Sunday, December 22, 2013

tudung . hijab . hijab . tudung

semoga kita semua istiqamah - berterusan kekal dengan insyaAllah mengamalkan perkara yang baik2 khususnya yang dituntut Islam sebagai muslimah . insyaAllah . sama-sama kita berubah kearah yang lebih baik . aku bukanlah baik sangat . tapi try la ubah sikit2 apa yang patut . kadang2 kalau duduk sendiri terfikir bila nak jadi macam ni . syukur dilahirkan sebagai seorang Islam . dari kecil dilatih untuk bersopan . tak pandai nak bercakap ala2 ustazah tapi jom kita berubah kerana Allah . kalau kita sayangkan Abah sayangkan saudara2 lelaki sayangkan maruah diri - buat ape yang patut tinggalkan ape yang tak patut . haa gitew~




copy dari page Shea . best sis ni . suka tengok cara dia berpakaian . boleh jadi contoh untuk muslimah . sikit2 boleh ikut lah sebab tak pandai nak bergaya mana pun . tapi seronok jugak tengok dah bape tahun follow blog dia dan kawan2 dia . kagum . fesyen muslimah yang agak2 muslimah bukan ala2 muslimah . 

maruah itu untuk dijaga . bukan dijaja .






Wednesday, December 18, 2013

zoo melaka

akhirnya sampai jugak adik comel ke zoo melaka . sian kat dia . hahaa . kalau ikut hati memang taknak pegi . yelah zoo tak terurus mana . harga tiket tak setimpal dengan pemandangan . diharap pihak zoo tengok2 la keadaan tempat tu . sian jugak binatang2 kat situ . ada tempat agak bersih . ada tempat memang tak berapa nak sedap mata memandang lah . 



kebetulan bawak atok sekali . hihi . mesti terkejut sebab aku memang tak plan pun nak pegi zoo . tengok tak ramai orang terus je belok . hahaha penat habis .... panas . cair semua lemak2 ... hahaa happy la jugak walaupun terlepas citer "be carefull with my heart" . huhuu

selamat becuti.










Monday, December 16, 2013

waffle choc chip .

aku sudah mengidam benda ni sejak hari pertama tiba di kampung . hahahaha waffle ni memang lain macam sedapnye . sebabnye 2 sudu besar choc chip dicampur dalam sesenduk adunan waffle . kau mampu ??? hahaha di tambah lagi dengan inti coklat . fuhhh mengah mak nak habiskan 3 sekaligus . ini pun aku beli takdela banyak tapi cukup la bekalan otw balek semula ke kampung dari JB .


aku rasa aku kena beli alat bakar waffle nih . xdelah membazir duit duk beli je kan . hihihihiii

sila dapatkan di "mix-up waffle" SMART TEBRAU.
mari makan !!








Sunday, December 15, 2013

wedding BFF lagi

131213 : sahabat baik aku kawin . azila @ acik . my sayang ni dah la comel pastu cantik la sangat2 time tu . purple lilac . mata aku dah fokus kat baju jer . macam tak percaye acik yang comel kawin . eheh


time nikah . acik nervous kat depan . kami bergambar . chill 

kebetulan pakai purple .

semua ada .
151213 : majlis persandingan . ada dua pengantin . kakak dan adik . sama cantik . sorang biru sorang puple.  tapi satu pelamin - pink . 1st time aku rasa pink tu sangat cantik !! takda gambar pelamin pulak . hihii nak cakap jugak kek yang sangat comel mak buyung yang sponsor . hehe . so, who's next ??? ade dah ... minggu depan 2 orang lagi bakal jadi tunangan orang . semoga jodoh mereka berkekalan dan bahagia selalu ~

wedding 3 sahabat baik dengan tema yang hampir sama . memang tengah fofuler wana nih .

seronok pulak bila tengok orang kawin . lebih2 lagi sahabat sendiri yang kita dah tengok doang membesar dan matang bersama2 (aku matang ke ??? hahaa) . lagi seronok bila tengok dorang sangat nekad untuk ada komitmen yang sangat penting dalam hidup . ambil satu lagi langkah dalam menjadikan sesuatu hubungan tu halal . aku jujur masih belum sedia . or memang langsung tak sedia . tapi kalau jodoh dah sampai siapa boleh tolak kan? semua tu rancangan Allah .

selamat menempuh alam rumah tangga sahabat . love u muahhh muahhhh











Monday, December 9, 2013

senang , mudah laGI easy

mudah saje .


bahan2 :

sosej - rebus dulu
roti - leperkan
telur - pukul + garam + lada sulah
serbuk roti



1. gulung sosej dengan roti
2. celup dalam telur
3. golek serbuk roti
4. goreng
5. tadaaa~ siap untuk dimakan .



selamat mencuba .




Sunday, November 24, 2013

wedding bff kesayangan

231113 : bff aku dah kawen !!!!! sob3 sedih la jugak .. tapi dah jodoh dia ... huhuhuu plannye nak langsung lebih kurang . eceh berangan . tapi aku tak sempat nak cari calon . haha . takpelah . biar jodoh lambat sket dari takde langsung . sukanye tengok die yang tetibe nekad nak kawen akhirnya duk atas pelamin . alhamdulillah ... semoga berbahagia sehingga akhir hayat dear . jadi isteri yang solehah sentiasa menyenangkan suami . hope laki ko akan hargai ko sebagai seorang wanita (cehh dah kawen kan) yang sangat berdikari dan pandai membawa diri dalam ape je situasi . hihihii dah macam berpantun .




malam nikah tak dapat datang sebab kepenatan yang teramat baru balik dari batu pahat . hihii . tapi aku rase kalau aku datang aku pulak yang over menangis bagai . hai bersanding hajat nak datang pukul 11 . biasenya aku akan ikut pukul 11 Thailand. haha . sampai2 je dia dah siap . awal betul . rupanya nak bersanding pukul 12.30 . hah naseb baek . aku aku lambat2 datang lepas zohor tak ke melepas nak tengok bersanding . hihii . macam tak percaya ko pakai baju pengantin . papepun aku sayang ko sampai bila2 . tahniah Azie . ko nampak cantik sangat . 

Azie dah kawen . aku bila lagi ? lai2 sape cari calon . hahaa








Sunday, August 18, 2013

snow almond katenyer ..

nak citer sket pasal biskut raya . hihii macam tak percaya akhirnya aku berjaya buat sendiri kuih salah satu biskut raya favourite aku !! muehehehee . tapi sebab xda perasa mahupun serbuk almond so aku gantikan dengan masukkan cococrunch yg dah dikisar halus . buat je biskut mcm biase . then salut coklat n breadcrumb . settle .


cairkan cokelat


cunnye sebelum terjun dalam cokelat .

okayy dah masukkan dalam cokelat .


gaul2 ..

amik satu2 letak dalam breadcrumb

gaul2 lagi

taraaa~ dah siap


seronok gila dapat buat sendiri sebab dapat makan puas2 . hahaa dapat jugaklah aku buat dalam 3,4 jenis biskut . hihiii








Tuesday, August 13, 2013

raya 2013

raya tahun ni tak berapa nak meriah . biase2 jer .. aku tak tahu kenapa tapi biase2 je la . cam biase siap2 pegi umah atok belah abah n atok belah mak . dengan plan yang kelam kabut aku layankan aje . yang penting semua baju aku tahun ni purple . lantak la ape nak jadi . yang penting aku happy . hihii

tema purple 

alhamdulillah sempat juga siapkan baju n tudung sendiri


saje gedik buat sampul sendiri

kami 4 beradik

sepupu 
juadah raya tahun ni simple .


hari kedua memang serabut . plan pukul 8 . nak beramai2 ke batu pahat then ke benut katenyer .. okayy aku layankan walaupun aku dah agak ape akan jadi . hurmmm terlajak sampai ke pukul 10 . cam biase la kalau plan ramai ni memang akan ade kes sangkut2 . delay dah macam flight . huhu sampai aku siap isi minyak berjalan2 kat pasar lambak siap tido lagi orang yang ditunggu tak kunjung tiba . okayy last2 pegi je terus ke benut . then dah lepak2 gerak ke senai pulak . pun jadi hal . haih malas nak citer lahh kalau kami yang satu kereta ni je ade 5 nombor untuk di call tapi takde terpikir langsung nak call . huh ! tapi takpe . tak pasal2 aku bawak 1 family pegi umah aku kat JB tuh . kalau tak bila lagi nak sampai kan . kalau ikut plan asal pukul 8 mesti aku dah dapat pegi umah member aku bertunang . haih berputih mata lahhhhh ... kejar benda lain  .. benda lain tak dapat .


2nd eid journey to the south 


burasak

masak lemak daun turi


pape pun happy sangat lah sebab dapat beraya ngan family walaupun raya ketiga aku start demam . n getting worse . huhuu dan raya kali ni juga lahh baru ada peluang dapat jumpa my best buddy ! my love azie !! dan .. dan yang penting aku jumpa kawan yang dah hampir 9 tahun tak jumpa . tu pun sebab dia kawen lahh . kalau tak ntah bila dapat jumpa . but sadly tak berkesempatan nak jumpa dayana . huhuuu . insyaAllah nanti ade kesempatan kita jumpa ehh ..


aku , azie n dila




SELAMAT HARI RAYA !
MAAF ZAHIR & BATIN









Tuesday, July 30, 2013

bonus vs raya - part 2

bonus rm500 JER . alhamdulilah ....



sekian.









Friday, July 26, 2013

buka puasa

semalam ada majlis berbuka puasa dan solat hajat . so berbuka kat sekolah la ... 

warga smkdc

menu berbuka  . hidangan berat selepas solat maghrib 

bertungkus lumus hidangkan makanan untuk berbuka . 

tamar ni sedap 

rezeki perlu dikongsi dengan golongan yang memerlukan ... jangan beza2 kan orang lain sedangkan kita sebenarnya sama je . jangan terlalu utamakn keperluan kita sampaikan bila dah berlebihan baru kita sedar ada orang lain yang lebih memerlukan . jangan terfikir masa bulan ramadhan je sedangkan kita sedar bulan2 lain juga mereka bernyawa dan perlukan bantuan . muhasabah diri supaya tidak tamak .







Monday, July 22, 2013

comel

benda comel ni lebih sedap kalau orang yang belanja . hahaha thanks kak timah ......


comel pulak ble ade versi kecik

sekali ngap je untuk berbuka . hihiiii





Tuesday, July 16, 2013

bonus vs raya

setakat ni aku belum dengar pape pasal bonus raya . nice .

sekian .

Monday, July 15, 2013

AT33


bila dapat tau kazen sendiri bakal sambung belajar kat UPSI n dalam AT33 tetibe aku rase rindu gila dengan classmate mase belajar . pengalaman yang sangat berharga bila dapat ramai kawan . alhamdulillah sampai sekarang ramai yang masih berhubung lebih2 lagi dalam facebook . dan sangat bertuah bila ramai yang posting sama2 di JOhor . lagi best bila kawan2 rapat juga posting di JOhor . hihii . tapi malangnya terasa sangat dekat tapi jauh . duk dekat-dekat je tapi  susah gila nak jumpa .



banyak gila aktiviti yang buat sama2 . assignment lah event lah . kajian lapangan lagi . dengan intake yang sangat ramai selalu ade clas yang akan dapat jumpa semua orang dan ade clas yang akan asing2 . dah masuk tahun ketiga baru aku dapat kenalpasti sorang2 ngan nama dorang sekali . fuhh punyalah ramai . gigih laa sebab xbanyak yang sama clas kan .

sejak posting ni ramai gila yang dah kawen . rasenye macam hampir lebih 70% yang dah kawen . ade jugak yang berjodoh dengan sesame classmate . kalau tak pun satu U . siap dah ade anak lagi . hehe rezeki dan jodoh masing2 . tapi memang best la bila ramai kawan . hihiii rindu korang !

sekian .





Monday, July 8, 2013

tulang hijau .

pelik tapi comel .

klakar .

mula2 pelik jugak bila tengok tulang jadi hijau bila ikan ni masak kari . tak sure pulak ikan ape ni . tapi teringat sebelum ni pernah nampak tulang ikan warna ungu tapi itu masak asam pedas . hahaa bila pikir balik agak2 tulang ikan ni bertukar warna ikut jenis masakan ke ek ? 



sekian .



Sunday, July 7, 2013

remaja klasik

kisah ni bermula apabila kami tak dapat makan chickenchop di DangaCityMall . saje je nak rase kat tempat2 baru . then pegi tempat biase HutanBandar gila lahh ramai sangat orang . so teringat satu restoran yang aku dah cari hampir setahun . padahal BBU tu kecik je . hahaa bleh la tak jumpa . cari2 ade orang suggest kat RemajaKlasik . aku selalu jugak perasan restoran ni betul2 seberang jalan TNB sblh LHDN yang kat sebelah Angsana tuh . bila sampai restoran tu alamak macam kagum pulak terfikir macam mahal je makanan . yelah tengok agak cantik ade kelainan unik sket lah . adetempat makan bersila kat luar . sekali tengok dah macam rumah . siyes ohsem . tapi sekali tengok menu ehhh okay je harga . tapi best lahh sebab time tu orang takdelah ramai sangat so dapat menikmati makanan dengan tenang dan order pun sampai cepat . tapi yang paling penting . SEDAP !

chocolate milkshake, bandung soda, honeydew

chickenchop , fish n chip
sangat puas hati . lain kali datang aku nak cuba makanan yang lain pulak . ditambah pulak dengan lapar selepas enjoy tengok DespicableMe2 . eheh

dah settle makan ronda2 la sambung pencarian restoran yang aku sendiri tak ingat namanya . tapi aku masih terbayang2 lagi lah persekitaran restoran tuh . hurmmm nak ditakdirkan bley pulak jumpa . ya Allah aku selalu kot lalu jalan tuh . tapi tak perasan bila tengok dari jalan besar . mungkin sebab tak ingat nama restoran . hihiii nanti aku upload tentang restoran tuh . seronok makan benda2 sedap nih . murah pun murah .


sekian .






Saturday, July 6, 2013

luck

kadang2 benda yang kita tak plan tu akan jadi dan ade juga mase2nye bila kita plan gila satu2 benda tapi tak jadi ape pun . contohnye semalam lah . semalalam lepas settle hari guru aku decided aku takkan sia2kan peluang aku tak balik kampung tanpa berbuat apa2 aktiviti . so aku dan kak timah pergi lah ke Kulai . COWBOY . tu yang selalu dia sebut2 . so aku layankan aje . nak jugak usha tempat tuh . mane tahu bley lepak2 cuci mata . okayy agak berpuas hati . boleh datang lagi . kak timah beli oreo untuk koperasi . murah katenyer . beli dalam 40kotak kot . tak ingat pulak . 

okeh settle beli kami menuju ke CitySquare sebab rasenye macam belum pernah jejak sane selepas settle forever renovation dorang . tapi aku rase macam agak awkward lahh soo tempat paling selamat adalah kedai buku lahh . ade gak aku sambar komik . hihi . so kejap je la jalan2 then perut meraung2 minta diisi . pergi pula ke DangaCityMall sebab kak timah cakap ade chickenchop sedap kat sana .

sampai sana hmmpphh ! menu tu habes . ciss ! lain kali aku datang balek untuk try rase . tapi yang best tetibe baru perasan UO ade buat sale . tak pasal2 aku buat kad UO . hahaa . jumpa pulak air kotak milo murah . ape lagi ... sambar untuk koperasi lahhh . habis dalam rm300++ jugak lahh . haha penuh kot kete . yang tak tahan tu sempat lagi hantar ke sekolah dalam kul 11lebih . gila aku tak pernah pegi sekolah malam2 camni . terase sangat cemerlang la pulak hahaa


syok !
happy gila banyak tempat pegi dalam masa satu hari . memang sampai menggigil kaki lahh . tapi puas walaupun pagi tu dah penat kat sekolah ..

terukk !
tapi yang ni sedih . sanggup aku cari parking yang jauh supaya dapat parking dengan sempurna sebab aku taknak menyusahkan orang lain kalau aku suka2 hati je parking . kete yang besar alam tu pulak selamber gila parking macam tuh . huh benci !


sekian .



Friday, June 28, 2013

orange project

sementara duk kampung sebab jerebu ni aku settlekan la keje yang aku rase malas nak buat sorang2 . bila askar2 ade depan mata aku mula lahh gatal mata kalau tengok dorang sangat happy tak buat pape ble ade mase lapang . disebabkan aku ditugaskan untuk handle khemah pasukan oren maka aku perlu sediakan barang untuk khemah la kan . tapi itu put aside dulu sebab benda2 nya boleh buat kat JB je . so kat kampung ni aku buat prop untuk budak2 pakai mase perbarisan lahh . harap2 takde yang merungut tak nak pakai . huhuu penat tau buat .... 

misi dimulakan dengan mencari cekak rambut yang kosong je takde corak . urmm susah jugak nak cari kat tempat aku . pasar malam tak sempat pegi . nasib baik kat kampung pasar malam hari jumaat . cuba nasib lahh . ade pulak . hihii memang sebijik yang macam aku nak . beli 35pcs = rm70 . malas dah nak cari kat tempat lain . takut tak sempat .

mula2 lukis dulu


pastu gunting


stapler tengah2

pastu guna doublesided  tape lekatkan kat cekak . settle . 

ini sisa2 nya .

hasilnya secara keseluruhan . budak2 sangat comel .

maskot rama2 aku pn sibuk2 join . hihi
so far aku puas hati lah . tak kesah ape orang nak cakap yang penting aku puas hati . buat biase2 tapi benda tu nampak effort semua orang . seronok bila tengok ramai2 buat sama2 . maaf gambar khemah takda sebab semua gambar yang aku amik ada aku sekali dalam tuh . hahaa malu lah . simple je tapi comel . khemah sampai pukul 4 lebih tepat2 kete aku gerak kuar sekolah . ahh nak tunggu lagi macam tak sanggup sebab takde janji ngan sesape cikgu kumpulan oren untuk settle hiaskan khemah . sok pagi2 lagi pukul 6.30 aku dah terpacak kat sekolah excited nak siapkan hias khemah sampai lupa nak thumbprint . tengok kat padang kumpulan oren je yang kosong . kumpulan lain dah settle semalamnye . dengar cter sampai maghrib . gila ah naseb baik sempat siapkan gak pagi tu . huhu

tapi syukur berkat kerjasama dan penyertaan semua orang perbarisan dan khemah masing2 dapat tempat ketiga . alhamdulillah ....


sekian .



Sunday, June 23, 2013

haze

bagi aku jerebu ni biase je la . dah jadi macam acara tahunan . memang tiap2 tahun berlaku perkara yang sama cuma jerebu teruk atau tak . tapi aku sangat tak sangka dugaan jerebu tahun ni sangatlah teruk . 20 Jun datang sekolah macam mengajar kat sebelah tempat bakar sampah . IPU 300++ . udara sangatlah kotor . jarak penglihatan memang dalam berapa meter je . masa nak keluar rumah pun terasa macam ada kebakaran kat kawasan rumah aku tuh . 

panas tapi xnampak bayang matahari


acara awal untuk sukan tahunan pun terpaksa ditangguhkan . naseb baik jumaat dapat cuti . aku tak dapat bayangkan macam mana nak lalui satu hari lagi dekat sekolah dengan jerebu yang sangat tebal tuh . dapat tau cuti dah malam . rase macam nak cabut je malam tuh . tapi last2 aku decide balek pagi lepas subuh sebab takde kawan nak balek sama . huhuu . 

on the way balek aku singgah UTHM amik adik sebab dia pun dah last paper . kat BatuPahat pun sangat tebal dan aku rase macam asap kuning2 je .. then terus gerak ke Tangkak . lalu tol pagoh . macam tak teruk jerebu . oklah setakat hari jumaat macam dah ok sket . tapi bila sampai ari sabtu IPU 700++ okayyyy ...

sekian.


Friday, June 21, 2013

the famous putu bambu

akhirnya dapat juga aku makan putu bambu yang kat Ayer Itam yang selalu orang sebut2 . selalu memang aku langsung takde nafsu nak pegi beli . tapi sebab time ni aku tengok clear je gerai tu ape lagi trus stop ahh .. mungkin sebab jerebu kot . kalau time2 lain memang tak lahh sebab ramai gila . tak kuasa aku nak beratur.

sedap dan murah . 

tak dapat dinafikan lah memang sedap . gebu gila . GEBU . pasni aku sanggup beratur kot . hahaa selama ni aku rase macam apesal semua orang beratur nih ? pegi je la beli kat tempat lain . putu bambu je pun . hahaa sekarang hah kau sudah teringat2 . hihii


sekian .



Monday, June 10, 2013

taraa~

hasil dua minggu aku tinggalkan ini hasilnya !

hasil 2 minggu


sekian .




Thursday, May 16, 2013

hari kami

hari ni Hari Guru . hari dimulakan dengan hujan yang sangatlah lebat . emmm nak buat macam mana hujan rahmat tu . tapi plan B lah untuk sambutan  HariGuru . terpaksa buat kat foyer . huhuuu . tapi takpelah . asalkan semua enjoy dan happy . 

goodies untuk semua guru . tak amik pulak gambar payung rainbow yang sangat cantik.


aku kena uruskan pertandingan masterchef guru . halamak dah la kat bilik ERT . tak jumpa orang langsung . tak tau ape yang berlaku kat aktiviti lain . aku pilih menu spageti . terpulang lah nak buat macam mana . satu group sorang cikgu and 2 pelajar . 


spageti + daging kisar

spageti + tuna

spageti + ayam

spageti + udang
(tak paham kenapa gambar ni senget . dah betulkan pun senget)
siapa kata tak boleh jadi kreatif kalau bahan asas cuma spageti and sos merah je . nak seribu daya . tengok2 kan ada empat jenis yang berlainan . sangat lah enjoy jadi juri rasa merasa . muehehee

lepas settle semua aktiviti kami berangkat ke tempat jamuan di KFCH . sedap2 makanannya . puas hati .


nyum3
tema pink okayyy



sekian .







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...