Thursday, July 14, 2016

PROJEK RAMADHAN 2016 : RUMAH PUTIH

Alhamdulillah setelah beberapa tahun akhirnya tercapai jugaklah impian. tak besar mana tapi cukuplah untuk kami satu keluarga. "dah kerja lama baru nak buat?" entahlah..percaturan Allah kot untuk aku lebih fokus kepada family sendiri. fikir dan komited towards family sendiri. bila semua perancangan batal impian gagal cita2 terlebur maka aku nekad lah. Allah nak buka mata hati aku bahawa apa yang aku kejar selama ni mungkin bukan yang terbaik untuk aku. 

Pelan nak buat ni memang nekad gila la. serius aku buat keputusan 2 minggu sebelum puasa lepas. dan aku cari orang yang sanggup nak buat within a month. so insyaAllah sebelum raya siaplah. dan aku jumpa. DAN siap on time. haha tengok kesian jugak. tapi alhamdulillah.. Allah permudahkan semua. pejam mata nekadkan hati. jangan toleh belakang lagi. biarlah lepas ni berendam air mata sekali pun. senyuman Syurga lebih bermakna.

projek buat rumah ni mula betul2 seminggu sebelum bulan Ramadhan 2016. memang betul2 last minit lah. nasib baik lah time ni yang kat rumah ada 3 orang je.. MakAbah dengan Nad. so time rumah betul2 sempit takda la bersesak2 ramai2. Fariz keje kat Melaka, Nurul dah kat UTHM. aku kat JB.. masa nak buat ni memang takda bagitau sesape pun. maksud aku family yang lain lah. senyap2 je dulu. aku bagitau niat aku nak buat rumah ni pun masa dah submit form untuk loan. hehehe so macam MakAbah pun takleh nak cakap ape dah. hahaha kena terima je la. 

masa ni anak2 bulus sangatlah bahagia dengan tandas terbuka mereka

lantai dah siap. time ni nampak kecik sangat

dinding dah naik sikit

beberapa hari sebelum raya
tengah nak touchup sana sini..dalam masih kelam lagi



sehari sebelum raya.. cat baru kering dan nak pasang langsir

dua hari sebelum raya baru mengecat. betul2 siap sehari sebelum raya ni. fuhh nervous memang takyah citer lah. raya ni duit mengelir macam air. orang kata beraya sakan. bukan sakan oiii masalahnye ape pun takda. togel. haha alhamdulillah... apa pun memang syukur lah. semua siap. macam tak percaya. takde lah lengkap mozek semua.. lantai pun aku simen kasar je konon2 nanti nak pasang mozek tapi taktau lagi la bila. amik basic2 je. nak jimat punya pasal. itu ini aku cut. takpelah. boleh tambah sikit2 nanti. insyaAllah.. ada rezeki ada lah.


Sekian.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...