Wednesday, September 25, 2013

BERHENTI..

Hanya kerana sekeping gambar..
sekeping je...
aku pun merisik khabar..
merisik betul ke CintaHati dah berpunya..
bertanya pada orang yang betul.
yang berkaitan..
jawapan tak pasti.
tapi bila terpandang status orang yang berkait tu memang sah.
memang terbukti.
CintaHati ada kekasih hati.
bukan orang lain.
bukan orang asing.
kenal tapi tak akrab.
cuma sahabat kepada sahabat.
sahabat yang dirisik khabar..

kecewa tu jangan kata lah.
tapi nak buat macam mana.
itu pilihan dia.
kita bukan sapa2..
kita hanya pencinta.
pencinta yang setia.

mungkin aku patut berhenti..
bukan berhenti untuk mencinta..
tapi berhenti untuk menunjukkan cinta.
kita doa dari jauh.

apa yang dia beri aku terus pulang..
tanpa kata apa2..
biar aku terus senyap.
aku senyap kerana aku tak kuat.
semoga satu hari nanti terbukalah pintu hatinya..
buka untuk terima aku seadanya..

Ya Allah.. aku cinta dia.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...