Sunday, September 16, 2018

Selamat Hari Lahir (30) : Hai Cinta Hati Saya

Alhamdulillah.. bahagianya dapat jumpa CintaHati minggu ni...mungkin ini last jumpa sebelum hari langsung nanti.. 1st time jumpa berdua je kat KL pulak tu..huhu sebelum ni mesti bila jumpa tu akan ada jumpa orang lain jugak.. family ke ape ke.. tapi ni tak.  aritu macam rasa murung dah bila tak jadi jumpa. Allah buka pintu hati CintaHati untuk jumpa jugak akhirnya.. tawakal je haha alhamdulillah all went well.. takde benda yang tak baik jadi..

aku memang bukan orang yang suka window shopping. berjalan2 tengok barang. memang bukan aku. 1st memang sebab aku tak boleh jalan lama. 2nd memang aku tak suka. aku nak barang aku cari aku nampak aku beli. haha tapi yelah CintaHati pulak opposite dengan aku. layankan je lah.. dalam kesakitan yang teramat sangat ku turutkan jua.. asalkan dapat bersama2.. hahaha ala bukan selalu dating. ini pon rezeki terjatuh dari langit. 

dulu masa kat U memang kerap jugak la keluar sama. tapi takde la sekerap orang lain pun.. yelah sebab aku bukan sape2 untuk dia.. tapi time tu memang aku nekad dia lah yang aku pilih. baik buruk dia aku memang kena terima. tapi bila dah bertahun2 tak jumpa ni... emmm rasa malu pulak bila berjalan dengan orang yang bukan muhrim. rasa pelik. iyalah dia tunang aku tapi tunang tu belum halal. ini sahaja lah masa untuk kami spend time berdua tak fikir lepas ni kena jumpa sesape.

hari pertama sumpah balik bilik je lepas mandi takleh gerak dah kaki. hahaha nasib baik bawak ubat tahan sakit. adoii seksa jugak macam nih. tapi seronok punya pasal abaikan je lah. harap tak effect mood je. yelah baru nak rasa bahagia.. setakat sakit sikit2 tu apelah sangat.. takkan la Allah nak bagi kita gembira je. nanti lupa diri. hahaha 

seronok lah birthday tahun ni... hehehee dapat jumpa CintaHati..dapat mintak belanja hadiah. hahaha advanced birthday present..okay lah.. dari takda.. tapi apelah sangat berbanding dapat jumpa kesayangan DEPAN MATA. feeling sangat kan aku nih. padahal dia tu rasa biasa2 je. hahahaha takpelah awk. saya tak kisah lah. baik lagi rasa biasa2 dari takda rasa ape langsung.




so the next day will always be the pahit day lah. bekos CintaHati nak balik...emmmm memang moment yang paling aku benci. tak suka. murung. hmmmpphhh ! hantar ke KLIA pun takde mood. elok lah sepanjang jalan hujan. aku pun tido. tak sanggup rasanye nak hantar dia walaupun hakikatnya bukan aku yang drive. hihi 




insyaAllah panjang umur dapat lah aku jumpa lagi CintaHati. tapi kali ni menuju cinta yang halal...hahaha cewah. hishhh tak malu!

ya Allah permudahkanlah semuanya...

#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#terimakasihEn.Tunang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...