Sunday, November 12, 2017

Cukup Bersyukurkah AKU?

setiap kali ada moment2 yang menyentuh hati..duduk sorang2 mesti akan muhasabah balik diri. entahlah bila dah meningkat usia ni.. selalu terfikir.. cukup berbuat baik ke aku? cukup bersyukur ke aku ni? aku ni umat yang baik ke tak? pekerja yang baik ke tak? aku ni anak yang baik ke?

Image result for cukup bersyukurkah aku
sumber gambar : google

tapi setiap kali tu memang rasa kerdil sangat. tak! semua tak cukup lagi ! kadang2 time2 berfikir tu boleh tetiba keluar air mata. nampak sangat kan memang rasa berdosa. lagi2 kalau fikir aku ni anak yang baik ke kat Mak Abah? kalau difikir balik memang aku yang nampak paling tak rapat. bukan tak rapat tapi kalau dibandingkan dengan adik beradik yang lain aku ni paling tak rapat lah. 

satu sebab paling ketara memang aku bukan orang yang pandai tunjuk ape aku rasa. klau ada pape rasa tak puas hati ke apa aku diam je. marah ke suka ke. suruh ape pun aku buat je. bagi aku, aku takda hak nak buat semua tu. tapi itu dulu lah.. sekarang ni bila dah meningkat usia aku ada lah tunjuk semua tu. bila dah kerja ni dah duduk jauh setiap kali balik mesti rasa bersalah sebab macam takda buat pape untuk Mak Abah. dah la sekarang jarang balik. 

satu lagi aku rasa perangai paling teruk memang aku jarang2 call. entah aku pun tak tau kenapa. kadang2 dah seminggu baru aku ingat nak call. bila tengok orang lain selalu call parent dorang aku rasa teruk sangat ke aku ni? berkira sangat ke aku ? aku takot kalau2 aku selalu call Mak nanti aku ada salah cakap ke. aku ada mintak bukan2 ke... aku ade suruh buat pape ke.. malu. kadang aku tak mintak tolong pun tapi Mak kan.. dia tau kot bila anak dia susah. tetiba call tanya nak citer pape tak. eh memang aku tak citer lah.

bila dah kerja dah pegang duit sendiri memang aku sedar hidup bukan makin senang. makin susah. makin banyak cabaran. dulu cita2 nak belajar tinggi nak kerja memang satu je nak bagi Mak Abah senang. sebenarnya time tu tak terfikir pun senang dari segi apa. tau senang je. tapi sekarang baru sedar ape 'senang' yang aku cuba nak capai tu?aku pun tak tahu..cuma yang aku tahu aku kena buat Mak Abah supaya senang fikiran. tak pernah risau nak fikir pasal aku. 

masa awal2 kerja selalu aku dengar orang cakap dah kerja pun rumah kecik. bukan orang luar je..ade jugak family sendiri yang cakap macam tu. paling best ada sorang pakcik jual aiskrim ni sampai sekarang aku ingat kata2 dia.. "kereta besar (besar la dari kereta amik lesen) tapi rumah nak roboh." aku cuma harap anak pakcik tu tak macam aku lah. agak pada fikiran dorang tu kerja kerajaan ni tiap2 bulan dapat sekilo emas kot. amin.... tapi bukan taknak buat awal..aku nak belanja Mak Abah puas2. nak biar duit mengalir macam air. cakap je nak apa. tak cakap pun aku beli je. yelah nak dibandingkan aku baru keje berapa bulan..berapa tahun..memang jauh sangat nak dibandingkan Mak Abah dah berhabis untuk aku berapa puluh tahun. yelah. memang Mak Abah tak pernah mintak balasan tapi tak tau lah.. malu sendiri kot.. 

so bila aku rasa tak tahu nak belanja ape lagi..sorang lagi adik pun dah kerja baru aku start buat rumah. buat yang termampu je. bukan banglo besar. cukup lah rumah besar sikit daripada dulu. semua pun dah besar. tak muat rumah. baru dua tahun lebih je pun.. tapi alhamdulillah la. tercapai jugak aku nak buat rumah walaupun sekarang selalu memang kesempitan duit untuk belanja diri sendiri. alhamdulillah benda lain masih boleh settle. haha tak boleh nak merungut . bersyukur la Allah bagi rezeki semua nih. kalau tak mana nak dapat? ada duit guna sebaik mungkin. takda duit buat cara takda duit. kena selalu ingat masa membesar dulu Mak Abah ada tak belanja untuk diri dorang sendiri? sekarang malu nak belanja makan Mak Abah pun berkira. padahal dulu hari2 dorang bagi kita makan. malunya aku ya Allah.. aku takut.. sebab bila kau kedekut dengan parent kau.. rezeki kau nanti jadi sempit.

Mak Abah ada 4 anak kot.. walaupun 4 je tapi dengan pendapatan Abah tu memang nampak tak cukup. tapi kadang2 aneh jugak. bila nak guna duit memang ada je. takda la guna duit tu banyak..sikit2 je. tapi mungkin memang betul..kalau kita buat baik dengan orang insyaAllah Allah akan jumpakan kita dengan orang yang baik2.. hidup dimudahkan walaupun tak kaya duit tapi kaya banyak lagi benda lain. inysAllah. Alhamdulillah..jangan banyak merungut. bersyukur je. sikit ke banyak ke. paling penting buat baik dengan orang tanpa syarat. 

aku harap aku ni orang yang baik.
aku harap aku ni anak yang baik.
insyaAllah akan sentiasa cuba yang terbaik untuk jadi baik.
harapnya lah..
amin..
ya Allah peliharalah keluarga kami dari fitnah dan segala jenis kesusahan..
pelihara hati2 kami..
jadikanlah kami orang2 yang sentiasa bersyukur..
amin...

#buatbaiktanpasyarat

sekian.. 


Friday, October 20, 2017

Laksa Sarawak

Cuti kali ni macam takda masak pape yang memerlukan kegigihan yang lebih. so aku decide nak masak laksa. mula2 Nad dengar laksa dia ingat aku nak masak laksa Johor. eheh nono.. kali ni kta cuba something yang lain. disebabkan hari tu dia ada pengalaman buruk makan maggi laksa sarawak yang mana mungkin kami salah masak la sebab memang teruk sangat rasanya. so agaknya dia trauma kot. no Nad kau belum rasa real laksa lagi. haha Nurul pun dah lama suruh buat. tapi aku guna pes yang dah siap je pun... hahahaa bukan buat sendiri. Pes pun dapat dari Put. ada orang tu aritu pegi Kuching tapi tak belikan pun pes ni. yelah tak kirim katanya. tapi renyah jugak la nak sediakan benda2 sampingan yang kecik2 tuh.

penyedap pelengkap rasa

tapi aku memang puji la kegigihan kami sekeluarga. haha lapar punya pasal. sangat tak susah pun sebenarnya nak masak. ikut je cara dalam paket tu for sure jadi. sedap. aku recall balik je la rasa laksa ni bila aku makan laksa sarawak yang Put masak. agak2 sama lebih kurang rasa kuah tu cun lah. biasanya  Mak taknak benda2 pelik 1st time nih. tapi hehehe bertambah2 la pulak. aku sure bukan sebab lapar lah. sebab lepas tu pun Mak makan lagi. so okay next time boleh buat lagi. aku memang suka. so kalau gigih lagi boleh la masak lagi.

                            kosong                                  berkuah                              

aku honestly memang tak kesah nak cuba makanan baru dari mana2 pun asalkan sedap. kalau senang aku buat sendiri sebab nak makan banyak. haha try la eh. nak senang guna pes je la. macam aku. terpulang la jenama ape pun. tapi aku guna HJ.MANAN.

sumber gambar : google


tak amik gambar pes. google je la. hihi

sekian..









Saturday, October 14, 2017

JalanJalan JB


Benda jarang2 berlaku ni kadang2 seronok jugak. percutian tiba2.. haha percutian la sangatt...dah lama Mak Abah nak pegi JB naik bas. ape tah yang seronok sangat. aku malas naik bas. sakit badan.tapi takpelah dah dorang sanggup. budak kecik tu pun follow jugak... Nurul je yang dah datang dulu hari Khamis. tapi tak banyak tempat pun boleh pegi sebab Nad kena g skolah hari sabtu. mural tak settle lagi katenye..

So pagi Ahad Mak Abah dan Nad naik la bas paling awal ke JB. tapi sampainye tak awal sangat lah. macam jauh sangat Muo ngan JB tu.. so sampai2 je terus la pegi ZooJohor. Nad dah lama nak sangat pegi zoo termurah di Malaysia tu. murah bukan sebarang murah eh.. dalam haiwan sihat2 semuanya.. gemuk2. haha walaupun tak banyak sangat haiwan tapi ok lah. daripada pegi tempat mahal2 haiwan banyak tapi tak sihat. baik pegi ZooJohor ni je. tiket masuk pun cuma rm2.




trip kat ZooJohor ni tak makan masa sangat pun. sejam je... mungkin tak sampai sejam pun haha. tak penat sangat pun. tapi berpeluh jugak lah. naik turun tangga. tapi puas. hehe lepas pegi ZooJohor terus carik makan. lepas makan pegi rumah makcik dekat Dato' Onn. sebelum tu singgah jap Aeon Dato' Onn sebab tuan rumah tak sampai rumah lagi. nak jalan2 lagi tapak kaki macam nak pecah. 



Hari Sabtu kami pegi JPO je. saje jalan2. masuk pun kedai yang mampu beli je. haha kedai Bath&Body Works dan kedai cokelat je pun. kedai lain taknak lah. bukan beli pun. ada lah beli sket2 barang. nak layankan Nad nak pegi sini je. tak boleh lama pun sebab Nad nak kena pegi sekolah. Nurul pun kena balik UTHM. ada program. so, balik lah kami. Maka berakhirlah cuti2 pendek kami. hihihi sebenarnya bukan cuti2 sangat lah. jalan2 je pun. jadilah dari takda.

Sekian..















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...