alhamdulillah.. tak sangka kejap je dah setahun. memang la rasa kejap je sebab jarang2 sangat jumpa. kalau masa bertunang tahun lepas rasanya macam sebulan sekali jumpa. bila dah kawen ni dua, tiga bulan sekali baru jumpa. takpelah at least ada jumpa.
berdasarkan pengalaman setahun ni kan. jujur aku cakap. GIRLS kalau u nak kawen. tolong TOLONG cari pasangan yang cintakan kau. u better be with someone who love you rather than someone u loved. kita perempuan insyaAllah boleh bersama dengan siapa pun. tapi aku tak rasa lelaki boleh fall in love dengan sapa2 yang dia taknak in the 1st place. susah sebenarnya nak pujuk hati orang yang taknak nih. kita perempuan insyaAllah even takda perasaan pun kalau orang lelaki layan baik. cinta betul2 memang hati tu mudah tersentuh. tu pandangan aku lah.
betul kata orang. mencintai tak semestinya memiliki. sama jugak memiliki tak semestinya mencintai. atau dalam kes aku memiliki tak semestinya dicintai. haa gitu lah lebih kurang. tapi aku pujuk hati. insyaAllah satu hari nanti. one fine day aku nampak. yelah.. aku memang dah patut bersyukur ada orang nak ajak aku kahwin. walaupun atas sebab apa pun aku tak tahu. CintaHati yang dah sekian lama aku sayang tiba2 muncul dan ajak kawen. beyond real kan? tapi tu lah yang berlaku. kalau tak sayang tak ajak kawen kan? ermmm...
tapi kita kawen untuk dapat redha Allah. kawen kerana Allah. walaupun tak banyak benda yang boleh buat Allah redha tu dapat direalisasikan. cerita yang ok je lah. yang ok di mata aku. kita yang tentukan kita ni bahagia ke tak bahagia. kalau orang lain tak boleh buat kita bahagia.. jangan risau. cari jalan untuk bahagiakan diri sendiri. Allah ada. mengadulah kat Allah benda2 yang kita tak boleh luahkan kat manusia.
semoga aku dan kita semua terus kuat.
perempuan ni lain sikit. benda2 kecik pun boleh tersentuh hati. boleh terasa hati. jangan sampai satu hari nanti rasa tu mati.
doa yang baik2 aje lah. tak boleh nak fikir sangat. memang aku ni banyak kelemahan. banyak sangat. sikit2 cuba perbaiki. even aku tak tau apa aku buat ni betul ke tak. tapi aku cuba. cuba yang terbaik bila ada peluang. insyaAllah. semoga Allah mudahkan jalan aku. amin
semoga dipanjangkan jodoh. semoga Allah tiupkan kebahagian dalam hati kami. semoga hubungan kami semakin bertambah baik dan bahagia. semoga Allah lindungi kami dari sebarang perkara yang tak baik. amin amin.
#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#sayangtakpernahkurang
No comments:
Post a Comment