Sempena cuti aku dah plan dengan Abah nak buat projek pondok untuk lepak2 pagi ke petang ke.plan dah lama dah tapi tak sure nak buat kat mana. bila rumah dah siap baru nampak kawasan terbaik untuk dirikan sendiri projek kami. projek ni sebenarnya macam menghampiri zero kos. sebab semua barang yang Abah guna adalah atap, kayu dan papan daripada rumah yang dulu tu. paku pun mana yang ada je. tapi ada la sikit2 beli baru. memang hampir semua barang lah kami tak beli. hehehee sebab tu aku on je. Abah la yang pasang sorang2. hahaa ape fungsi kami? tolong pegang apa yang patut. bagi sorakan semangat. hahaha 3,4 hari jugaklah bertukang. siap akhirnya macam tak percaya. haha buat sendiri okay. hitam legam duk bawah panas. memang syok ni lepak kat sini masa sarapan, minum petang or even tengok bintang malam2. jangan nampak benda lain sudah..
hari kedua |
hari kelima |
memang cun lah ! nanti tambah la sikit2.. HARAPNYE.. hihihihi Abah dah kata nak gantung segala jenis pokok orkid yang ada kat pondok ni. tak kesah la Abah asalkan happy..
dan aku dengan perasannya anggap inilah hadiah hari lahir untuk 2016.
hahaha
TERIMA KASIH ABAH !