak berhenti jantung ni. tapi bila tengok CintaHati menghadap ujian yang berat dari TokKadi rasa kesian pun ada. hehehe ya Allah macam mana Kau boleh gerakkan hatinya untuk terima aku..untuk tenang hadapi semua ni.. macam mimpi. sampai sekarang rasa tak percaya. CintaHati yang aku tunggu selama ni..ada depan mata. jadi suami dan CintaHati yang halal untuk aku. semoga ini yang terbaik untukku ya Allah..
terima kasih atas doa semua..terima kasih kerana terima CintaHati saya.
rahmatilah hubungan kami ya Allah..
semoga kami menjadi pasangan yang bahagia hingga ke Syurga mu.
jadikan lah kami pasangan yang sentiasa bersabar dan dapat menerima kekurangan kami .. sentiasa bertolak ansur dan hidup dengan harmoni..
lembutkanlah hati keluarga2 kami untuk saling menerima kami seadanya ya Allah..
mungkin kami bukanlah orang yang sangat baik tapi jadikanlah kami yang terbaik untuk satu sama lain ya Allah..
amin..
#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#terimakasihEn.Suami
No comments:
Post a Comment