kali pertama kena marah dengan lelaki bukan darah daging sendiri..sampai sekarang aku rasa trauma.. leceh la macam baik sangat tak pernah kena marah..? yup.. aku memang jarang kena marah. aku takkan cari pasal sampai ada orang boleh marah aku. seingat aku sekali je Abah pernah marah aku depan2. belakang2 aku tak sure lah sebab takda sape bagitahu.. depan2 memang sekali je tu pun masa aku sekolah rendah. sebab bangun lambat nak pegi sekolah. kau bayangkan dah hampir 20tahun tak pernah kena marah dengan Abah..lepas yang sekali tu aku memang bersungguh2 kekalkan prestasi aku tak kena marah. haha setakat bebel2 lambat siap pegi sekolah tu biasa lah. tapi tak sampai tahap Abah marah. lagipun Abah penyabar. huhu
bukan macam budak 3 orang lagi tu.. memang selalu minta kena marah.. emm kalau dengan Fariz selalu je kena marah sebab aku pun tak pasti sangat.. sebab dia tu emo selalu marah tanpa sebab.. so macam dia marah ke tak marah ke aku pun tak berapa dapat nak beza. kadang2 lepas ngamuk2 dia boleh ketawa. tapi dengan adik2 aku biasa lah dia marah. aku perati je lah. kadang aku tambah perasa lagi.. tukang jadi setan menghasut lagi.
aku pulak memang suka marah. dengan ape pun aku boleh marah. orang ke haiwan ke. yang penting aku ni panas baran. tapi cepat panas cepat sejuk lah. klau kat sekolah pulak sejak menginjak usia 30 nih memang takda marah tengking2 dah. klau marah sangat aku terus diam je.. tak pun aku bebel dalam nada yang slow sampai semua orang dalam kelas diam. penat la marah bersungguh2 ni. sekarang ni slow talk je.
sebab tu bila ade orang marah aku itu memang satu wake up call lah..terkejut sebab tak biasa..yelah dah berapa tahun aku ni dikelilingi oleh orang yang sama je. macam awkward la bila berada dikalangan orang yang baru kita kenal. so bila kena marah aku memang menggigil...lebih2 lagi memang salah aku.. jatuh air mata ego aku beb.. aku tak biasa benda2 macam ni berlaku dalam hidup. terkedu. tak tahu nak kata apa. kalau kena marah depan2 aku rasa aku boleh pengsan terkejut lah. serius aku cakap nih.
yelah aku ni kan boring lagi memboringkan..so bila ada benda yang jadi tiba2 ni badan memang takleh nak adjust..trauma.. sehari kat sekolah nak habiskan waktu nak sampaikan 2.30pm tu lutut tak abes ketar lagi.. macam big deal sangat kan...yesss big deal untuk aku.. sangat2..tetiba rasa jiwa ni kosong. nak call mak tak boleh. mak ada hal lagi penting. kau bayangkan macam mana aku nak tunggu abes sekolah tadi. drive pun fikiran menerawang..mujur selamat sampai rumah.
#kembalitakyakin
#takmampuhadapirealiti
#takkuat
#lemahlutut
#betullahakujahat
#akusombong
#akuteruk
#kembalitakyakin
#takmampuhadapirealiti
#takkuat
#lemahlutut
#betullahakujahat
#akusombong
#akuteruk
No comments:
Post a Comment