Showing posts with label merepek meraban. Show all posts
Showing posts with label merepek meraban. Show all posts

Thursday, May 3, 2018

Aku Jahat

nak tengok orang tu baik ke tak senang je.. tengok ramai tak yang senang dengan kehadiran dia.. tengok haiwan okay tak mesra tak dengan dia.. bagi aku petunjuk paling senang kucing lah. tu bagi aku lah. macam aku pun.. aku ni sedar aku tak pandai nak bergaul. kalau ada kawan yang sama2 dalam satu group tu baru ok. aku memang 24/7 awkward. tak mesra tak pandai bercakap..tak pandai bergaul.. tak ramai orang faham kelainan orang macam aku. aku ni cuba bukan tak cuba.. aku bukan tak suka tapi tak tahu macam mana nak tunjuk aku suka. aku ni sayang bukannya tak sayang tapi tak tahu nak tunjuk semua tu..

kalau aku sorang memang krik2..kalau orang tak bersama dengan aku tu krik2 memang hanyut lah.. ntah la..aku pun perati kucing pun taknak dekat dengan aku.. hmm hina sangat aku ni.. kat mata orang.. kat mata haiwan.. bukan kucing luar yang tak kenal aku je.. anak2 kat rumah pun sama.. aku ni memang macam pengemis menagih kasih.. menagih perhatian anak sendiri.. aku takda marah2.. aku tak pukul2.. aku belikan makanan.. aku bagi makan..aku buang najis dorang.. aku belikan pasir.. tapi aku buat bila dorang takda. tido.main kat luar. takkan nak macam orang jugak semua ada dokumentasi. aku buat macam2 pun kucing jauhkan diri dari aku.. ye.. tak perlu nak guna orang untuk judge..dengan haiwan pun aku boleh rasa rendah diri. orang pandai bergaul macam korang mana faham? 

budak2 pun sama..kalau aku ramah mesra dorang takut.. kalau aku buat dek pun sama je. takut jugak. aku duk jauh2 elok je dorang main.. gelak ketawa.. muka aku ni muka neraka agaknya.. muka jahat. tengok aku je taknak dekat. klau aku tanya budak.. " muka aunty ni muka jahat ke?" ramai jugak lah yang mengangguk perlahan. nak cakap jujur takut.. tapi budak beb.. dorang tak pandai menipu. kalau dorang kata aku bodoh pun yer aku terima.. budak2 kat sekolah pun sama. memang tengok aku ni sombong je. masalahnya aku rasa ramai lagi sombong lagi teruk dari aku. takda pulak budak2 ni buat macam tu.. pelis lah ada anugerah cikgu paling teruk kat sekolah. aku teringin jugak nak dapat. tapi mungkin tak jugak sebab aku rasa tak ramai yang sedar kehadiran aku kat sekolah ni. sapa yang belajar dengan aku je la yang kenal. yang bekas pelajar pun terus tak kenal. lalu siap laga bahu.

so dari sebab itulah aku mula rasa aku tak perlu bercakap. senyap je. aku cakap bila perlu. aku cakap bila orang tanya. sebab aku takut nanti aku cakap benda lain orang taknak dengar. nanti orang boring. nanti orang tak respon... kenapa tak berubah? aku tak cuba ke?



#dilemabiladahtua
#banyakfikir
#sunyi
#akutakcukupbaik



Sunday, April 29, 2018

Okay Not Okay

kalau kau ada someone yang bila kau ada masalah.. dia tanya kenapa? kau cakap takda apa ..dan dia kata " no, i know u are not okay. tell me. i'm listening" kau jangan lepaskan dia beb.. tapi jangan berangan dia cakap omputeh la kalau kau bersama dengan melayu tulen. macam biasa la perempuan.. tak okay tapi cakap okay.. ada pape.. ada masalah berat gila nak mampos tapi still cakap takda apa. aku pun tak tau kenapa mesti macam tu.. lagi2 kalau kau tahu bila kau bagitahu pun seriously takkan dapat selesaikan pape.. and once u experience that.. kau takkan mengadu pape lagi. yup. baik telan je dalam hati.. emo macam mana kau pun ego tu lebih tinggi. haha

"it's okay.. i'm here for you" itu kalau kau jumpa pun kau setia la dengan dia beb.. sejuk hati kau walaupun pada dasarnya memang nak sumpah seranah maki hamun orang. lemah lutut. yelah..walaupun kita act kuat macam mana pun kadang hati tu tisu.. tak tahu pun masalah apa tapi rasa penat.. rasa stress.. lagi2 bila kau tak sihat..kau sakit.. sebenarnya tak boleh nak handle pun..tapi takda siapa nak luahkan..pendam sorang2.. emm stress sikit je pun tapi effect dia macam nak meletup. orang lain jadi mangsa. tapi cuba dan cuba untuk sabar.. sebab lagi dilayan syaitan lagi seronok kacau..



tapi kalau kau tak dapat orang yang sweet sawit macam tu pun takpe lah.. walaupun dia bagi emoji je pun...tak apelah.. walaupun sehari kau dapat hanyalah emoji yang sama berkali2..TAK APA.. IT'S OKAY.. haa kan..fake lagi..tapi at least kau ada someone yang nak terima kau jadi sebahagian daripada hidup dia.. takpa...bukan kau rasa tak bahagia..tapi kita kena terima yang orang lain tak sama macam kita.. setiap orang berbeza.. bersyukur dengan apa yang kita dapat. bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat kita.. kena banyak kali ingatkan diri sendiri.. BERSYUKUR.. banyak lagi cara untuk happy.. untuk bahagia.. untuk rasa dihargai.. kena belajar untuk redha.. untuk sesuaikan diri.. supaya nanti masa depan tak pendam dalam hati.

post merapu lagi..post muntah lagi..
harap takda siapa yang baca.
hahaha

#doayangbaik2
#semogasentiasakuat
#Allahtetapkanhati2kami
#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#terimakasihEnTunang
#loveyousomuch




Friday, April 6, 2018

Penat..Kepenatan...

sejak dua menjak ni memang daya ketahanan badan tu macam orang tua beb. haha faktor usia la kot kan.. gemok pun ye. haha aku mengaku lahh..tapi kat sekolah bukannye lah aku ni aktif sangat pun.. tak jugak bersenam bersukan berlari2..naik turun tangga untuk pegi kelas dan bilik guru je. kantin ? memang tak lah.. haha so bila aku fikir2 balik kan.. kenapa selalunya aku rasa letih gila ..letih gila2 sampai tak boleh nak digambarkan dengan kata2..cewah.. mungkin faktor cuaca juga. sekarang ni kan terik. terik gila..dan juga aku rasa kenapa aku ni kalau penat memang penat namatey... haha separuh tenaga aku sehari2 dah aku guna untuk tahan sakit..ye memang. sakit yang dah rasa biasa. kalau tak sakit tu macam luar biasa pulak. tapi bila tak fikir sangat takda rasa apa pun.. time kat skolah masih boleh kesana sini..naik turun tangga.. walaupun seksa ya amat tapi ku gagahkan jua. tapi cuba lah menghampiri waktu balik..tudiaa lunyai.. balik tu boleh lagi bertahan kalau nak kemana2 pun (alasan nak berjalan) . tapi once dah sampai rumah. lepak beb. lepak gila... kalau sampai rumah awal memang aku tido dlu. maghrib baru bangun. tapi kalau lewat sampai rumah.. lepas maghrib memang aku dah tak boleh bertahan.. terus hanyut.. kalau mampu bangun pukul 12 aku boleh la buat kerja.. dah kalau terbabas sampai subuh? selamat jalan la... nasib semua tu.. haha

sekian..



Saturday, March 31, 2018

Janji Manusia..

manusia kalau berjanji memang kebiasaannya akan mudah lupa..
aku cakap tentang aku..
ye aku la yang mudah lupa tu.
haha
macam2 aku lupa.
kadang2 stress jugak.
antara yang termasuk dalam list #lupateruk adalah lupa untuk update blog.
ada masanya aku memang update.
tapi aku lupa nak post.
so kebanyakkannya hanya jadi draft.
tak post..
hahaa

so sekian 
dari aku yang pelupa.
ingat..
#lupateruk

Saturday, December 22, 2012

...........................



Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku


Ternyata tak terkata
Rinduku padamu



Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba



Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu



Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu



Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

.......................................................................................................................................



Wednesday, August 15, 2012

hijau sehijau warna duit . hahaa

disebabkan tahun ni ade rezeki lebih (alhamdulillah ...) so aku decide nak bagi duit raya kat sesiapa yang layak . eheh . bukan senang nak dapat dari aku ... bertuah budak2 ni tahun ni ... hihiii aku tukar duit untuk aku dan untuk mak aku sekali . dah last minit dapat jugak duit baru ... thanks uncle jiran ... hihiii die yang tolong tukarkan . sape yang dapat duit lama tu maaf la yang tu xsempat tukar kat bank . yang tu tukar kat orang perseorangan . excited nak bagi duit raya nih . hihiii


fuhh hijaunye .....

tak banyak la aku spend dlm 9rat .... sebenarnye kalau dikira2 dekat 1K jugak lah ... pejam mata je ... rezeki kena kongsi2 . kalau makan sendiri tak nampak pun kemana duit tu pegi . tau2 dah abis . hik3 .


sampul pun uncle bagi hijau .

tahun depan kena prepare awal2 sebab dah takde tunggakan gaji lagi ... hoho0 ... so kena la spend duit elok2 .. hopely dimurahkan rezeki dapat lah kongsi dengan orang2 tersayang .... hihii 
duit2 .. syoknye pegang duit ... 
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$







Tuesday, August 14, 2012

aku dan ladybird

motif post kali ni adalah nak citer pasal tempat duduk kat bilik guru . eheh tempat duduk yang sangat best . ko tertido 2 masa pun takde sape perasan . tapi aku tak buat sampai macam tu la . aku buat satu masa je . ngeh3


macam ganas tapi bab2 comelnye ladyird aku memang kalah laa ... hihii
kalau boleh aku nak letak rumput kat keseluruhan meja aku . tapi bajet tak mengizinkan la .. huhuu
lagipun dah macam mana aku nak mengamuk tengok homework budak2 . macam mana aku nak konon2 tanda hasil kerja budak2 ... hahaaa ikut hati aku lantai pun aku nak letak rumput tapi karpet yang macam rumput tu mahal lahh . memang tak mampu ....

nampak suci bukan ... aku baru lepas kemas sebab nak balik raye !!! hahaa

dua hari lepas memang huru hara meja nih . sampai cari sekeping dokumen pun boleh tak jumpa . tapi kini tidak lagi .... eheh .... kita tunggu lepas cuti raya nih . aku risau nanti meja tu patah je . hahaa




















Monday, July 30, 2012

sabar

sekarang ni perkataan sabar tu macam dah takde dalam kamus hidup aku . aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi dah aku pujuk hati tapi memang jadi lagi teruk lah . cepat je panas hati sekarang ni . aku  ni dah la spesies kalau panas hati memang terkeluar la semua yang ada dalam fikiran nih . tak kisah yang elok atau tak . pakai hembus je . nasib la sape yang kena . kesah nye macam tadi la . bila pikir balik aku pun sebenarnya tak pasti kenapa aku boleh mengamuk . hahaa . dah la suara takde ni lagi aku duk maki hamun orang . hurmmm ke laut terus suara . aku rase punca atau trigger kepada kenapa aku meletup arini adalah sampai2 je aku kat kelas budak2 duk berkumpul kat luar . ade hal katenye . dah aku ni sebesar kayu balak tercongok kat sebelah pun buta ke ape tak nampak .

aku suh masuk boleh kata kejap2 ada hal . ambo0ii . kalah cikgu . takpe aku tunggu . 5 saat . posisi dorang tak berubah . dengan lafaz Bismillah aku pun hemabus la suruh masuk . haaa baru nak masuk .. dah lepas tu darah terus tak boleh turun . makin naik adalah . dengan dah masuk bagi ucap selamat main2 . duk kesana sini . aku tau la dah 2 hari tak jumpa kawan2 . tapi dah la masa burn 1 masa . ni dah tinggal saki baki masa pun kau cari pasal . beria aku bergegas masuk clas selamber kau cari pasal . dah budak2 yang sebaik alam pun buat hal . ape yang jadi sebenarnye hari ni ! takpelah . aku memang dah takde selera nak buat pape tadi . bersungguh sediakan bahan untuk mengajar hari . memang ni la jadinye kalau aku bersungguh2 . last2 memang akan jadi benda lain . 




aku tak kisah la dorang paham ke tak ape aku merepek meraban . lantak ko la . yang penting aku puas bercakap . memang la P&P terganggu . tapi kalau clas hari ni tak terkawal dah macam mana pulak nak gerak P&P kan . dengan budak yang perangai semacam . dengan aku yang arini pun kusut masai . tapi at least bahan dah ada . cuma tak gerak je . masa pun dah burn satu jam . mula2 cam tersengih tapi memang last2 aku yang tengok budak2 ni tersengih macam kerang busuk kat aku . cehh bertuah punya budak . memang sudahnye harini tazkirah ramadhan ..... walaupun hanya sorang je yang Islam dalam clas tu ... sekian .








Wednesday, June 13, 2012

jin tendang ?

ohh plzz .... jin tendang la sangat . come to think about it agak jin tendang jugak lahh .. hahaa tapi takpe la . hopely xda masalah sangat . hurmm tempat2 yang bajet selamat pun tak pasal2 rumah kena pecah masuk . apelah malang . nasib baek takde jadi pape . amik barang je . itu pun orang lain punya . sedih la . celaka betul orang yang buat keje macam ni . tak kenal haram halal macam tu la jadinya . aku pindah ni pun bukan sebab hal tu . kebetulan je . lagipun memang dah takde transport untuk pegi sekolah . takkan aku nak duk bayar teksi tiap2 hari . anak tokey balak pun silap2 hari bulan mak bapak die tak ngaku anak . so dengan berat hati dan sadisnya aku pun nomad la ke rumah baru yang dikatakan tempat jin tendang tuh . xdelah sangat kot .. ade banyak deretan kedai . dekat pun dekat dengan sekolah . apedehal .. cuma kalau berjalan tu memang agak berkuah berpeluh jugak lah ketiak . 

lepak je ahad lepas aku duk pindah barang pegi rumah baru . tengok2 mak aih banyak gila barang . padahal masa datang sini dulu ade 2 beg besar je . kira harta dah bertambah la tu . hahaa . yang kelakar tu (bagi aku la) apasal tetibe bley terpikir nak balik naik van ? phew~~ tutup mata je bayar untuk van tu . padahal punya la menapak ke Tangkak beli tiket bas dengan azie . siap dapat ABC spesial lagi ade extra lebah . hahaa kira bawak je la barang2 yang tak dapat diangkut masa naik bas . mujur la takde peti ais lebih kalau tak memang haruslah aku angkut sekali . baru lena tidur ade peti ais . eh ? malang la rumah baru ade dua bilik je . kalau tak memang dengan perabot2 sekali aku bawak . settle lengkap hidup . senang lenang nyaman . tidur malam pun kat sofa . tak layan aku katil2 ni . takde nikmat beb . tapi pape pun aku tetap sedih dan berbelah bagi . harus ke aku bayar sama rata secara adil dan saksama sedangkan ... APTB !

rasa macam esok nak beli satu ikat batu bata . buat dinding . jadi biilik aku . then haramkan tuan rumah masuk . settle masalah . bhahahaa~



bila dengan housemate baru ni aku rindu dengan Bai ... rindu sangat dengan bebelan die .. hehee 



(takde gambar yang boleh bayangkan perasaan aku sekarang)






Tuesday, May 8, 2012

hanya kerana Mr. M ..

ye betul .. hanya kerana Morrison (Mr. M) .. banyak benda yang terjadi hari ni ... tah mana datang idea aku nak pinjam gitar adik aku (yang sebenarnye aku nak beli tapi lari bajet .) tetibe je come up with the idea . sebab dari hari pertama aku masuk budak2 suh join persembahan untuk hari guru . aku prepare je la in case kena . hahaa takde benda lain yang aku tau buat . tapi mintak2 la tak kena buat pape . so0 disebabkan gitar kau tinggal kat umah . kalau bawak pun bunyi dah ke laut . maklumlah dah berabad ... hurmm tak kusangka perbelanjaan Mr. M ke sini adalah sama dengan harga nya . hahaa aku kan baek ... semua aku belanja . sekali sekala beb . ikhlaskan hati aje lah ... 



hasrat aku yang terpendam lama nak makan Domino's aku gantikan dengan Pizza je la ... jadi la kan .. dari takde . memang untung sape nak temankan aku saat2 aku teringinkan sesuatu . hahaa lepas tu yang memang aku rase tak boleh blah betol . errr sampai sekarang terngiang2 lagi kat telinga ni haa ..

" maaf ye .. kalau dah take away tak boleh makan kat sini "


selama aku kenal SR nih ... xpenah lagi kena halau (walaupun dengan cara yang sangat sopan) . ntah ape silapnye . nasib baik die cakap boss die ade . aku taknak la nanti die kena marah or aku yang kena blacklist . kalau takde bos die memang aku akan cakap je ... maaf mungkin aku kuno sangat kot kalau dah take away tak boleh makan kat dalam kedai . atau selama ni outlet lain yang kuno . hahaa tah la .

" ok kalau macam tu tolong keluarkan kek dalam kotak ni letak dalam pinggan eh . hidangkan . saya nak makan kat sini "

gambar aku amik dari google . okay memang nampak menyelerakan dalam pinggan berbanding kotak kertas .


mujur lah memang aku dah teringin sangat chocolate indulgence . lagipun next week bday adik aku .. aku belikan lah die sepotong  strawberry chocolate kononnye in advance la . ok2 pasni aku akan lebih tegas untuk buat keputusan samada nak take away or nak makan kat tempat tu terus . bukan kat SR je tapi kat semua tempat yang lain . huh ! ehh ? tapi nak hadap tempat tu lagi ke .. errr mungkin tidak lah . dengan harga yang dah naik dan juga potongan yang makin slim mungkin tidak kot kecuali ada orang belanja . 

tapi disebabkan tak lepak dalam SR tu .......... benda laen yang aku layan !




yeah !!! akhirnya ade jugak orang nak temankan aku tengok battleship . tensyen weh tengok kat laptop je . hahaa kan aku dah cakap untung temankan aku time aku teringin sesuatu . memang semua aku payung ! hihiii ade duit boleh la ... klau takde duit aku pun duk diam2 aje . puas hati aku ... lalalaaa~ aku rase ini lah yang paling berbaloi2 . tak kesah yang yang tadi2 semua tuh . ini yang paling penting !

cukup untuk hari ni .. masa untuk tido pulak ... huhuuu




sekian .










Monday, March 26, 2012

Food Complaining Day !

aku tak tahu la ape yang tak kena dengan hari ni . huh ! makanan semua serba tak kena . apada nasib2 ... semua nak merungut ... bukan merungut der tapi customer service kan ... kena la tip top wehh ... kan dibayar .. bukan free2 ... firstly aku nak citer adalah (yang ni memang kegeraman yang terlampau !) pasal sambal . niat murni aku adalah nak beli sambal je kat kedai tu sebab dah beli nasi kat tempat laen . nama kedai perlu dirahsiakan untuk mengelakkan kejadian tak diingini di kemudian hari . meleleh jugak mase aku tengok lauk . tapi dah set kat hati nak beli sambal sahaja . taknak la membazir duit sangat . tapi ! gila bet0l ... memang pada mulanye tenang je aku amik 2 sudu . sikit aje la sambal kot .. banyak2 buat ape kan . siap dah kuar duit lagi . singgit la paling mahal pun . but end up aku kena RM2 !!!! gila tak uo0llss~ sentap gila ! time tu aku memang dah tak terkata ape la . diam je . sampai luar kedai memang abes la aku sumpah seranah sepanjang perjalanan balek ke rumah . dah la jalan kaki . jauh ok kedai tuh . siod gila !



inilah sambal 2 sudu 2 hengget tuh . ciss !

nasi aku beli kat mamak ni walaupun 4 hengget tapi cam nak pecah perot kenyangnye .


ABC cekik darah !

ABC ni memang satu hal betul ! ABC biase je pun . 3 hengget . mangkuk betul lah .. ade ke patut aku tnye la orang yang buat tu mane kacang . dalam gambar ade kacang . selamber je die cakap . 

"ohh kacang dah abes"

ciss ! kalau cakap awal2 bley jugak aku tukar yang lain . aku memang nak makan ABC . takkan lari punye laa .


yang ni pulak Nasi Goreng Ayam . tak pernah lagi aku makan yang macam ni rupenye ..

sekian FoodComplaining daripada insan yang sangat suka makan .
ehek !!







Thursday, March 15, 2012

rising up !!

tido kejap je beb . bangun2 tengok askar dah ilang . g latihan ape tah . katenyer .... so0 bagus lah . hahaa . askar kecik still bel0m sedar sepenuhnya . aku pun bangun la sian mak sendiri takde geng . abah dah pegi melayan pokok kelapa sawit . rasenye lahh aku pun kurang ingat . kepala  lom stabil kan . jujur sekarang memang langsung tak larat nak buat pape . tapi ku gagahkan jua . on9 kan cuma guna jari n bukak mata aje . tak perlu bergerak sangat . hahaa perjalanan yang lama sangat buat aku lemah beb . cheesdale ! pegi balek JB yang 2 jam lebih pun bley buat aku rase nak pengsan ni kan pulak pegi pantai timur yang macam never ending journey aje . uhuk ! memang sah aku demam nih . baru je bedal 100plus sebotol besar . sejak semalam memang dah berbotol2 lahh . ok kejap . then nanti tetibe rase langsung tak bley bangun . kejap lagi mak nak pegi umah atok antar semua barang yang dirasekan cukup untuk ber caring2 ngan atok aku . hahaa mende tah aku merepek nih . da siap tinggalkan barang untuk aku masak . tapi kepala dah sangat berat nih . baru bape jam sedar . urmm .. ni pun tah brape lama bley tahan . ehek macam g oversea pulak . kecoh !!!!

ok motif post kali ni hanya nak bagitau yang aku demam . itu sahaja .





Tuesday, March 13, 2012

gomo klate gomo vanila cokelat !!!

memang cun lahh pegi rantau panjang . dekat 2 rat aku abes untuk diri sendiri . hahaa sekali sekala kan .. esok lusa ade lagi masa nak membazir duit . ehek ! aku memang rimas la g tempat ramai2 orang nih . tapi klau tempat tak ramai orang mau kopak la duit kan mesti mahal2 . hujan pulak tuh . hehee memang stuck kejap . aku duk carik barang yang aku sendiri tak tau ape yang aku nak . duk merayau2 last2 jumpa bahan baju yang murah . sepasang rm15.90 je kot . cotton . even cotton murah at least bley buat baju . selamat 6 pasang tros aku beli . memang cun lah . pejam mata je aku bayar . bukan akunye aje . semua sekali aku bayar . termasuk dengan yang orang lain aku rase ade 10 pasang kot . 2 pasang samping lagi . selimut 5 .  bnda paling wajib- toto n banyak lagi lah . ntah pape je . 
baru je lepas ujan 
 bila ujan perot pun lapar lah . tapi abah tak bagi makan . takot lambat katenyer ... biar orang lain lambat takpe abah . kte ni orang pandang rendah je . takot lambat sket nanti habis kena marah . so0 kena la ikat perot makan la kat mana2 nanti . ikat tak ikat . tak tahan aku . nampak lak jagung . hahaa sebat aje la . jagung rebus + cendol time2 baru lepas ujan . memang syiok~ hahaaa 

besarnye aku ! haa katne nih ?

|
|
\/
tempat shopping terbaek untuk makcik2 .. katenyer~

kat pengkalan kubor aku ngan family aku takde beli pape . mahal kot situ . niat memang nak jumpa sepupu abah aku je . dah lame tak jumpa . die pun dah jadi orang kelantan . senang citer mengundi pun dah kat kelantan . takde balek muar dah . setahun sekali je kot balek muar . so0 dah terlanjur pegi kelantan nih abah aku nak jumpa la die sekali . aku pun dah lama gila tak jumpa die . die pun baru je lepas bersalin . hahaa baby kecik lagi . dapat jugak olah tengok . yang tak tahan tu telo dah ikut kelantan . tapi bila kuar jawa nye memang pekat lagi . hahaa terbaek~

hahaa apesal aku tengok muka sume ikut muka mak ehh ..

muka sume macam ape je dah penat gila . hahaa tapi puas lah jalan2 dapat jumpa long lost sedara (raya tak penah lagi terserempak ngan dia) . sekarang ni on the way balek hotel . sempat lagi aku post dalam bas ni . malam ni nak pegi wakaf che yeh . hopely dapat jumpa hani . hasmi dah diam terus tak kate pape . aku anggap as takleh jumpa je la . tapi malam ni final vanila cokelat . nak ke dorang jumpa aku . tengok je la malam ni macam mana . ade jodoh ade la . kalau dah tak dapat jumpa memang salah timing la aku datang nih . ni pun dah memang salah timing nak naek jambatan . gila jem dah 1 jam dah nih . #apepontakboleh ape lah yang terjadi sebenarnya ehh .. tak gerak langsung . aku rase kalau jalan kaki memang dah boleh sampai dah .


punca jem lebih 1 jam !

okeh sekarang bas dah bergerak . jap lagi rushing siap2 nak pegi wakaf che yeh . aku plan nak cari tudung . tengok la macam mane nanti . vanila cokelat tu bley hold . nanti bley tengok kat tonton.my jer . tak sabar rasenye nak tengok kali ni sape yang tak on time . duk cakap lebeh . terkial2 jugak nak bersiap . bagus jugak kalau dorang lambat sempat aku jenguk2 kedai tudung yang ade kat sebelah hotel tuh . macam cnu murah jerk .


daa ~




Friday, March 2, 2012

nasi kerabu vs kerabu mangga . ehh?

pagi2 tadi pegi sekolah dah kena hujan .. haru betul .. camtu lah orang takde payung .. uhuk3! masa bangun pagi tadi patut ler terase malas yang teramat .. dengar bunyi hujan pulak .. heheee (menyeringai~) klau masa kat U dulu memang dah confirm2 aku tarik selimut .. takde wujud perkataan kelas dalam kamu hidup aku untuk hari tersebut (kalau hujan) . tapi sekarang nih kena berintegriti kan .. makanya perlulah untuk pergi ke sekolah walau dalam keadaan ape sekalipun .. ehee~ ribut petir .. guruh berdentum .. banjir .. tapi aku lum jumpa semua tu lah .. baru setakat hujan renyai jerk .. hahaa tu pun dah kecoh . yelah walaupun sekangkang kera tapi part nak bukak mangga kat pagar tu adalah waktu paling kritikal untuk aku . hahaa seminit kat situ terasa macam seminggu . hahaa seb baek setakat ni takde masalah kunci tersangkut lagi . lepas kunci balek pagar memang dah tak cukup tanah (jalan tar sebenarnya) aku jalan . redah je la ade kete pun . hahaa tawakal je . dorang pun tau mana lagi nak nampak orang pakai baju kurung kan . mesti la cikgu sekolah . hahaa untung lahh~ 

nasi kerabu is best even ia tonggang terbalik !


apesal lahh aku tetibe citer pasal ujan pulak nih .. padahal tadi nak citer pasal benda laen . aku nak citer pasal benda kat atas nih .. hahaa hujan2 and sejuk2 ni kan .. mesti la teringat pasal makanan ... sape tak penah makan agak rugi la . macam orang johor yang tak penah makan nasi ambeng . yeah dua2 adalah favorite aku (sume makanan dah jadi favorite aku . ape kes ?) apesal kecoh sangat nih ? takdelah .. dah lame tak jumpa yang macam nih .. cam lebih kurang sebijik la dengan yang aku biase makan kat t.malim . tempat jatuh lagi dikenang apetah lagi tempat yang ade makanan2 sedap . hahaa kat area umah aku kat kampung pun ade jual lagi lengkap daripada nih tapi nasi die macam nasi biase aje . tak pandai buat serunding . tapi tak kesah la . asalkan nasi kerabu . tak sabar nak balik aku nak bedal nasi dangang pulak . siyes beb sedap gila kat kedau tuh . tapi maaf tak penah amik tau pulak nama kedai tuh . hopely tak pinda lagi and still ade lagi kat tempat yang sama . dah hari2 duk terkenang je . takde alasan lagi . ehek !

adeh .. terkecur lak air liur ... teheee~









Thursday, February 16, 2012

vice versa

aku tak sure la aku ni kasar atau sebaliknya . knape eh kalau masuk clas je aku jadi bukan diri aku yang dan sebenarnya .. ade budak sampai cakap aku macam gangster . tapi bila keluar kelas je berdepan dengan orang ramai automatik aku jadi minie mouse  lembut (lembut ke?) . asik kena pijak je . macam orang yang xtau buat pape . okay secara naluri semua orang akan tau kan boleh perasan kot samada orang percaya atau tak dengan kita . hurmm ... arini banyak sangat benda yang buat aku terfikir . aku ni sebenarnya sesuai ke tak bekerja dengan orang ? berdepan dengan orang ? berkomunikasi dengan orang ? baeklah jujur aku memang suka buat keja sendiri . sebab tak terikat dengan sape2 . basi dah kot klau dengar buat keja sama2 ringan sikit . oh tidak sama sekali . pengalaman sejak sekolah buat aku lebih berhati2 . bukan aku tamak tapi aku sanggup buat pape sendiri kalau partner aku memang jenis xde hati nak buat pape . cuma satu je la . xyah la nak simpan suma credit kat kau sorang ! ingat lah orang laen jugak ! manusia kan .. laen2 perangai . okay aku bukan baek sangat tapi memang wujud orang yang perangai kurang senonoh daripada aku !!! 

ape tujuan aku buat post nih ? lepas geram ..... ! aku xde tempat nak mengadu  . xda husband (merepek!) pakwe ? ohh no0 .. xde . mak abah ? hurmm tak sampai hati nak mengadu .. kawan2 ? aku tau dorang boring kalau aku mengadu pape . dorang pun bukan takde masalah . aku mengaku aku dah semakin jauh ! ape punya manusia aku nih . langsung tak reti bersyukur ! mungkin sebab tu lah hati aku ni asik tak aman tenteram je . stress macam menguruskan masalah dunia . masalah diri sendiri yang lebih berat aku amik ringan je . tau2 dah tersesat jauh ... 

Ya Allah mudahkan lah segala urusan ..... amin .


.:. aku rindu rumah ! family ! kucing2 ! kawan2 tersayang ! rindu kehidupan aku !!!!







Sunday, February 5, 2012

sesi memekakkan telinga

bukan sahaja memekakkan telinga tapi ianya juga bagus untuk melatih vokal seseorang khususnya guru .. hahaa ini takde kena mengena dengan pusat latihan nyanyian ye . tapi projek terbaru sekolah iaitu membaik pulih gelanggang bola keranjang . huhuu korang kena faham la situasinya macam mana . aku nak terangkan pun nanti merepek2 je . tapi yang penting telinga aku yang sensitif bunyi ni memang berdengung la . anak tekak pun cam nak terkeluar sebab lontaran vokal adalah lebih daripada kebiasaannya .



dah ratakan kawasan sasaran . hahaa


tu dia .. datang dah ....

tengah setting tempat ..


okay ready nak muntah ... hahaa simen kuar memang telinga aku da berdengung la ... kuat gila okay!

tu je yang dapat tunjuk . yang dah siap cantik tak sempat lagi nak amik . ni pun aku amik gambar sebab dah tak tahan ngan kerenah budak clas A . clas A okay . fuh ... semangat nak layan . mulut tak reti diam . ape p0wn tak boleh .......








Saturday, January 28, 2012

2 vs 34 !

semalam aku pegi BankIslam nak mintak surat pengesahan akaun . sory to say lahh agak kurang sopan jugak lah pekerja di kaunter itu ye . walaupun aku perempuan tapi aku memang tak suka nak berurusan kat kaunter dengan insan yang bergelar perempuan . huh !! motif sangat dia layan aku macam tuh . dengan sinis dan menjeling bley dia cakap..

dia : takkan tak ingat akaun sendiri buka kat mana.. 
aku : seingat saya, saya buka akaun ni dekat BankIslam cawangan muar.
dia : (dia pandang sinis dekat aku) bukan .
........................................
dia : awak nak tau awak buka akaun ni kat mana ?
aku : kat mana ye ?
dia : dekat TanjongMalim .
aku : ohh pelik betul yer sebab saya buka akaun tu sebelum saya bayar yuran. memang yakin dekat cawangan Muar .
dia : awak belajar kat mana ?
aku : kat TanjongMalim lah .
dia : ha ! sebab tu akaun ni tulis Tanjong Malim.
(ape kena mengena lagipun itu kad atm bank bukan kad matrik) 
aku : ohh special kes lahh tu . pelik ye dunia . thanks a lot .
dia : (tak tengok aku dah)




hello0~ dengan memory aku yang kecik ni aku bley ingat lagi benda penting ni walaupun dah hampir 5 tahun berlalu okay ..aku dah tegaskan aku buat akaun kat BankIslam cawangan muar . aku buka akaun tu sebelum aku bayar yuran nak masuk UPSI . jelas lahh kat surat pengesahan akaun tu aku buka akaun bulan Jun 2007 . hello0 kak aku daftar UPSI yg kat TANJONG MALIM tu pun bulan Julai . 1st time tu lah aku jejak kaki kat sana . celah mana aku bley buat akaun tu kat sana kan . pikir baek dulu beb sebelum sinis dengan aku ! haih baran je .... tak pasal lepas blah dari situ elok je kaki melangkah ke pusat latihan nyanyian (alasan je) . elok kan still kul 12 . maknanya bley dapat free 1 jam . hambek kau 2 jam lah kau melalak meraung dalam tuh ... hahaa kesah aku . yang penting lepas geram . seb baek murah . ok lahh rm13 untuk 2jam . bilik pun gila selesa kot . bersih suci murni .


ke hujung dunia
tanpa
andai
rela
cinta mukabuku
sampai menutup mata
beribu sesalan
pokok
dia
ku mohon
kerinduan
ada untukmu
sinaran
grenade
madah gerimis
mimpi laila
rindu bayangan
dedebu cinta
i turn to you
voice within
call me when ur sorber
my immortal
fall for you
take a bow
grenade (again)
white flag
i do
awan nano
bertakhta di hati
dan sebenarnya
matahariku
halaman cinta
my heart
sampai menutup mata (again)



cukup lah 2 jam aku melalak sorang2 semalam .. mak aih . terkeluar nak tekak. tenkiu la kat askar kecik sebab taknak men'sumbang'kan suara/lagu . puas tu memang puas . hoho0 ilang la stress sikit . tapi baran datang balik bile aku pegi McD . perempuan jugak . haih .... serabut ! dah la aku berkejar sebab nak kejar sebelum kul 3 last2 kau buat aku macam tuh . malas citer panjang ah . sakit ati !!!!

   
camni la aku sekarang .. hahaa







Saturday, January 14, 2012

rindu sangat !

aku rindu gitar dirumah sebab tu aku ngada2 buat post nih . sedang aku duk tunggu Kak Ita untuk kerjakan kebun siang tadi . baru aku terfikir bestnya kalau dapat men'sumbang'kan lagu time2 boring nih .. tapi aku rase memang aku takkan dapat bawak kesayangan aku kesini la . mati kena halau kang aku tak jamin la aku dapat merempat kat mana nanti . tapi tengah borign2 tu baru aku perasan kan benda nih .. aiyak !!


versi kecik namun cukup untuk mengubat rindu . (cehh bajet hebat !)

takpelah balek umah nanti dapat lah main lagi ... huhuuu moga2 tak jahanam gitar aku kat umah tuh .. ya memang murah . tapi tetap duit aku bukan .. hahaa







saye rase saye chumel !!

ehek2 .. akhirnya aku dapat buat kunci ! weho0 ~~  biarpun agak terkedu . tapi ianya rm10 yang berharga . kunci kebebasan gitu~ hahaa riang gila aku . pape pun petang tadi lepas koko rehat jap kakak umah ajak pegi tesco buat kunci . maka berangkatlah kami ke tesco . sebelum tu nak soru dulu . makan lah . haha kebulur dah aku . niat murni nak makan McD . tapi sayangnya takde pulak . yang ada hanyalah KFC . aku pun tanpa segan silu dengan muka kebulur menuju ke situ . dengan yakinnya order nasi ayam . hehee gila teringin kot . 4 ari aku puasa cuma makan karipap depan sekolah yang sangat cun gila sedapnya tuh . hehee . karipap rm2 .. karipap rm2 .. arini yehaa dapat makan nasi ! sekali nasi ayam KepC uo0lss~ jakun gila ! dah kenyan maka berarak lah kami cari tukang kunci . halamak tukang kunci sudah bertukar menjadi CoolBlog pulak . apa???CoolBlog?? hahaa kenyang bukan satu alasan yang bijak . maka aku pun dengan riang (sekali lagi) order la chocolate oreo . then disebabkan tukang kunci dah berpindah kat Giant maka shopping barang2 je la kat tesco ni.. aku letak la CoolBlog aku dalam box sebab tak sentuh lagi kn ..

teheee ~


puas kesana sini ... beli la barang keperluan yang aku tak bawak . puas dah banding2 harga suma .amik yang perlu je . kononnyer la ... hahaa tapi duit sekarang kan kecik nilainya . beli sikit je dah abes bape puluh hengget ... hamik kau .. tersedak ... ahh punya la terkedu sampai menonong je keluar .. haha dah turun tingkat bawah baru perasan . omak kau ! chocolate oreo aku !!! hahaa poyo gila . seb baek lom sampai umah . cehh belum sentuh kot .. sayang gila dah la rm4 lebih ... mane bley tinggal cam tu jer ...

sila abaikan pembungkus hijau tersebut . fokus pada mandian baby itu . hik3

mandian baby itu sangat comel baunya .. hahaa setiap kali mandi aku mesti rase comel . pureen hijau . yess !! harga pun murah berbanding mandian adult yang laen . so0 memang tepatlah pilihan aku tuh . 










Sunday, January 1, 2012

tempat yg paling aku gemari tapi kedingannya aku benci

aku rindu tempat ni ..
aku juga rindu saat2 camni (nampak tipu sangat ke ?)


time ni aku tak berpura2 ye . (hahahaaa #pang!tampardirisendiri)


last2 ...


ni la yang aku buat dalam tandas bila dah tak tahan sejuk sangat .... (hp tu sangat kenangan okay~ huhuu rindu ia) 



skrg dah takde nk g library dah .. tapi sejuk tu yang buat aku berfikir banyak kali nak pegi .. tak tahan wo0~ tapi aku sangat suka tempat tersebut sebab line internet yang sangat laju . hahaaa





- kan dah teringat2 zaman slim muda remaja . huhuu



HAPPY NEW YEAR !!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...