Thursday, July 14, 2016

PROJEK RAMADHAN 2016 : RUMAH PUTIH

Alhamdulillah setelah beberapa tahun akhirnya tercapai jugaklah impian. tak besar mana tapi cukuplah untuk kami satu keluarga. "dah kerja lama baru nak buat?" entahlah..percaturan Allah kot untuk aku lebih fokus kepada family sendiri. fikir dan komited towards family sendiri. bila semua perancangan batal impian gagal cita2 terlebur maka aku nekad lah. Allah nak buka mata hati aku bahawa apa yang aku kejar selama ni mungkin bukan yang terbaik untuk aku. 

Pelan nak buat ni memang nekad gila la. serius aku buat keputusan 2 minggu sebelum puasa lepas. dan aku cari orang yang sanggup nak buat within a month. so insyaAllah sebelum raya siaplah. dan aku jumpa. DAN siap on time. haha tengok kesian jugak. tapi alhamdulillah.. Allah permudahkan semua. pejam mata nekadkan hati. jangan toleh belakang lagi. biarlah lepas ni berendam air mata sekali pun. senyuman Syurga lebih bermakna.

projek buat rumah ni mula betul2 seminggu sebelum bulan Ramadhan 2016. memang betul2 last minit lah. nasib baik lah time ni yang kat rumah ada 3 orang je.. MakAbah dengan Nad. so time rumah betul2 sempit takda la bersesak2 ramai2. Fariz keje kat Melaka, Nurul dah kat UTHM. aku kat JB.. masa nak buat ni memang takda bagitau sesape pun. maksud aku family yang lain lah. senyap2 je dulu. aku bagitau niat aku nak buat rumah ni pun masa dah submit form untuk loan. hehehe so macam MakAbah pun takleh nak cakap ape dah. hahaha kena terima je la. 

masa ni anak2 bulus sangatlah bahagia dengan tandas terbuka mereka

lantai dah siap. time ni nampak kecik sangat

dinding dah naik sikit

beberapa hari sebelum raya
tengah nak touchup sana sini..dalam masih kelam lagi



sehari sebelum raya.. cat baru kering dan nak pasang langsir

dua hari sebelum raya baru mengecat. betul2 siap sehari sebelum raya ni. fuhh nervous memang takyah citer lah. raya ni duit mengelir macam air. orang kata beraya sakan. bukan sakan oiii masalahnye ape pun takda. togel. haha alhamdulillah... apa pun memang syukur lah. semua siap. macam tak percaya. takde lah lengkap mozek semua.. lantai pun aku simen kasar je konon2 nanti nak pasang mozek tapi taktau lagi la bila. amik basic2 je. nak jimat punya pasal. itu ini aku cut. takpelah. boleh tambah sikit2 nanti. insyaAllah.. ada rezeki ada lah.


Sekian.




Sunday, July 10, 2016

SYAWAL 2016 : Hari Kedua dan seterusnya..

Serius aku cakap raya tahun ni memang paling meriah seumur hidup aku.. Allah panjangkan umur semua untuk dapat kumpul sama2 beraya sama2.. jumpa semua orang yang kita sayang. Syukur ya Allah .


tema pink..memang tak pernah mimpi aku nak pakai pink.

Hajat raya kedua kononnye nak fokus kat rumah atok belah Mak... umah atok ni dia punya tetamu fuhhh memang mencabar.. rumah orang tua kan... sekali datang tu memang ramai. tak terlayan. tapi bukan aku la yang layan. hihi ramai memang ramai tapi last2 kami stay sampai tengah hari je.. lepas tu terus gerak ke Batu Pahat. sedara belah Abah. wajib pegi setiap tahun.. hihi kali ni rombongan ke batu pahat ramai betul. kami tak pernah beraya sama2 ke Batu Pahat dengan adik beradik abah yang lain.mungkin kali ni nenek ikut kot.. selalunye tak ikut. tapi jem tu memang melekat lah..perjalanan bape minit je pun bleh jadi sejam. 

lazat..

penat tapi puas.


Raya ketiga kami tak kemana2 sebab kat rumah buat makan2..panggil semua adik beradik Mak Abah datang ke rumah..mana ntah simpan gambar. hahaa

Raya Keempat baru kami beraya rumah atok2 belah Mak.. biasanya dalam 10-12 rumah la dari pagi sampai petang.. macam marhaban.haha setahun sekali je la jumpa semua tu. Alhamdulillah sihat walafiat semuanya..




Sekianlah cerita HariRayaAidilFitri 2016..










Wednesday, July 6, 2016

SYAWAL 2016

Alhamdulillah..

Tahun ni Allah murahkan rezeki mudahkan urusan.. Dapatlah kami beraya di teratak baru.. Mudah2han akan beri lebih banyak keselesaaan untuk mak dan abah. Tapi tipu lah kalau tak rindu suasana dulu..Yelah sejak semua dah 'membesar' nih memang perlukan sangat2 lah ruang yang 'membesar' jugak. Tapi tak besar mana pun..haha okaylah untuk anak2 bulus pun boleh main kejar2 dalam rumah. Dulu masa sempit2 buat apa semua orang boleh tahu. Nak kesana sini memang tak buang tenaga.. hahaha So, orang nak datang beraya pun selesa jugak.. Dapat masuk rumah.. Selalunya ramai yang kena duduk kat luar... Sob..SOb.. 

Tema raya tahun ni BIRU...hihihi jarang2 sekali aku pakai warna biru...macam biasa lah aku punya baju last minit... settlekan orang lain dulu.. puas tau kalau kita berabis untuk kesayangan.. aku takda takpe.. boleh pakai baju keje.. tapi disebabkan macam takde baju biru terpaksa carik jugak.. ni pun nasib baik ada saiz.. maklumlah dah akhir2.. sehari sebelum raya baru dapat baju.. sibuk nak settlekan rumah.. tu pun siap last minit jugak... bayangkan kalau tak siap.... hahahaa mau jadi rekod beraya kat rumah atok pulak dah..tak pernah2 dibuat kami satu family... hihihi aku memang tabik lah orang yang buat rumah tu memang siap on time... nanti cerita lagi pasal rumah..

aku memang serabai kali ni.. tak tahu kenapa.
nak pergi rumah atok.
tahun ni sampai lupa dan tak sempat nak amik gambar formal raya satu family.. sebab semua orang dah rasa penat gila dan lepak walaupun pagi raya. sebab sibuk nak menyiapkan rumah kan. huhu hari pertama raya tahun ni memang gila pulun kesana sini untuk family belah Abah.. kami memang raya pertama kat Abah dulu..takda giliran pun.. sebab yang paling dekat dengan rumah. berkejar jap umah atok belah Mak.. then datang semula rumah atok belah Abah.. kampung dekat2 kan... haha senang.. tapi tulah. memang kejenye ulang alik je.. lalu jalan dalam lah pastinya. sebab jalan luar jem lekat.. pagi settlekan rumah atok..mak long...atok2 sedara.. makcik2.. sampai ke maghrib baru dapat pegi rumah atok belah mak.. untuk kali kedua hihii tak pernah2 jadi macam ni.. penat pun best. bukan selalu dapat kumpul ramai2..pegi rumah2 orang..

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...