Saturday, July 28, 2018

Hai CintaHati

sengih je la balik kampung minggu ni.. selalu pun sengih jugak. siap gelak sorang2 sepanjang jalan. tapi kali ni ada lebih sikit la.. kasi can la sikit kat sis. hahaha disaat sis drive balik kampung ni ada orang tengah on the way drive jugak. haha walaupun bukan terus straight ke kampung tapi menuju jugak la esoknye. hihi

biasa lah dik sis ni feeling sorang2.. dah bertahun2 pun. cuma tahun ni lebih mengada sikit.. ehh banyak. haha minggu ni lebih excited la sebab sis dapat jumpa CintaHati sis. hihihhiiii selalunya kesayangan2 je.. kali ni CintaHati tak datang naik flight. dia drive kete. yer bukan drive sorang tapi drive jugak kan. dan yelah bukan datang sorang2 pun tapi at least dapat lah sis tengok depan mata.

macam sis cakap lah. sis tak kesah lah dengan siapa pun dia datang. yang penting sis dapat tengok CintaHati sis depan mata. cukup lah. dua hari pulak tu. hurmmmm syoknyeeee mengada kan? korang ape tahu.. korang selalu fefeeling romantik. sis ni mengada sorang2. hahaha walaupun dia cam biasa2 je.. macam kisah tak kisah je.. ape sis kisah? hahaha bersyukur je lah. sis taknak fikir benda2 negatif. biar yang positif je. biarlah orang kata sis syok sendiri. memang syok sendiri pun.


curik2 tengok je

sis kena belajar untuk redha curik2 tengok CintaHati. sis pun malu sebenarnye. masa nak dulu tak malu. haha sekarang malunya ya amat... nak cakap nak tengok dia pun rasa tak terluah. tak tertengok. lagi2 kalau ada orang lain. haha memang rasa terkaku je. memang lah kalau kita dah sayang orang ni walaupun sekelumit je dia balas pon dah boleh buat kita terbang tinggi.. gittew~ hahaha

harapnya nanti dapat jumpa lagi.
amin...
kalau boleh berdua je.
kalau tak boleh takpa.
bertiga berempat satu bas pun ok je.
as long as dapat jumpa.
time ni je la dapat spend masa sama2..
nanti2 kita hak family kita.
memang kena sentiasa beramai2..


saya sentiasa cuba dan berusaha untuk tak tamak
saya tak mintak banyak
cukuplah awak sayang saya.
sayang saya dengan ikhlas.

SAYA SAYANG CINTAHATI SAYA

#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#terimakasihEnTunang









Wednesday, July 11, 2018

Aktiviti Pengakap

aktiviti harini menarik sikit. sebab nak siapkan board untuk Pengakap. board baru siap. so kena isi lah. mujur lah harini budak tak ramai..ade macam2 program. so takda la serabut nak siapkan.buat sama2 dengan budak sekali.tapi macam biasa lah. cikgu yang buat lebih. aku memang malas kalau dah banyak sangat mulut. benda boleh siap cepat terus jadi lambat. so sebab nak keja masa marilah buat bersama2. dah tak payah nak pikir sapa nak buat itu sapa nak buat ini. terus bagi2 je nak buat apa.

dorang sediakan masa cuti sekolah haritu. Pengetua pun join sekali.

hasil yang dah siap.
takda la hebat sangat... perfect pun tak..yang penting tak cincai jugak. bukannya asal ada. haha buat pelan dulu tau. sediakan bahan. then pulun siapkan apa yang patut. tinggal tampal semua. senang. takda la tambah tu sikit tambah ni sikit. yang penting penuh dan tak hambar.. gituuuu hahaha ni kalau ada yang gatal tangan usik memang aku doakan dia makan tak kenyang2. 

thanks semua yang terlibat.
tak terlibat pun thanks jugak..


*edited
p/s: kami menang tempat pertama untuk board terbaik.
alhamdulillah...huhuhuu tak sangka.

Tuesday, July 10, 2018

Marhaban Kampung

disebabkan cuti raya tahun ni panjang aku sempat la tolong mak settle marhaban perempuan. ingatkan dapat buat marhaban lelaki dalam hari yang sama tapi ntah la tak paham aku. masalah orang lebih dewasa ni malas nak campur. disebabkan aku jugak yang in charge masak maka dengan kuasa veto aku dapat tumpaskan menu rojak. hahaha sory Mak.. obviously sebab aku memang tak suka rojak. bukan tak boleh makan. tapi kalau ada pilihan lain aku memang takkan pilih rojak. yaa aku memang jawa yang not so jawa. hihi

mula2 memang Mak rancang nak buat laksa sarawak. yup nampak gigih kan. tapi Mak dah start suka so macam so green light lah. but Mak tak beli paste tu masa pegi Kuching hari tu. haha so back to my menu lah. wehooo yaa disebabkan aku punya idea so haruslah aku yang masak kan. tapi no worries kita ada Abah, Mak and two not so little helper so alhamdulillah..all went well.. cter marhaban perempuan dulu lah sebab time tu aku ada kat rumah. 

so yup benda kecik2 ni memang dua orang tu yang settle. rajin wooo kalau tengah mood rajin. kalau time takda mood jangan lahh jangan suh buat pape. aku? aku rajin masak je haha. benda2 lain ni emmm emmmmm .. so ya menu ada lah my favorite LONTONG KERING !! hihii memang la banyak benda nak kena masak cam leceh kan. tapi bila ramai orang tak jadi leceh la.

aku masak rendang dan sambal tumis jawa. abah serunding. mak sambal kacang dan nasi impit. budak2 takes all the preparation.. hihi so agak2 sape lebih banyak keje. haha thanks budak2..korang memang rajin. haritu buat rendang daging..kali ni rendang ayam. so kind of lebih leceh la bagi aku sebab taknak hancur ayam tu. aku taknak goreng dulu. so extra carefull..bekos the ayam potong kecik2 already. emm masak untuk 50 orang tak berapa mencabar lah. biasa2 je hahaha sebab raya haritu lagi banyakkkkkkk

biar gambar buat kau kecur air liur haha
kalau sambal jawa tu ada 'jerohan' which is organ dalaman ayam lagi la syok..but Mak kata Atok tak makan so tak letak la. tapi tak sempat hantar kat Atok pun..haha sebab habis.bagi kat Atok Abah je..yang dekat. ada lagi yang kurang tu. takda sambal merah. tak sempat nak masak. oklah tu..ada rupa jugak. 

hasil kerajinan Nurul

tahun ni ala kadar je

ala kadar la sangat...haha buat still say no to polisterin. kita guna yang boleh guna banyak kali tapi bukan kaca juga haha yelah ada budak2 kan. pecah kang nanti malas nak cerita panjang. so guna la yang mesra manusia pelbagai peringkat usia.. haha kali ni tak ramai sangat sebab masing2 dah busy kot sekarang ni. hihi ntah berapa orang lupa pulak. sebab hari Jumaat kan. tapi yang penting makanan cukup so ok lah.

memang tak penuh sangat pun..


marhaban lelaki pulak hari Isnin. aku dah balik dah. so tak dapat tolong masak. Mak buat menu power. haha yang ni memang pulun la sebab aku takda kan.. aku tak berapa makan jugak. bekos pulut dikkk berangin.. haha

pulut durian

ntah aku taktau apa orang lain panggil. ada yang panggil serawa kot. aku panggil makanan berangin orang have2..hahaha memang dah lama Mak Abah nak masak nih. so time marhaban yang takda aku lah masa paling sesuai. hahaha takda la beli durian yang mahal2 sangat..biasa2 cukup lah.

hai

lelaki memang selalu ramai. full house.

so tu jelah cerita marhaban atau orang lain ada yang sebut baraan..katanya budaya Jawa..tapi ramai je orang sekarang buat..saja2 nak jamu orang sambil beraya sekali..takda lah pegi beraya satu2 rumah jiran..haha time marhaban ni la boleh pegi semua rumah jiran sampai berapa puluh rumah..seminggu jugak lah biasanya baru settle. dan time ni jugak la kita nak bersedekah..menjamu orang..menyantuni tetamu...apa yang mampu buat mampu sediakan kita sediakan lah.. bukan orang kesah sangat pun..yang penting jumpa kawan..onion2..cukup lah.haha jangan berkira sangat banyak alasan nanti Allah sempitkan rezeki kita.. tetamu kan bawak berkat..amin..mudah mudahan.

SelamatHariRaya..
Syawal dah nak habis..
hihi









Thursday, July 5, 2018

Semua dah HIJAU

akhirnya setelah sekian lama SAPS demam , dapat jugak key in markah.. dah lama habis tanda.. sebelum raya tu memang pulun habis... sampai demam2.. hahaha bayangkan pagi raya tu demam yang paling teruk. cis tak pasal. sebab aku tanda malam je..siang tak kuasa lah..malam sampai ke pagi.. tido jap lepas tu sahur..lepas sahur tak tido dah..haha


habis cerita dah buat teman aku menanda..
exam kali ni paling banyak paper aku tanda... fuhhh rasa macam nak nanges pon ada.. 8 kelas geografi. form3 ada 4 kelas, form2 dan form1 ada dua kelas. dua kelas lagi aku cover cikgu bersalin..geografi jugak..dan hari last exam baru aku sedar ada dua lagi menanti.. sivik form3..hahaha so total ada 12 kelas ye uollss... 12 kelas bersamaan dengan 410 skrip jawapan...hewhew

hai haii

selamat dah key in semua..legaaa
nanti jumpa lagi SAPS...
jangan demam lagii


Sambutan Raya Sekolah

Semalam ada sambutan hari raya kat sekolah. separuh masa PDPC separuh lagi buat sambutan raya. so tradisi sekolah ni pelajar dibenarkan pakai baju raya. and even more interesting kaum lain pun semangat nak pakai baju tradisional..ada yang pakai sari, baju kurung, baju melayu macam2 lagi lah. so cute tau. 

kali ni aku dengan bold nye pakai baju kudus gila. haha tak ramai pulak yang pakai warna ni. selalu kalau aku pakai gelap2 semua orang pakai cerah2. takpelah. sekali sekala. taknak lah aku belanja budak2 kalau pakai baju raya hijau. haha light blue tu pulak memang sah basah ketiak. so bila lagi kan nak pakai baju ni. maklumlah CintaHati jauh. tak dapat nak beraya sama2. so kita pakai bawa ke sekolah.kudus pon kudus lah.

hai


hui.
 
takda budak ajak amik gambar so kita curik gambar anak2 dari mak tiri. haha ini baru sebahagian.
kali ni in charge bahagian persembahan..kali pertama okay..macam tak percaya je..tapi bukan la sorang2.. haha gila ka.. aku tolong apa yang patut je.. ada masalah teknikal sikit tapi ok boleh settle.power kali ni. jamuan budak2 makan sambil tengok persembahan.. walaupun suasana tu macam nak runtuh bangunan tapi nak buat camne..haha biar jela. tak mampu nak handle.

longtong kering oiii sedapnya..kembang hidung cikgu ni bau wanginyeee...seb baik dapat rasa satu.nyum3

sederhana je kan makanan kami? hahaha

the satay n kambing so yummeh..

mewah betul makanan kali ni...alhamdulillah..

Selamat Hari Raya..
esok lusa tulat marilah kita ke open house pulak..
wehoooo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...