Thursday, December 31, 2015

Tahun yang sendu

tahun ni paling sikit post dalam blog nih..
memang sendu la gamaknya..
cepat sangat lah masa berlalu..
tau2 dah hujung tahun.
haritu pun sebenarnya ada masalah nak log in blog ni
selalu guna ipad je
ni ipad dah reset setting so dah xleh auto log in.
hahaha
bukannya aku lupa password.
mana mungkin lupa lah..
selagi CintaHati masih tersemat dihati...
takkan mungkin aku tukar password.
haha

harapnya lepas ni jadi rajin post dalam blog nih..
yelah..
memang la takda orang baca pun..
tapi buat kenangan lah.
ada benda bila aku tengok balik blog ni aku tak ingat pun benda tu berlaku.
tapi bila letak dalam blog semua jumpa balik.
patut semua benda penting yang jadi aku post dalam blog.
so aku tak lupa.
gambar pun tak hilang.
hihi

Selamat hujung tahun..
esok pulak Selamat Tahun Baru..
hehe



Tuesday, October 13, 2015

SelamatHariLahir H.K

Selamat Hari Lahir CintaHati..
Doa tak putus untuk kau selalu bahagia..
walau dengan siapa pun pilihan hati.

"selamat ulang tahun kelahiran..

moga dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
ditemukan jodoh yang solehah.."


Ya Allah...

Kalau dia jodohku dekatkanlah...
Kalau dia bukan jodohku dekatkanlah juga..
Aku sentiasa menunggu dia Ya Allah..
Amin....

Sunday, October 4, 2015

KONVOKESYEN FARIZ

TAHNIAH !
MOHD FARIZ BIN MAAROF


punya lah kalut nak menyiapkan drama queen nih pepagi buta memang boleh buat meletop kepala otak lah. hahaha dah la aku gerak seawal pagi dari Serom. dengan jerebu lagi dengan kabus lagi. fuhh tawakal je masa drive tu. yang aku tahu aku nak sampai sebelum pukul 7. haha dan memang kteorg sampai sebelum pukul 7. yelah nak gerak pukul 6 tapi ada yang drama pagi2 buta memang lambat lah gerak. so sampai2 je Fariz dah tunggu kat tempat parking tu. siap2 kan dia then gerak masuk dalam dewan. rezeki betul lah sidang 1 ni Sultan Johor yang sampaikan scrol. pastu aku dapat menyelit masuk sekali dengan Nad. hehehe mungkin sebab tak ramai kot eh dorang bagi je masuk semua. alhamdulillah rezeki.


so habis sesi ni dalam pukul 12 lah macam tu. keluar dewan tu masih lagi jerebu teruk. Nurul pun muncul setelah bertapa kat library. haha memang panas gila time nih. hidung pun dah tersumbat. rasa kotor gila udara. yelah aku dah berapa hari jerebu teruk kat JB. balik ke Serom lagi teruk. ParitRaja pun teruk jugak. pening betul.


maka berakhir lah zaman hantar jemput sampai ke dalam. hahaha harap2 Nurul pandai2 lah cari jalan nak keluar ke AyerItam supaya aku tak gigih sampai ke dalam. penat oii dah tua nih. haha selamat maju jaya lah bila keje nih ye Fariz. haha 


Thursday, July 23, 2015

SYAWAL 2015

tahun ni tema merah mak ngah kaw2...
terang mata...
alhamdulillah...masih lagi dapat beraya dengan family...
sapa kata single tak bahagia?
eh ehhh



lepas amik gambar wajib raya..
kami gerak la ke rumah atok..
atok belah Abah...
kesian atok tahun ni..
raya2 sorang2...
tak tahu pun...ingatkan ade orang balik malam tadi...
sampai2 je senyap sunyi rumah...
lepak jap la dengan atok..
makan2.. set up ape yang patut...
ermmm sebenarnya tak pernah lagi aku tengok atok beraya sorang2..
sedih jugak lah...
tapi kental beb...takkan nak nangis...
tapi best jugak...
boleh amik gambar dengan atok...
pastu bila ada makcik2 yang start sampai...
kami gerak la gi umah atok belah mak pulak...
eh beraya rumah mak long dulu...then baru gerak g umah atok.



umah atok belah mak memang ramai sket orang..
sedara mara pun ramai datang..
lepak ah...sampai tertido..
lewat petang balik rumah semula..
seb baik kampung dekat2 je..hahaha
sekian lah untuk hari ni...

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
mintak halal makan minum ye...



Saturday, April 11, 2015

Beautiful Berries

Ada satu beri yang Abah tanam kat rumah kat kampung tu. dulu masa pokok tu kecik memang berebut nak makan. tapi sekarang pokok tu dah besar gila. memang tak termakan. biasa buat jem je. dan banyak jugak petik bagi kat orang. aku pun selalu bawak pegi balik JB. bagi kawan2 rasa. sedap. aku suka makan bila belum ranum. tengah merah2 lagi. masam sikit. tapi bila dah betul2 ranum akan jadi warna hitam gelap dan manis. yang tu aku tak suka. buakan blueberry. bukan strawberry. bukan juga rasberry. tapi... MULBERRY.


harapnya tahan lama la pokok ni. alhamdulillah... dah bertebaran dah. sebab Abah banyak buat anak pokok. aku bagi2 kat kawan2. biar semua orang dapat ras. tak payah aku petik dari pokok lagi. haha makan fresh paling sedap. kalau dah masuk peti ais dan tak berapa best. biar petik sendiri dari pokok terus masuk mulut. tapi paling best kalau petik dan makan pagi. lepas berembun tu paling syok. kalau dah petang dah kena matahari tengah hari takut makan tu ada macam2 protein dalam tu. haha

Selamat makan.



Saturday, January 31, 2015

Oglio Olio

salah satu pasta yang memang menjadi kegemaran aku - OGLIO OLIO . yess! simple oglio olio. terpaling senang dan terpaling lazat. selalu jugak masak sendiri yelah aku tak paham kenapa kat kedai tersangatlah tak masuk akal harganya. olive oil+garlic je kot... tapi ada satu tempat memang aku takkan order lain. memang oglio olio sahaja. aku dah rasa kat kebanyakkan tempat. tapi memang satu tempat ni sedap sangat lah. memang ikut selera aku. walaupun harganya...... tutup mata lah. nak makan. mahal.. so cari tempat yang betul2 berbaloi. dan tak pernah mengecewakan. (over kan?)

yummeh
mana nak dapat ni? senang... PIZZAHUT.
hahaa yup. dapat ni pun dah boleh senyum lebar happy nye....
try lah.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...