Monday, November 25, 2019

Happy 1st Anniversary

alhamdulillah.. tak sangka kejap je dah setahun. memang la rasa kejap je sebab jarang2 sangat jumpa. kalau masa bertunang tahun lepas rasanya macam sebulan sekali jumpa. bila dah kawen ni dua, tiga bulan sekali baru jumpa. takpelah at least ada jumpa. 

berdasarkan pengalaman setahun ni kan. jujur aku cakap. GIRLS kalau u nak kawen. tolong TOLONG cari pasangan yang cintakan kau. u better be with someone who love you rather than someone u loved. kita perempuan insyaAllah boleh bersama dengan siapa pun. tapi aku tak rasa lelaki boleh fall in love dengan sapa2 yang dia taknak in the 1st place. susah sebenarnya nak pujuk hati orang yang taknak nih. kita perempuan insyaAllah even takda perasaan pun kalau orang lelaki layan baik. cinta betul2 memang hati tu mudah tersentuh. tu pandangan aku lah. 

betul kata orang. mencintai tak semestinya memiliki. sama jugak memiliki tak semestinya mencintai. atau dalam kes aku memiliki tak semestinya dicintai. haa gitu lah lebih kurang. tapi aku pujuk hati. insyaAllah satu hari nanti. one fine day aku nampak. yelah.. aku memang dah patut bersyukur ada orang nak ajak aku kahwin. walaupun atas sebab apa pun aku tak tahu. CintaHati yang dah sekian lama aku sayang tiba2 muncul dan ajak kawen. beyond real kan? tapi tu lah yang berlaku. kalau tak sayang tak ajak kawen kan? ermmm...

tapi kita kawen untuk dapat redha Allah. kawen kerana Allah. walaupun tak banyak benda yang boleh buat Allah redha tu dapat direalisasikan. cerita yang ok je lah. yang ok di mata aku. kita yang tentukan kita ni bahagia ke tak bahagia. kalau orang lain tak boleh buat kita bahagia.. jangan risau. cari jalan untuk bahagiakan diri sendiri. Allah ada. mengadulah kat Allah benda2 yang kita tak boleh luahkan kat manusia. 

semoga aku dan kita semua terus kuat. 

perempuan ni lain sikit. benda2 kecik pun boleh tersentuh hati. boleh terasa hati. jangan sampai satu hari nanti rasa tu mati. 

doa yang baik2 aje lah. tak boleh nak fikir sangat. memang aku ni banyak kelemahan. banyak sangat. sikit2 cuba perbaiki. even aku tak tau apa aku buat ni betul ke tak. tapi aku cuba. cuba yang terbaik bila ada peluang. insyaAllah. semoga Allah mudahkan jalan aku. amin

semoga dipanjangkan jodoh. semoga Allah tiupkan kebahagian dalam hati kami. semoga hubungan kami semakin bertambah baik dan bahagia. semoga Allah lindungi kami dari sebarang perkara yang tak baik. amin amin.



#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang

Trip AirportCoach

sebuah perjalanan yang panjang hanya untuk menatap wajah Suami. trip kali ni lain sikit. disebabkan tiket yang murah hanya pada pukul 6.45am.. maka aku buat lah kelainan sikit dengan try naik AirportCoach malam sebelum tu. kenapa sibuk2 sangat tiket murah tiket murah. yelah.. aku bukan berkira tapi aku pun bukan orang kaya. mana dapat tiket murah tu amik je lah. bukan pakai duit orang lain kan. pakai duit sendiri. buat apa nak membazir mahal2 sangat sedangkan ada yang murah. harga tiket untuk 6.45am tu 50% lebih murah daripada masa2 yang lain untuk hari tu. takkan aku tak amik kan? hehe memang lah sibuk sangat nak kejar balik hari ahad. macam takda hari lain. tapi hari tu adalah 1st Anniversary. saje nak mengada2 walaupun reaksinya hambar. tapi ok lah untuk syok sendiri. saje test. lepas ni takyah la bersungguh sangat.




so aku amik tiket AirportCoach yang paling lewat dari Muar. yelah nak suruh orang hantar ke KLIA2 pagi2 buta macam kejam sangat je kan haha. tiket bas pukul 11.30pm tapi bas sampai dalam 11.50pm. adelah tu stuck kat mana2. bas memang penuh takda ruang nak tukar tempat duduk pun. dan seat agak kecik sebab sebaris ada 4 seat. memang perjalanan yang menyiksakan. sebab aku tak tahan duduk lama2. macam nak patah pinggul. tido pun terasa jugak. tahan je laaa.. huhu sejam yang pertama memang aku tak sedar langsung. haha harapnya tak berdengkur kuat lah. lepas pinggul dah sakit tu baru takleh tido dengan tenang. 



dalam pukul 2.30am aku sampai kat KLIA2. ada beberapa tempat dorang singgah tapi antara sedar tak sedar je. hihi time ni memang KLIA2 tu lengang sangat. jarang2 nampak keadaan yang macam tu. so aku pun jalan slow2 nak g print boarding pass. sambil2 tu tengok2 gelagat orang lain. ada yang datang satu family ade jugak yang lone ranger macam aku. yang penting cari tempat nak melabuhkan punggung. punya lah slow aku jalan.. rupanya2 masa sampai kat Gate J&K tu baru je pukul 2.50am. gila lah. 20minit je aku buang masa tadi?? haha memang alert dengan jam sebab duk report kat Mak Abah. hehe gate tak bukak lagi. so duduk lah depan gate tu. dari lengang sampai lah ramai orang kat depan gate tu aku tunggu.




bila orang dah start beratur dalam 3.30am tu aku pun menyibuk2 lah. scan semua beg dan berjalan menuju ke Gate K8. satu benda yang aku malas sangat naik dari KLIA2 ni adalah kawasan yang teramat sangat lah luas untuk aku.  jauh weh gate ni... huhuhuu jalan sorang2 pulak tu. takpe time ni je dapat jalan slow2 dengan aman kat situ. selama ni mesti kelam kabut kejar masa. hehe tak sempat nak tengok kanan kiri. masa aku sampai Gate K8 tu dalam pukul 3.50am memang tak ramai orang. cuma ada aku dengan 1 family ni je 5 orang. so aku lepak lah dengan anak2 dorang ni. haha lambat weh masa berjalan. dalam pukul 5.00am tu aku dah mengantok gila. budak2 ni suh aku lelap kejap. dorang tengok2kan beg. aku sempat lelap 15minit kot sebelum dengar riuh rendah suara orang. bukak mata memang dah ramai orang. budak2 tu? selamat join tido sebelah aku. haha



gate bukak 5.45am aku cepat2 masuk sebab memang niat nak lelap kejap sebab time ni aku dah macam takda rupa orang. haha dah lunyai gila. tapi dalam tu serius sejuk weh. pukul 6.05am aku dah dapat masuk dalam plane. awal pulak dapat masuk. lama jugak duk dalam nih. tunggu isi minyak, isi barang, isi orang. hehe amik2 gambar. dengar2 lagu. tengok2 facebook. haha tepat 6.45am plane berlepas. so aku pun tido lah. tapi kejap je. stengah jam je kot. bukak2 mata je disajikan dengan pemandangan awak yang macam2 bentuk. cantik sangat bila cuaca elok. rezeki dapat side yang tak kena matahari. memang sengaja amik kat tingkap. yelah dah dapat tiket murah so upgrade lah sikit. hehe




tak sampai sejam dah sampai kat AirportSultanAbdulHalim.. macam biasa aku bagi peluang orang keluar dulu. sebab kat airport ni kena jalan jauh. sebab dorang tak connect plane dengan pintu arrival tu. malas nak sesak2 kat tangga.. lagipun nak kill the time kan. dah turun tu curi2 amik gambar sikit. hehehe memang trip kali ni banyak buang masa. haha lagipun time ni taktau Suami dah sampai mana. tak dapat contact dia. pukul 8.00am macam tu aku melabuhkan punggung kat kerusi kat balai ketibaan. tempoh bertenang walaupun bergenang air mata tahan mengantok. haha aku dah ready setengah jam Suami tak sampai aku nak amik grab.




nasib baik 20minit lepas tu Suami sampai. maka bergerak lah aku pulang ke KualaPerlis. 
THE END.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...