setiap kali jalan2 mesti rasa taknak beli pape sebab sayang nak keluar duit. dengan masalah kesihatan sekarang ni memang aku lebih prefer untuk pergi shopping complex hanya untuk beli barang yag telah dirancang sahaja. bukan window shopping. kalau jalan sikit2 takpelah. jalan slow2.. lagipun sayang nak keluarkan duit yang tak berapa nak ada ni..haha
aku jarang beli baju..tapi kalau beli memang banyak terus. sebab lagi murah. jarang beli kasut kecuali sneakers..senang nak bergerak. itu pun tunggu jumpa yg rm30 kebawah. memang jarang beli barang untuk diri sendiri. pastu peliknya duit ntah kemana pun tak tahu. haha
tapi kalau beli buku memang ringan je tangan nak membayar..lebih2 lagi kalau jumpa buku Nicholas Park nih.. nak cukupkan koleksi.. aku baca okay...walaupun kebanyakkannya memang aku baca yang download version punya..kalau ada movie aku tengok sekali..beli novel ni untuk cukup syarat je..tapi kalau time tu still mahal aku takde la nak beli..tunggu time promosi baru beli.
tadi sebelum pegi airport sempat singgah kat QueensbayMall. dengan kaki sakit gila aku gagahkan jua melangkah kesana.. ternampak lah dua tajuk yang masih belum ada lagi. satu dah lama keluar..satu lagi tak berapa lama sangat lah..dan dalam harga promosi..nak beli dua2 duit tak cukup.. takkan lah CintaHati nak belanja pulak kan...dia pun entah hilang kemana..tapi baik pilih yang dah lama keluar..takut tak jumpa lagi.hihii tapi banyak betul koleksi NS kat kedai buku nih..mungkin tak ramai yang nak baca. lain kali kalau datang sini nak beli banyak2..
aku pilih yang kiri |
hmmm..berat nak lepaskan 'Two By Two" ...tapi apakan daya..kewangan tak mengizinkan..rasa ralat betul..tapi oklah..flight sejam dapat da abeskan beberapa chapter..haha bagus jugak naik flight nih..baca buku tak pening..aku tak dapat bayangkan masa depan nanti insyaAllah kalau berdating dengan CintaHati lagi. dia suka tengok baju...aku tak suka.aku lebih suka tengok buku..yang ni aku tak sure dia suka ke tak.tapi bila tengok pada missing in action tu..paham2 je laa...haha
berat hati nak tinggalkan buku ni tapi lagi berat hati ni nak tinggalkan CintaHati..alhamdulillah berjaya aku harungi dua hari ni..huhuhu dengan kesakitan yang tak dapat digambarkan dengan kata2..banyaknya kelemahan aku ni..banyaknya salah yang aku dah buat..kau ikhlaskan hatinya untuk terima aku seadanya ya Allah..bukakan hatinya untk maafkan apa sahaja salah yang aku buat ya Allah..
Ya Allah Kau jagalah dia..
Ya Allah Kau jagalah dia..
No comments:
Post a Comment