Monday, August 18, 2014

Sunkist Bar

disebabkan kekecewaan malam tadi akibat daripada kek yang langsung tak jadi.. huhh! aku buat keputusan arini aku nak buat congo bars..! dah craving lama gila.....! siap dah beli barang nak buat.tapi tengah adun2 bahan sekali tengok si sunkist memanggil2 la pulak....hurmmm so congo bars menjadi sunkist bars lahhhh...tawakal jer...hehehe by luck jadi la pulak. alhamdulillah...

Bahan2

A
2 1/2 cawan tepung superfine
2 1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
(ayak semua bahan)

B
2/3 butter
1 1/2 cawan gula perang lembut
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar sunkist oren

1. ayakkan bahan A.
2. campurkan kismis kedalam tepung.
3. pukul gula perang dan butter sehingga sebati.gunakan senduk sahaja.
4. masukkan telur yang telah dikacau dengan esen vanilla. campurkan sedikit demi sedikit.
5. bila sudah sebati masukkan sunkist oren.
6. masukkan tepung sedikit demi sedikit.
7. sapu loyang dengan sedikit butter dan taburkan tepung sehingga rata.
8. masukkan adunan ke dalam loyang pembakar.
9. bakar pada suhu 170darjah celsius selama 30 minit.kepanasan mungkin berbeza untuk sesetengah oven.




Selamat Mencuba!!









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...