Benda jarang2 berlaku ni kadang2 seronok jugak. percutian tiba2.. haha percutian la sangatt...dah lama Mak Abah nak pegi JB naik bas. ape tah yang seronok sangat. aku malas naik bas. sakit badan.tapi takpelah dah dorang sanggup. budak kecik tu pun follow jugak... Nurul je yang dah datang dulu hari Khamis. tapi tak banyak tempat pun boleh pegi sebab Nad kena g skolah hari sabtu. mural tak settle lagi katenye..
So pagi Ahad Mak Abah dan Nad naik la bas paling awal ke JB. tapi sampainye tak awal sangat lah. macam jauh sangat Muo ngan JB tu.. so sampai2 je terus la pegi ZooJohor. Nad dah lama nak sangat pegi zoo termurah di Malaysia tu. murah bukan sebarang murah eh.. dalam haiwan sihat2 semuanya.. gemuk2. haha walaupun tak banyak sangat haiwan tapi ok lah. daripada pegi tempat mahal2 haiwan banyak tapi tak sihat. baik pegi ZooJohor ni je. tiket masuk pun cuma rm2.
trip kat ZooJohor ni tak makan masa sangat pun. sejam je... mungkin tak sampai sejam pun haha. tak penat sangat pun. tapi berpeluh jugak lah. naik turun tangga. tapi puas. hehe lepas pegi ZooJohor terus carik makan. lepas makan pegi rumah makcik dekat Dato' Onn. sebelum tu singgah jap Aeon Dato' Onn sebab tuan rumah tak sampai rumah lagi. nak jalan2 lagi tapak kaki macam nak pecah.
Hari Sabtu kami pegi JPO je. saje jalan2. masuk pun kedai yang mampu beli je. haha kedai Bath&Body Works dan kedai cokelat je pun. kedai lain taknak lah. bukan beli pun. ada lah beli sket2 barang. nak layankan Nad nak pegi sini je. tak boleh lama pun sebab Nad nak kena pegi sekolah. Nurul pun kena balik UTHM. ada program. so, balik lah kami. Maka berakhirlah cuti2 pendek kami. hihihi sebenarnya bukan cuti2 sangat lah. jalan2 je pun. jadilah dari takda.
Sekian..
No comments:
Post a Comment