bagi aku jerebu ni biase je la . dah jadi macam acara tahunan . memang tiap2 tahun berlaku perkara yang sama cuma jerebu teruk atau tak . tapi aku sangat tak sangka dugaan jerebu tahun ni sangatlah teruk . 20 Jun datang sekolah macam mengajar kat sebelah tempat bakar sampah . IPU 300++ . udara sangatlah kotor . jarak penglihatan memang dalam berapa meter je . masa nak keluar rumah pun terasa macam ada kebakaran kat kawasan rumah aku tuh .
panas tapi xnampak bayang matahari |
acara awal untuk sukan tahunan pun terpaksa ditangguhkan . naseb baik jumaat dapat cuti . aku tak dapat bayangkan macam mana nak lalui satu hari lagi dekat sekolah dengan jerebu yang sangat tebal tuh . dapat tau cuti dah malam . rase macam nak cabut je malam tuh . tapi last2 aku decide balek pagi lepas subuh sebab takde kawan nak balek sama . huhuu .
on the way balek aku singgah UTHM amik adik sebab dia pun dah last paper . kat BatuPahat pun sangat tebal dan aku rase macam asap kuning2 je .. then terus gerak ke Tangkak . lalu tol pagoh . macam tak teruk jerebu . oklah setakat hari jumaat macam dah ok sket . tapi bila sampai ari sabtu IPU 700++ okayyyy ...
sekian.
No comments:
Post a Comment