Tuesday, November 20, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( DAPUR WAJAH BARU, TANDAS BARU )

bila ada duit lebih sikit memang niat nak luaskan dapur. macam pening la tengok dapur terpisah dua. biar lapang. kan senang luas. senang nak buat keje.kalau nak rewang pun senang. lama ni nak pujuk Abah untuk pecahkan dinding.. bukan pecah pun sebenanrnya sebab dinding papan kan so basically robohkan dinding lah. haha so dinding pemisah dapur dengan ruang dapur yang baru tu robohkan dan ada ruang lah untuk buat tandas baru sekali. so projeknya adalah:

1. luaskan dapur
2. pasang mozek lantai dapur masak
3. ratakan lantai dapur
4. bilik air baru.
5. balai untuk rewang (tambahan)

kontraktor yang buat ni adalah sama dengan kontraktor masa buat rumah. so senang lah nak mengarangnya (ayat orang kampung). haha aku cakap kat Abah apa aku nak. bagi bajet sekali. pastu Abah lah mengarang dengan tukang buat tu. haha aku tak mengadap pun. Abah je. yang aku tahu ape aku nak ada. tapi takda lah demand sangat.. haha ikut bajet yang ada. mana boleh kurangkan memang aku kurangkan. tapi bagusnya kontraktor ni dia buat ikut bajet. jarang2 sekali lah over bajet. sikit2 je takdalah lebih2 sangat..

mula2 robohkan dulu dinding. then terus buat tandas baru kat sebelah bilik air lama.

dinding pemisah antara ruang sidai baju dengan dapur ni la yang dirobohkan. ni gambar lama masa bilik MakAbah belum jadi dapur.
proses nak masukkan tangki untuk najis. eh ape ntah nama benda ni aku pun tak sure. haha


bila dah siap tandas baru tu tetibe ada menyelit projek baru pulak. haha ini yang aku seram. tapi takpelah memang aku nak pun. kalau buat sendiri takut tak elok pulak kejadiannya. so dah alang2 tandas baru tu dinding batu aku ingat nak samakan terus dengan dinding bilik air. so runtuhkan dinding papan bilik air tu pastu tukar jadi dinding batu. nasib lah ada lebih2 batu bata. kelakar pulak tengok bilik air tetibe rongak macam dalam gambar tu. tapi tu lah. aku memang selalu kagum dengan tukang buat rumah ni. skill dorang memang takleh dibeli. semua ni memang bakat lah. cantik je dorang buat. macam dua2 tu buat baru. hehehe so ruang yang sebelah tandas baru tu kami jadikan stor lah. tak buat dinding pun. susun barang elok2 then tutup dengan langsir ada rail. mesin basuh pulak alihkan kat sebelah bilik air tempat ruang masak yang dulu sebelum buat dapur baru tahun lepas. so memang lapanglah depan bilik air tu. haaa lapang kepala aku.


tahun lepas rongak dinding buat bilik. tahun ni rongak bilik air ganti dinding batu. haha


pasang mozek kat tabletop dapur, dinding dapur, pelantar basuh pinggan/amik wuduk dan ratakan lantai

benda ni memang buat luluh hati jantung aku hahaha
dalam plan asal memang takda niat pun nak buat tabletop dapur baru. yelah yang lama elok lagi kan. tetibe Mak call cakap nak beli mozek baru untuk tabletop dapur. aku macam pelik lah. sekali Abah send gambar tabletop lama yang dah dibuka mozeknya.. omaigad.. then damage has been done gaiss. hahaha terpaksa lah nak... tabletop baru la gamaknya. dinding kat tempat  masak tu memang dah lama aku aim mozek corak macam tu. haha aku penah belikan yang sticker tapi Abah taknak pasang. maksudnya memang Abah tak berkenan la tu haha tapi bila aku tunjuk mozek ni Abah kata 'on kak'. okay Abah. beres.

aku tak pasti benda ni kita panggil apa. tapi kami panggil plantor. haha same meaning with pelantar maybe? 
antara sebab asal aku nak renovate dapur tu adalah sebab aku nak buat plantor ni lah. senang nak basuh pape. sebab singki tu macam kecik dan terhad kan. so ruang ni agak luas . letak shower ni memang dah boleh mandi dalam ni. boleh jugak lah kalau nak buat tempat amik wuduk. nak basuh pinggan sama duduk pun boleh. sebab dah siap buat tempat duduk. siap mozek lagi. hehehe memang puas hati lah. bab kaler mozek putih2 suci murni ni memang aku yang nak. biar nampak luar sikit. tak serabut kepala. nanti dinding atas dapur tu akan di repair kemudian. hehehe bila tu memang tak sure lah. tapi insyaAllah ada lah nanti.

lapang je sebelum load barang. hahaha lepas tu faham2 je laa takkan dapat lagi view ni.
secara keseluruhannya memang puas hati lah. sebab aku jenis yang bersyukur sikit orangnye. takda demand lebih2 sangat. hahahaa aku rasa lah. taktau orang lain rasa aku ni macam mana. at least ape yang aku nak tu ada. yang penting MakAbah rasa selesa duduk kat rumah tu. sebab bagi aku dapur ni part paling penting kat dalam rumah. so memang kena betul2 buat ikut selera kita. hihi


Monday, November 19, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( KURSUS KAHWIN )

seumur hidup aku tak pernah pegi kursus kawen. masa kat u dulu pun aku takde join. sebab memang aku tak rasa aku akan kawen dalam masa terdekat tu. bila dah keje lagi lah memang tak terfikir langsung nak kawen. lagi2 bila dulu dapat tahu kekasih hati dapat pindah balik Perlis kan dari Sarawak. memang terus rasa hilang lah harapan bayang2 nak kawen tu. hahaha so bila tetibe Suami ajak kawen tu macam omaigad lom pergi kursus kawen lagi. haha

Suami terus pergi kursus tu tak lama lepas ajak kawen. hehehe aku ni je tak sempat2 lagi. bukan sebab tak bersungguh tapi sebab kat JB ni takda kursus jumaat-sabtu. semuanya buat sabtu-ahad. aku taknak mintak cuti. so paling dekat boleh buat kat BatuPahat. bila cari2 tempat tengok2 kat Muar ada lah satu tarikh ni betul2 kena dengan masa free takda sekolah ganti.

as usual benda2 macam ni aku takkan pegi sendiri. hahaha sapa jadi mangsa? Nurul la macam biasa.. tak pasal2 dapat kursus free. rezeki kau lahhhh maka berkursus lah dua hari kami di situ. kat masjid Muar tu. tapi tulah. jujur aku cakap kursus kawen ni sebenarnya kena lebih serius untuk sampaikan ilmu yang penting sebab time ni kita memang serius nak tuntut ilmu disamping memang sijil wajib untuk boleh kawen. tapi banyaknya yang buang masa cakap merepek2 entah pape.. aduhai..

kursus ni dua hari. ada macam2 slot yang sepatutnya menarik lah. tak semua bosan. tak semua merepek. ada jugak yang serius memang nak sampaikan ilmu. ada yang tak habis2 bercerita. aduh macam2 la yang jadi. bayaran tu rm120. untuk dua hari. wajib pegi dua hari dan semua slot untuk layak dapat sijil kursus kawen. tanpa sijil ni korang tak boleh kawen tau. haha alhamdulillah la.. all went well.. habis kursus kawen tu bergegas balik JB oiii hahaha rabak mata. dah la kelas abes lewat. 

Allah ni memang full of surprised.. kalau Dia rasa nak gerakkan hati orang tu memang takda angin takda ribut tetibe je orang tu boleh berubah hati. harapnya sentiasa lah serius dengan hubungan ni sampai mati. tetapkan hati Suamiku dan aku ya Allah.. semoga kami tidak berubah hati. supaya kami sentiasa menjaga hati2 kami untuk satu sama lain. terima kasih ya Allah kerana jadikan CintaHati sebagai Suamiku yang sah. halalkan hubungan kami. alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...