Monday, November 19, 2018

WEDDING : PERSIAPAN ( KURSUS KAHWIN )

seumur hidup aku tak pernah pegi kursus kawen. masa kat u dulu pun aku takde join. sebab memang aku tak rasa aku akan kawen dalam masa terdekat tu. bila dah keje lagi lah memang tak terfikir langsung nak kawen. lagi2 bila dulu dapat tahu kekasih hati dapat pindah balik Perlis kan dari Sarawak. memang terus rasa hilang lah harapan bayang2 nak kawen tu. hahaha so bila tetibe Suami ajak kawen tu macam omaigad lom pergi kursus kawen lagi. haha

Suami terus pergi kursus tu tak lama lepas ajak kawen. hehehe aku ni je tak sempat2 lagi. bukan sebab tak bersungguh tapi sebab kat JB ni takda kursus jumaat-sabtu. semuanya buat sabtu-ahad. aku taknak mintak cuti. so paling dekat boleh buat kat BatuPahat. bila cari2 tempat tengok2 kat Muar ada lah satu tarikh ni betul2 kena dengan masa free takda sekolah ganti.

as usual benda2 macam ni aku takkan pegi sendiri. hahaha sapa jadi mangsa? Nurul la macam biasa.. tak pasal2 dapat kursus free. rezeki kau lahhhh maka berkursus lah dua hari kami di situ. kat masjid Muar tu. tapi tulah. jujur aku cakap kursus kawen ni sebenarnya kena lebih serius untuk sampaikan ilmu yang penting sebab time ni kita memang serius nak tuntut ilmu disamping memang sijil wajib untuk boleh kawen. tapi banyaknya yang buang masa cakap merepek2 entah pape.. aduhai..

kursus ni dua hari. ada macam2 slot yang sepatutnya menarik lah. tak semua bosan. tak semua merepek. ada jugak yang serius memang nak sampaikan ilmu. ada yang tak habis2 bercerita. aduh macam2 la yang jadi. bayaran tu rm120. untuk dua hari. wajib pegi dua hari dan semua slot untuk layak dapat sijil kursus kawen. tanpa sijil ni korang tak boleh kawen tau. haha alhamdulillah la.. all went well.. habis kursus kawen tu bergegas balik JB oiii hahaha rabak mata. dah la kelas abes lewat. 

Allah ni memang full of surprised.. kalau Dia rasa nak gerakkan hati orang tu memang takda angin takda ribut tetibe je orang tu boleh berubah hati. harapnya sentiasa lah serius dengan hubungan ni sampai mati. tetapkan hati Suamiku dan aku ya Allah.. semoga kami tidak berubah hati. supaya kami sentiasa menjaga hati2 kami untuk satu sama lain. terima kasih ya Allah kerana jadikan CintaHati sebagai Suamiku yang sah. halalkan hubungan kami. alhamdulillah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...