Monday, August 18, 2014

KemBinaNegara GunungPulai

macam biase la bila nervous menguasai diri.memang tak lena tido selagi tak hantar budak2 ni.thanks to my beloved bestfriend sebab akhirnya calonkan aku juga untuk pegi hantar budak2 ke kem. memang time2 ni aku perlu sangat untuk memecut kat atas jalan. cuma harap2 tak kena saman lagi la.eheh. pagi2 lagi (takde la pagi sangat sebenarnya hahahaa) aku tengok elok je empat2 anak dara tu duk tunggu kat kantin. dah tulis nama semua..load barang dalam kete and ready to go. tapi baru sedar...arini bawak budak2 perempuan...BUDAK lagi...so memang krik krik je la sepanjang jalan. hahahaa takleh nak pecut bawak anak orang..so gila behave aku bawak. 

selalunya dari tol ulu tiram ke senai u rase macam kejap je tak sampai 15 minit. tapi arini setengah jam okayyy... aku bangga dengan diri sendiri. papepun alhamdulillah sangat senang nak cari tempatnya cuma memang agak adventure laa.. tinggi kot jalan dia.... masuk dalam kampung tu macam ye tak ye jer ade kem dalam tu siap tanya orang sebab nak sedapkan hati. sebelum tu dah nampak ada kereta cikgu dari sekolah lain dah keluar balik ke jalan besar. so aku ingat dah salah jalan. kereta yang awal2 ada kat depan tadi pun terlajak pegi kem kaizen. tapi berkat darjah keyakinan yang tinggi aku gigihkan jua. hasilnya aku yang kedua sampai. tepat 8.30pagi. pendaftaran pun tak buka lagi... hahahahaa

nyamannya lah kat sana. teringat masa kat perak dulu.. fuhhh kehijauan sangat lah fefeling nature lover.. harap sihat dan selamat lah budak2 tu semua kat sana. risau jugak anak2 dara ni. settle daftar budak2 ..tengok dorang sampai hilang dari pandangan..aiceh macam antar anak masuk u pulak...hahahaa aku pun blah je la... takkan nak tunggu pulak. bukan boleh jumpa jodoh kat situ. hahaa




dengan penuh kesal 9.30pagi aku dah sampai semula kat ulu tiram...pheww aku terbang atas angin ke ape tadi?? sampai2 rumah je terus bakar sunkist bars tadi tu.. so kembali kepada realiti.. pulun menanda sang PT3.

sekian.
















Sunkist Bar

disebabkan kekecewaan malam tadi akibat daripada kek yang langsung tak jadi.. huhh! aku buat keputusan arini aku nak buat congo bars..! dah craving lama gila.....! siap dah beli barang nak buat.tapi tengah adun2 bahan sekali tengok si sunkist memanggil2 la pulak....hurmmm so congo bars menjadi sunkist bars lahhhh...tawakal jer...hehehe by luck jadi la pulak. alhamdulillah...

Bahan2

A
2 1/2 cawan tepung superfine
2 1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
(ayak semua bahan)

B
2/3 butter
1 1/2 cawan gula perang lembut
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar sunkist oren

1. ayakkan bahan A.
2. campurkan kismis kedalam tepung.
3. pukul gula perang dan butter sehingga sebati.gunakan senduk sahaja.
4. masukkan telur yang telah dikacau dengan esen vanilla. campurkan sedikit demi sedikit.
5. bila sudah sebati masukkan sunkist oren.
6. masukkan tepung sedikit demi sedikit.
7. sapu loyang dengan sedikit butter dan taburkan tepung sehingga rata.
8. masukkan adunan ke dalam loyang pembakar.
9. bakar pada suhu 170darjah celsius selama 30 minit.kepanasan mungkin berbeza untuk sesetengah oven.




Selamat Mencuba!!









Tuesday, August 12, 2014

what a day...

satu malam aku tak boleh lelap sebab duk pikir macam mana nak menghadapi hari ini. bunyi macam serius. pagi tadi nyaris2 aku mc. bukan sebab takut tak sempat. tapi sebab tido tak lena + asik terbangun je buat aku memang nak muntah. sorry untuk anak2 yang terpaksa mengadap aku kat sekolah hari ni. serius memang not in a good mood. hampir setiap kelas kena sembur. lama dah aku tahan. dah lama tak marah orang kan...hahaa

okay macam ni ceritanya..
harini perlu buat lesen kompeten..eheh dah cukup 2 tahun
but sadly ada saman.. BUKAN AKU BUAT 
ADIK AKU YANG DRIVE


haaaa jelas kan bukan aku yang drive.
tapi 125 je punnnn................
alhamdulillah selama aku bawak belum kena saman lagi..semoga menjadi pemandu yang lebih berhemah Saz (usap kepala sendiri)
amin.....

so, ape yang berada dalam kepala aku harini memang nak mengejar pukul 1.05 je.
sebab time tu dah abes mengajar.
perlu rushing untuk settlekan saman dan lesen.
okay jujur aku tak tau perlu settle saman ke tak.tapi banyak pendapat yang galakkan aku untuk settle dulu sebelum proceed kompeten.so to the balai polis we go!
haha ini lawak spoil mood.
maklum lah kan kat mana2 front desk pun.
mungkin dah etika dimana 'kaunter pertanyaan' sepatutnya membawa maksud 'don't asked!'
so paham2 la ape jadi.
malang kena dengan perempuan pulak.aku dah buat suara paling comel pun gagal.
wehh aku nak tanya je kottt...salah ke?kalau aku dah tau takde la terkedek2 nak tanya.
tapi takpe.kita pergi balai polis yang boleh settle saman trafik.

okay so pergi balai polis seri alam.
cantik uollss sangat baru.
anggota pun nampak baru2.. ehem!
so dalam 10 minit sampai - 5 minit parking n jalan masuk balai - 2 saattekan nombor dah kena panggil -  1 minit bayar saman then settle.
WHATTTTT???
hahahaa
good start !
ceh dah sangat bermotivasi untuk ke JPJ

so gerak ke JPJ dalam 10-15 minit sampai la.
and rasenye naseb baik sangat balai polis takde waktu rehat.
so takde la buang masa nak tunggu both tempat lepas waktu rehat baru boleh buat urusan.
sampai je JPJ memang dah beratur panjang la untuk amik nombor.
okayy layann ...
tapi alhamdulillah juga duduk dalam 5 minit nama dah kena panggil.
sekejapnye? yelah sekarang aku baru ingat orang yang tekan nombor tu memang tekan beberapa kali which is aku tak paham kenapa ..
bagi lesen + SEKEPING gambar
and that's it.
duduk tunggu.
tak sampai 10minit nama dah kena panggil..
and after all the hardwork (sangat!) 
i got my kompeten lesen !
ALHAMDULILLAH semuanya dipermudahkan...
dalam sejam semua dah settle.
memang Allah tolong mudahkan semuanya..fuhh risau kemain.



*gigih aku malam2 g selongkar bilik nak cari gambar..sebelum ni rase guna 2keping.
sekarang dah baru.
macam ic.
gambar pun dia pulangkan semula..pffttt!
almaklumlah aku bukan tukar lesen tiap2 hari kannn...
















Saturday, August 2, 2014

brunch


biasenye time raya ni aku baru nak sesuaikan balik waktu makan.hahaha macam semalam la kan plan nak buat sarapan itu ini.. last2 termasak kari ayam. so, bersarapan la satu rumah dengan kari ayam n tumis kubis. tak tau la sarapan celah mana tu. nak kata brunch pun tak jugak sebab baru pukul 9. sudahnya tak sampai pukul 10 pagi mata dah kuyu layu. tak pasti jugak time tu aku buat ape. mamai la sangat. makan tengah hari dah takda dalam kamus idup semalam la. esok dah start keje. macam biasa la bila hari bekerja lunch dah merangkap dinner. breakfast harap maaf la memang tak pernah terpikir. 



esok bawak kuih raya. melantak la kuih sampai muntah. 
bila dipikir balik betul la sepanjang cuti raya ni aku ade lunch ke tak ek kat umah?hahaha



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...