Friday, January 31, 2020

Celcom tetap dihati

18 Disember 2019 memang satu sejarah dalam hidup. sebab buat pertama kalinya aku nekad untuk tukar dari prepaid kepada postpaid. hahaha nampak macam benda kecik kan? no no no. dah 31 tahun aku tetap dengan ego. haha tapi akhirnya kecundang juga. line masih sama. masih setia dengan CELCOM. dah 13 tahun aku dengan celcom. pakai line celcom start masuk UPSI. dan masih lagi nombor yang sama sampai sekarang. sebelum UPSI aku pakai line maxis. aku tukar nombor dengan tukar line terus. sebab bila kita nak buang kenangan pahit. so apa2 je yang ada kaitan kita kena buang teros. so stay lah line dan nombor yang sama sampai sekarang. insyaAllah..

disebabkan sejak kahwin ni aku memang pengguna tegar phone. taktau kenapa. dulu aku tak bape suka pegang phone. kalau kat rumah kadang2 sampai tak cas pun phone tu. tapi mungkin sebab bosan. aku dari dulu bukan jenis tengok tv sangat. bukan penonton tv yang tegar. jarang2 sekali. dan sejak kahwin jugak aku aku dah jarang tengok cerita kat laptop. drama pun tak tengok. mudah bosan. bila time sekolah balik rumah je terus tido. sebab takda benda nak buat selain perkara2 rutin biasa. bila cuti pulak memang lagi lah takda benda nak buat. sama je macam duduk sorang2.

so sekarang ni memang banyak lah data aku kena guna. kalau time sekolah memang aku fully guna data sebab aku mengajar memang selalu akan guna youtube, google maps dan sebagainya. so bila kira2 kalau aku pakai prepaid memang dalam rm150 sebulan untuk data. tu pun dalam 30GB data je. memang tak cukup. haha so bila ada offer nih 40gb data dan 100gb untuk youtube dan hanya rm88 sahaja sebulan. ape lagiii amik lah. haha rezeki. berbulan2 aku tangguh sebab kat area rumah ni jauh celcom centre. parking susah. so bila cuti haritu celcom centre sekangkang kera je kat Kangar. memang aku tunggu gaji untuk buat.

kenapa tunggu gaji? haha satu, sebab nak habiskan data yang ada. dua, sebab aku ingatkan ada upfront payment. sebab Fariz cakap dia buat kena bayar awal tu rm300++ tapi bila aku guna goverment plan tu free je rupanya. hanya bayar rm30 untuk proses daftar. kena bayar tu je. dah la aku dah ready awal2 rm300. haha sebagai orang yang jarang pegang cash memang seram nak pengang duit banyak2 tu. bila tukar line ni dapat phone free. mula2 memang nak beli phone sangat sebab tak tahan guna phone lama tu. bila dah dapat phone free ni tak jadi lah beli phone baru. jimat duit.

semoga yang baik2 saja lah bila pakai bil ni. kebaikkan yang sangat best ada dua. call free dan boleh tengok youtube sesuka hati. yeayyyyy !

seksinya warna merah hihihi










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...