Thursday, May 10, 2018

PRU14

tahun ni kali kedua aku mengundi. walaupun hari mengundi jatuh hari rabu, aku sanggup berkorban untuk balik ke kampung halaman..lagi2 bila sekolah diumumkan cuti ganti pada esok hari selepas mengundi..lagi berkobar2 nak balik..huhu mental dan fizikal memang dah ready untuk menempuh jem yang difikirkan dahsyat. tapi alhamdulillah..berkat cabut terus selepas sekolah tak jumpa jem langsung.. fuhh memang rezeki..tapi sebab amik Nurul kat uthm maka ada delay la sikit masa perjalanan tuh.. tapi sebab penat gila lah so memang mengantok gila..alhamdulillah selamat sampai je..huhu

kami berempat tak sama tempat mengundi..mak abah di Serom 8, aku kat Serom 5 dan Nurul sebagai pengundi kali pertama kena mengundi kat Serom 3.. bayangkan lah perjalanan kami..haha 7.30am aku dah hantar Mak ngan Abah kat pusat mengundi tu..biar dapat giliran awal so nanti boleh uruskan nenek pulak. aku terus menuju ke pusat mengundi aku. Nurul standby kat rumah je dulu..sebab ikut logik tempat mengundi dia banyak saluran so tak perlu tunggu lama lah.

so aku sampai dalam 7.35am..yelah dekat je tempat pusat mengundi kami..hihi stay dalam kete jap..memang takda orang lagi. so 7.45am aku masuk ke dalam..sebab dah semak on9 malas lah nak semak lagi.baik terus beratur je..aku orang yang ketiga.. time tu lah...lepas pukul 8 dah jadi orang yang ke 20..huhu macam2 sebab..aku sampai punya awal tapi 8.45am baru boleh mengundi..sedangkan Mak ngan Abah 8.05am dah settle..huhu

lepas settle mengundi aku pergi amik Mak ngan Abah..time tu pun nenek dah settle jugak..singgah rumah nenek kejap then terus amik Nurul untuk pergi tempat mengundi dia pulak..dan memang macam aku jangka..kejap je proses kat tempat dia. dalam 15minit dah settle..5 tahun lepas aku mengundi kat tempat Nurul..memang kejap je pun sebab ada banyak saluran. 

kami sudah #PRU14

bila dah settle semua pastu tak tahu nak kemana..haha hajat dihati nak makan kek tapi kedai kek tak bukak lagi.. yelah belum pukul 11.00 pagi pun..so cari tempat makan je lah. kebetulan tempat makan favorite kteorg bukak pulak..hihi ape lagi.. mencekik la kat situ..dah kenyang balik rumah..tido puas2 nak jana tenaga untuk live update keputusan pilihanraya..

dan dikala ini aku masih lagi setia menunggu apa yang akan jadi dengan kerajaan Malaysia..ni rekod paling lama lah. hahaha hope for the best. amin....







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...