Sunday, October 29, 2017

The preparation..

macam biasa lah setiap tahun..kalau tak belikan hadiah mesti kena sediakan hadiah. kadang bila fikir memang muak lah. tapi sebab shopping bukan guna duit sendiri..boleh la sedapkan hati sikit. hikmahnya dapat shopping..release sket la sakit jiwa...depression..haha walaupun bukan barang sendiri. masa beli tu memang feeling2 macam beli barang sendiri lah. agak2 mana yang rasa nak pakai..kot2 lah dapat kan masa cabutan bertuah. kita beli barang bukan cincai2 punya okay.. huhu tapi tetap dalam bajet..

tahun ni tupperware menjadi pilihan
kebetulan pulak lah offer kena dengan masa. rezeki kawan2.. mungkin ada yang tak suka dapat ni tapi harapnya ramai perempuan yang dapat. hahaa takdelah bagi kecik2..ikut nasib lah. tapi banyak yang berbaloi tu..mana kecik kita cantum2 kan...haa sudahnya benda kecik2 tu yang lebih mahal tau. rezeki korang lah. macam biasa memang hadiah ni ada over bajet sikit... tahun ni sikitt je.. mana lebih tu sis payung. hehe

ros merah untuk semua..
biasanya kalau aku handle hadiah memang ada saje selit benda kecik2..haha nape tah. saje ngade. tahun ni macam teringin pulak nak buat bunga. bukan aku sorang buat lah. buat dengan adik aku sekali. harapnya cukup lah. walaupun nampak macam gegirl.. kalau rasa nak amiklah. kalau rasa taknak sila tinggalkan atas meja ye nanti. aku boleh amik balik. bukan buruk siku tapi daripada membazir baik kumpul buat bouquet...hihii jangan la buang dalam tong sampah..penat sis lilit ..

hopely hi-tea kali ni berjalan lancar...walaupun mak pengantin sarat.hahaha


sekian..




Friday, October 20, 2017

Laksa Sarawak

Cuti kali ni macam takda masak pape yang memerlukan kegigihan yang lebih. so aku decide nak masak laksa. mula2 Nad dengar laksa dia ingat aku nak masak laksa Johor. eheh nono.. kali ni kta cuba something yang lain. disebabkan hari tu dia ada pengalaman buruk makan maggi laksa sarawak yang mana mungkin kami salah masak la sebab memang teruk sangat rasanya. so agaknya dia trauma kot. no Nad kau belum rasa real laksa lagi. haha Nurul pun dah lama suruh buat. tapi aku guna pes yang dah siap je pun... hahahaa bukan buat sendiri. Pes pun dapat dari Put. ada orang tu aritu pegi Kuching tapi tak belikan pun pes ni. yelah tak kirim katanya. tapi renyah jugak la nak sediakan benda2 sampingan yang kecik2 tuh.

penyedap pelengkap rasa

tapi aku memang puji la kegigihan kami sekeluarga. haha lapar punya pasal. sangat tak susah pun sebenarnya nak masak. ikut je cara dalam paket tu for sure jadi. sedap. aku recall balik je la rasa laksa ni bila aku makan laksa sarawak yang Put masak. agak2 sama lebih kurang rasa kuah tu cun lah. biasanya  Mak taknak benda2 pelik 1st time nih. tapi hehehe bertambah2 la pulak. aku sure bukan sebab lapar lah. sebab lepas tu pun Mak makan lagi. so okay next time boleh buat lagi. aku memang suka. so kalau gigih lagi boleh la masak lagi.

                            kosong                                  berkuah                              

aku honestly memang tak kesah nak cuba makanan baru dari mana2 pun asalkan sedap. kalau senang aku buat sendiri sebab nak makan banyak. haha try la eh. nak senang guna pes je la. macam aku. terpulang la jenama ape pun. tapi aku guna HJ.MANAN.

sumber gambar : google


tak amik gambar pes. google je la. hihi

sekian..









Saturday, October 14, 2017

JalanJalan JB


Benda jarang2 berlaku ni kadang2 seronok jugak. percutian tiba2.. haha percutian la sangatt...dah lama Mak Abah nak pegi JB naik bas. ape tah yang seronok sangat. aku malas naik bas. sakit badan.tapi takpelah dah dorang sanggup. budak kecik tu pun follow jugak... Nurul je yang dah datang dulu hari Khamis. tapi tak banyak tempat pun boleh pegi sebab Nad kena g skolah hari sabtu. mural tak settle lagi katenye..

So pagi Ahad Mak Abah dan Nad naik la bas paling awal ke JB. tapi sampainye tak awal sangat lah. macam jauh sangat Muo ngan JB tu.. so sampai2 je terus la pegi ZooJohor. Nad dah lama nak sangat pegi zoo termurah di Malaysia tu. murah bukan sebarang murah eh.. dalam haiwan sihat2 semuanya.. gemuk2. haha walaupun tak banyak sangat haiwan tapi ok lah. daripada pegi tempat mahal2 haiwan banyak tapi tak sihat. baik pegi ZooJohor ni je. tiket masuk pun cuma rm2.




trip kat ZooJohor ni tak makan masa sangat pun. sejam je... mungkin tak sampai sejam pun haha. tak penat sangat pun. tapi berpeluh jugak lah. naik turun tangga. tapi puas. hehe lepas pegi ZooJohor terus carik makan. lepas makan pegi rumah makcik dekat Dato' Onn. sebelum tu singgah jap Aeon Dato' Onn sebab tuan rumah tak sampai rumah lagi. nak jalan2 lagi tapak kaki macam nak pecah. 



Hari Sabtu kami pegi JPO je. saje jalan2. masuk pun kedai yang mampu beli je. haha kedai Bath&Body Works dan kedai cokelat je pun. kedai lain taknak lah. bukan beli pun. ada lah beli sket2 barang. nak layankan Nad nak pegi sini je. tak boleh lama pun sebab Nad nak kena pegi sekolah. Nurul pun kena balik UTHM. ada program. so, balik lah kami. Maka berakhirlah cuti2 pendek kami. hihihi sebenarnya bukan cuti2 sangat lah. jalan2 je pun. jadilah dari takda.

Sekian..















Friday, October 13, 2017

SelamatHariLahir HK.

Selamat Hari Lahir Cinta Hati..
Doa tak putus untuk kau selalu bahagia..
walau dengan siapa pun pilihan hati.

tahun ni tiada ucapan untuk dia..aku tak kuat Ya Allah...sungguh aku tak kuat.walaupun aku nekad untuk menjauh tapi aku tak akan sekali pun boleh lupa dia. 


Ya Allah...
Kalau dia jodohku dekatkanlah...
Kalau dia bukan jodohku dekatkanlah juga..
Aku sentiasa menunggu dia Ya Allah..
Amin....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...