Sunday, March 23, 2014

roda

orang kata hidup ni macam roda. sekejap kita ada kat atas. tanpa kita sedar bila2 je kita ada kat bawah..ada hari kita akan bahagia. jangan lupa saat kita duka. ada waktu kita senang. masa tu jangan lupa bersyukur sebab bila2 masa je kita akan diuji untuk jadi susah. ada masa kita bahagia . masa tu jangan ingat kita akan bahagia sampai bila2. kena sentiasa berjaga2. sebab kita hanya merancang. Allah yang tentukan semuanya. bila kita ada diatas jangan lupa yang kita pernah ada dibawah.. jangan terus menghukum. kita hidup saling melengkapi. apa yang kurang kita sama2 perbaiki. 




tak kisah la apa orang nak cakap. cukup diperli malah ada yang tahap menghina. syukur aku diajar untuk melawan kena pada tempatnya. apa yang orang kata aku anggap mereka sayang. ambil perhatian. yang penting aku bahagia dengan keadaan sekarang. ada family yang memahami. ada kawan2 yang sentiasa hadir disisi. alhamdulillah.. syukur Ya Allah!





wedding bff lagi...lagi...

kali ni one of my sayang - Ain, pulak yang kawin.tak dapat attend majlis nikah dia sebab hantar parent nak pegi langkawi. tak ingat pulak Ain nikah jumaat malam.huhuhuu jauhnya mak abah berjalan...sebenarnya sape yang cuti sekolah ni? hahahaha walaupun tak dapat pegi majlis nikah masih dapat tengok gambar kira dah okay sangat lah. hihihi dan yang paling best dapat pegi majlis bersanding.





tol katenyer..



Add caption



terase nak upload semua gambar. yang best bila wedding ni dapat jumpa kawan2 yang lain. lepas ni xtau la boleh jumpa ramai2 lagi ke tak. semua orang dah ada komitmen dengan pasangan. aku takpe komitmen dengan family sendiri je. bulan 11 ni insyaAllah ada 2 orang lagi akan kawen. semoga selamat la ye semuanya...aku doakan korang bahagia selalu..amin..

tahniah Ain...always LOVE you!




Sunday, March 16, 2014

autumn.

kat luar negara kalau autumn dapat tengok daun2 coklat gugur. dah start rase sejuk.. tapi kat malaysia lain. ada macam autumn. ada daun2 coklat. ada pokok takde daun tapi semua tu sebab cuaca panas yang melampau. rase dah macam iklim kat thailand pulak. musim panas dan lembap yang ketara. bila hujan asyik hujan je tak berhenti. bila panas jadi panas sangat. semenjak dua menjak ni memang panas sangat kan...rase macam taknak keluar rumah. makin hari makin teruk. kebakaran ada kat merata2 tempat. kalau sebelum ni la belukar terrbakar sikit je pun jem   panjang gila. tapi sekarang sepanjang jalan terbakar pun orang dah tak heran. tapi semalam memang terkejut sangat. sepanjang jalan yang aku lalu dah hitam je... patut lah udara pun dah bau asap. asap memang tebal gila macam jerebu ipu 300++ fuhhh memang ngeri. baju yang sidao kat luar rumah pun bau asap. dalam kete pun bau asap. pagi tadi pokok2 dah gelap-hitam jer. sepanjang malam terbakar kott.. papepun bersykur sangat sebab tadi dah hujan lebat. walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya dapat lah tengok hujan. dapat tengok jalan basah. dapat clearkan asap2. dapat tengok kete basah. fuhhh dah lama tak rase nikmat tu. terima kasih ya Allah.











Friday, March 14, 2014

kek fofuler



aku rase ni lah antara kek yang tengah in sekarang ni. bersepah2 kat fb kat instagram pun. belum lagi terfikir untuk buat kek ni. lagipun im not a big fan of cheese...so memang tak terniat la. makan boleh. tapi kalau nak buat hurmmm banyak lagi kek yang belum cuba kott. hehehe kek ni kak timah yang blanje. sebab tu lah sedapnye berganda2. tapi yang aku kagum adalah kek ini sangatlah lembut walaupun diletak di dalam peti sejuk. sebagai beginner dalam dunia baking membaking ni haruslah aku kagum.hahaha takpe tengok lah cuti nanti kalau dibuka pintu hati ni. aku try la buat. nampak macam senang.hihihi


Sunday, March 9, 2014

perubahan

jujur bagi aku tahun lepas antara tahun yang terbaik. punya kawan2 yang baik dan hebat. seronok mengajar walaupun mencabar vokal dan emosi. sangat selesa dengan suasana yang sihat dan gembira.   sangat bermotivasi untuk datang ke skolah setiap hari. balik kampung dah tak sorang2. selalu berteman. balik JB juga tak perlu tergesa2. pagi2 dah boleh gerak. juga berteman. bukan ape kalau berteman ni lebih lah motivasi untuk bawak kete dengan berhemah. takdelah aku duk merempit kat highway tu. kehidupan pun lebih teratur. dapat memaksimakan penggunaan masa dengan sebaik mungkin. aku mula seronok untuk ada di sekolah. hihihi

tapi...tahun ni.. ye!! TAHUN NI !! semuanya berubah ! bukan nak merungut lah. tapi aku ada hak nak luahkan ape yang terbuku dalam dada nih. tak tertanggung rasenye. sedih. setiap hari rase makin sedih. memang benda kecik jer. tapi kalau dah bertimpa-timpa memang terase ler....

tetiba kena g meeting- the next day taklimat- jaga sukan 7 hari- terus pindah pagi- mengajar form3- ketua panitia- pegang kelas 'tu'- tak dapat balik pagi ahad- kena balik sorang2- now kena halau dari tempat sendiri dalam bilik guru! ( takkan aku nak guna term dinasihatkan pindah pulak kan??) WHAT!!!!???

hohoO yer aku mengaku benda kecik jer. remeh temeh. tapi semua ni sangat tiba2. dalam 2 minggu ni jer okayyy. this is to much!  hidup aku berubah sama sekali  tak dapat nak settle dengan budak petang pun. memang ler aku suka mengamuk tapi aku caring kottt... berat nak melangkah. rase lambat je masa bergerak. takda motivasi lagi untuk jadi macam dulu. bukannye lah aku tak suka sangat pegi pagi.kawan2 pun okay. bukan aku pindah sekolah. pindah sesi jer.  cuma belum dapat meredha dan mengikhlaskan diri jer. again... sebab semua ni TETIBA JER OKAYYY!

aku memang menaip dalam emosi tak stabil. memang aku banyak berfikir sejak beberapa hari ni. memang aku tak happy. kalau aku dah okay mungkin aku akan delete post ni. MUNGKIN.








Monday, March 3, 2014

MSSD

7 hari berada di padang.fuhh memang PANAS!!!! tapi seronok. dapat kawan baru. dapat tengok gelagat pelajar dari sekolah lain. yang paling best dapat tengok gelagat BAJET BAGUS guru pengiring ngan pelajar yang sama naik jer. huh menyampah betol. aku tak heran pun. kalau betul hebat takpelah.ni sembang kencang. ape pun takde. papepun alhamdulillah setakat duk padang 7hari ni aku dapat pulihkan balik la suara aku yang memang totally ilang masa last day kat skolah sebelum kena bertugas kat padang. malangnya arini dah ari last. lebih malang lagi start esok aku dah kena bertugas pagi. choyyy.. jujur mak tak rela~  
group c - pegawai lompatan

Saturday, March 1, 2014

mana pergi itu ikan???

yer mana pergi itu ikan?? punya la panas sampai parit kat depan rumah aku kat kampung pun tinggal lopak air jer. sepang 3minggu tak balik aku duk JB rasenye macam tak ada 1 ari pun hujan. balik kampung pun panas terik-mendung macam nak runtuh langit tetap tak hujan. lepas hantar adik laki aku kat bustand aku decide la untuk basuh kete kat auto. yelah kat rumah still ada khemah tak boleh basuh kete. balik sampai rumah jer park kete terus hujan lebat. walaupun sekejap tapi syukur ALHAMDULILLAH~    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...