Sunday, December 2, 2018

HoneyNoMoney..

kalau orang tanya honeymoon kat mana? aku dengan yakin jawab HoneyNoMoney. hahaha takpelah.. dimana ada CintaHati kat situlah HoneyMoon aku. aku jenis tak berkira walaupun memang ada hak untuk berdua. guna je la masa yang ada untuk kemana2.. selagi boleh. kalau dah terperap kat rumah nanti dah tak boleh nak kata ape. huhuhu selagi ada peluang kita dating berdua.. bukan senang nak dapat peluang macam ni. since CintaHati ni family person kan.. aku takpe.. memang dah biasa sendiri.. dah biasa tak libatkan orang lain sekali.

tempat favorite aku kat pantai Klebang

tak sangka jejak kaki ke sini
kalau ikutkan hati memang nak kesana sini..yelah sebab nak kawen punya pasal aku memang tak amik kesah langsung pasal benda lain dah. alhamdulillah la kan terlepas jadi pengawas SPM dan lain2.. yelah nak kawen.. bukan selalu. sekali seumur hidup. kita let go lah ape keje selagi boleh. pilihan ditangan kita. nak taknak je. so basically aku takda ape2 komitmen duniawi lah sepanjang cuti tahun ni. tapi still lah tak boleh kemana2. haha redha je lah. so disebabkan CintaHati nak balik hari jumaat tu.. berjalan kejap lah kat mana yang dekat2..

hari isnin lepas majlis tu kemas2 jap sampai separuh nyawa hilang rasanya.. pastu petang tu hantar Nurul balik UTHM..then sampai rumah dah nak ke maghrib. pulun basuh periuk lah macam biasa. selasa tu memang lepak kat rumah.. biasalah aku ni tak biasa buat keje2 berat. hahaha selalu aku masak2 je.. benda kemas2 ni biasanya Abah yang settle. hehehe so rabu lah baru dapat berjalan. tak jauh.. g melaka je. haha khamis pegi MAHA pulak. sejujurnya kalau bukan kerana CintaHati memang aku takkan pegi tempat tu. aku suka apa yang ada kat MAHA tu.. cuma kegigihan tu yang aku takda. tapi sayang punya pasal kan. aku follow..hahaha lagipun kat MAHA tu ada pavilion negeri..so aku kira macam aku dah g bercuti kat semua negeri yang ada kat Malaysia ni. haha positifkan aku? GOOD GIRL.

ikea versi "pelamin nature look"
last day sebelum CintaHati fly balik singgah ikea cheras jap. walaupun ikea JB tu memang rutin setiap minggu tapi ini lain. IKEA CHERAS + CINTAHATI.. so special sket. haha sory..aku memang gedik kalau melibatkan CintaHati. walaupun dia rasa macam biasa2 je dengan aku dan memang jelas lah aku yang berlebih2 perasan gedik kan.. biasa lah tu. dia memang selamanya CintaHati aku..insyaAllah..semoga perasaan ini tak berkurang malah semakin bertambah. Amin..

maka terbanglah CintaHati ke sarang dengan gembiranya..hahaha aku paham.. dan maka balik lah aku ke kampung halaman dengan air mata... hahaha gedik kan? jumpa nanti CintaHatiku sayang..

#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#terimakasihEn.Suami




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...