Tuesday, July 10, 2018

Marhaban Kampung

disebabkan cuti raya tahun ni panjang aku sempat la tolong mak settle marhaban perempuan. ingatkan dapat buat marhaban lelaki dalam hari yang sama tapi ntah la tak paham aku. masalah orang lebih dewasa ni malas nak campur. disebabkan aku jugak yang in charge masak maka dengan kuasa veto aku dapat tumpaskan menu rojak. hahaha sory Mak.. obviously sebab aku memang tak suka rojak. bukan tak boleh makan. tapi kalau ada pilihan lain aku memang takkan pilih rojak. yaa aku memang jawa yang not so jawa. hihi

mula2 memang Mak rancang nak buat laksa sarawak. yup nampak gigih kan. tapi Mak dah start suka so macam so green light lah. but Mak tak beli paste tu masa pegi Kuching hari tu. haha so back to my menu lah. wehooo yaa disebabkan aku punya idea so haruslah aku yang masak kan. tapi no worries kita ada Abah, Mak and two not so little helper so alhamdulillah..all went well.. cter marhaban perempuan dulu lah sebab time tu aku ada kat rumah. 

so yup benda kecik2 ni memang dua orang tu yang settle. rajin wooo kalau tengah mood rajin. kalau time takda mood jangan lahh jangan suh buat pape. aku? aku rajin masak je haha. benda2 lain ni emmm emmmmm .. so ya menu ada lah my favorite LONTONG KERING !! hihii memang la banyak benda nak kena masak cam leceh kan. tapi bila ramai orang tak jadi leceh la.

aku masak rendang dan sambal tumis jawa. abah serunding. mak sambal kacang dan nasi impit. budak2 takes all the preparation.. hihi so agak2 sape lebih banyak keje. haha thanks budak2..korang memang rajin. haritu buat rendang daging..kali ni rendang ayam. so kind of lebih leceh la bagi aku sebab taknak hancur ayam tu. aku taknak goreng dulu. so extra carefull..bekos the ayam potong kecik2 already. emm masak untuk 50 orang tak berapa mencabar lah. biasa2 je hahaha sebab raya haritu lagi banyakkkkkkk

biar gambar buat kau kecur air liur haha
kalau sambal jawa tu ada 'jerohan' which is organ dalaman ayam lagi la syok..but Mak kata Atok tak makan so tak letak la. tapi tak sempat hantar kat Atok pun..haha sebab habis.bagi kat Atok Abah je..yang dekat. ada lagi yang kurang tu. takda sambal merah. tak sempat nak masak. oklah tu..ada rupa jugak. 

hasil kerajinan Nurul

tahun ni ala kadar je

ala kadar la sangat...haha buat still say no to polisterin. kita guna yang boleh guna banyak kali tapi bukan kaca juga haha yelah ada budak2 kan. pecah kang nanti malas nak cerita panjang. so guna la yang mesra manusia pelbagai peringkat usia.. haha kali ni tak ramai sangat sebab masing2 dah busy kot sekarang ni. hihi ntah berapa orang lupa pulak. sebab hari Jumaat kan. tapi yang penting makanan cukup so ok lah.

memang tak penuh sangat pun..


marhaban lelaki pulak hari Isnin. aku dah balik dah. so tak dapat tolong masak. Mak buat menu power. haha yang ni memang pulun la sebab aku takda kan.. aku tak berapa makan jugak. bekos pulut dikkk berangin.. haha

pulut durian

ntah aku taktau apa orang lain panggil. ada yang panggil serawa kot. aku panggil makanan berangin orang have2..hahaha memang dah lama Mak Abah nak masak nih. so time marhaban yang takda aku lah masa paling sesuai. hahaha takda la beli durian yang mahal2 sangat..biasa2 cukup lah.

hai

lelaki memang selalu ramai. full house.

so tu jelah cerita marhaban atau orang lain ada yang sebut baraan..katanya budaya Jawa..tapi ramai je orang sekarang buat..saja2 nak jamu orang sambil beraya sekali..takda lah pegi beraya satu2 rumah jiran..haha time marhaban ni la boleh pegi semua rumah jiran sampai berapa puluh rumah..seminggu jugak lah biasanya baru settle. dan time ni jugak la kita nak bersedekah..menjamu orang..menyantuni tetamu...apa yang mampu buat mampu sediakan kita sediakan lah.. bukan orang kesah sangat pun..yang penting jumpa kawan..onion2..cukup lah.haha jangan berkira sangat banyak alasan nanti Allah sempitkan rezeki kita.. tetamu kan bawak berkat..amin..mudah mudahan.

SelamatHariRaya..
Syawal dah nak habis..
hihi









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...