kalau Ramadhan tahun lepas aku buat surprise kat MakAbah untuk buat rumah baru kan.. hehehehe tahun ni ada surprise lagi. sikit je la. tak banyak pun. aku cakap kat Abah tempat sidai baju yang dulunya tempat parking motor tu aku nak buat bilik yang besar sikit. bukan bilik tido. tapi bilik macam tempat letak baju ke sidai baju ke stor ke. pape je lah. sebab nak samakan besarnya dengan dapur. sedih pulak bila tengok tempat sidai baju tu nak dirobohkan. sebab tempat tu la kami buat tido masa buat rumah tahun lepas. hahaha rasa kelakar pulak. bila rumah dah siap tengok betapa keciknya tempat parking motor yang Abah dah dindingkan dengan papan dan jaring. macam tak caya sepanjang 2 minggu aku ngan Nurul kat rumah tu kami bergilir2 tido kat situ dengan Fariz. haha nyamuk takyah citer laaaaa.. alhamdulillah Allah lindungi kami dari perkara2 yang mengerikan. hehehehe
21.4.2017
keadaan asal bilik kecik tu |
so projek kali ni ada banyak jugaklah. alhamdulillah ada rezeki sikit.
1. bilik baju (buat sendiri)
2. cat ruang tamu (buat sendiri)
3. licinkan lantai ruang tamu (upahkan orang)
4. pasang mozek beranda (upahkan orang)
aku tanya Abah nak upahkan orang ke buat bilik tu. sebab terlanjur nak suruh orang licinkan lantai kan.. nak pasang mozek bajet tak cukup. bajet cukup untuk pasang mozek kat beranda je. hehehe setahun jugak lah peram tu. dah nak raya lagi baru sempat nak suruh orang buat. Abah cakap takpe Abah boleh buat slow2.. jimat sikit. sebenarnya lebih kurang je. tapi dah Abah insist kan.. biar je la. Abah seronok kalau ada benda boleh buat sendiri. aku sediakan je barang yang nak guna. BANKER. hahaha takpelah.. asalkan MakAbah selesa. so, pertengahan bulan 4 haritu Abah ukur siap2. aku balik2 tengok Abah dah siap dirikan tiang. aku cakap lah buat slow2 sebelum puasa dah siap so puasa nanti takdalah penat2.. tapi memang tak lahhhh hahahhaa awal puasa jugak start naik dinding tu.
banyak kos yang dah cut. antaranya bumbung tu memang guna zing rumah lama yang masih elok je. tiang semua guna tiang rumah lama jugak. so untuk kayu bumbung, bumbung dan tiang rumah memang tak keluarkan kos. dinding pulak guna dua ikat batu bata je. sebab guna tingkap nako pun 3 bingkai.. so memang dah jimat sikit. lain2 tu batu dengan simen je la. beli sikit2 so tak terasa sangat. so Abah start naik dinding tu lepas ruang tamu dah siap simen rata. so relax2 je la Abah buat sepanjang bulan puasa tu. cuti awal ramadhan tu kteorg cat dalam rumah. Abah buat bilik belakang kteorg macam nak mati cat dalam rumah. hahaha drama je lebih. tukang rumah settlekan rumah lain dulu sebelum sambung projek pasang mozek untuk beranda depan rumah. so by the time mozek siap, bilik belakang tu pun siap lah.
5.5.2017
26.5.2017
sehari sebelum puasa lantai rumah dah siap simen licin. so raya nanti takda lah lantai kasar2 lagi. tinggi betul dorang simen huhuhu |
27.5.2017
Gebu jadi peneman setia Abah |
28.5.2017
sebelum |
selepas |
9.6.2017
cantik tak? hehehe |
alhamdulillah luas boleh bergolek2.. Abah siap buat pintu untuk anak bulus lagi hehehe |
tapi projek Ramadhan kali ni takdalah siap tu last minit.. ada lah masa bertenang sebelum raya tu haha alhamdulillah semua jadicumanya harap2 takdalah projek Ramadhan 2018 pulak nanti. kalau nak buat pape pun biarlah selain bulan puasa Sazzy oiii hahahaha PENGSAN.
sekian untuk update kali ni.. huhu
No comments:
Post a Comment