Saturday, June 30, 2018

RAYA 2018 : Syawal ke-15

Khamis lepas lepas abis sekolah aku terus gerak balik kampung.pegi amik Nurul dan barang2 dia.dah abes sem ni.nak pindah rumah baru so kena bawak balik la barang2. sampai rumah dalam pukul 6.30 pm macam tu la lebih kurang..lunyai beb lunyai..sampai rumah terus makan sebab memang lapar gila kot seharian tak makan.malam tu boleh pulak Nurul ajak pegi cari baju untuk LI dia...adoii tapi aku tunggu dalam kereta je la. tido sebab memang dah tak boleh tahan mengantok.pagi Jumaat tu nak gerak beraya ke JB.yelah walaupun raya aritu seminggu lama kan..tapi dah semua nya takda kat rumah pada masa yang sama so tak dapat la nak pegi.ni dah set siap2.haha


mari...

pagi tu plan asal nak gerak dalam pukul 7..tapi cam biasa la budak2 ni..pkul 8 baru dapat gerak. memang pecut habis la nak kejar masa berjanji dengan orang. sejam dah sampai Tol Sempang Renggam. tapi nak masuk ke Benut tu ya Allah...dugaan..hujan oiii..bahaya betul.dalam pukul 9.20 sampai rumah Wak Man.rezeki betul hujan2 dapat makan soto panas..perghhh pedas2 lagi..patutnya sejam je..tapi Cik Nora tiba2 nak join...tunggu jap ah.dalam pukul 11.30 baru gerak pegi ke Senai pulak.

rumah Wak Man.
selalunya aku keluar ke Tol Sempang Renggam semula sebab aku tahu aku boleh kejar masa tapi sebab hujan dan banyak kenderaan memang takkan aku ulang jalan yang sama la..haha so kali ni lalu Air Baloi dan keluar Tol Sedenak. dalam sejam lebih sampai Senai.sebab memang takleh bawak laju pun.hujan renyai..then jem sebelum sampai Tol Senai(U).tapi Cik Edon takda kat rumah la.takpe Cik Uji ada. Nasi Ayam uolls..geram bawak kereta isi lagi perut sampai penuh.haha 

rumah Cik Edon..gambar bersama Cik Uji

dalam pukul 2 gerak ke Dato' Onn pulak.pegi ke rumah Wak Bauk. lalu jalan baru lagi. sebenarnya sebelum ni dah penah lalu tapi sebab tak sengaja. kali ni dah faham jalan tu boleh connect Senai dengan Highway Kempas.jimat sikit lah duit tol.cuma kena pandai set time bila lalu situ. kalau time orang balik keje memang taklah..kirim salam. so guna jalan ni boleh sampai rumah Wak Bauk dalam 15minit je.kebetulan orang nak kuar parking balik solat jumaat tak settle lagi.maka banyak la kereta kat kawasan rumah tu. 

rezeki la kali ni datang ada Wak Bauk. selalunya memang takde..kami dengan Wak Su je. seronok lah Abah. Satay goreng uollss..yummeh..tiga rumah je pon tapi macam nak meletop perut. rezeki2..alhamdulillah..seronok la dapat pegi tiga rumah sekaligus. Wak Man, Cik Edon, Wak Bauk.yeayy..

rumah Wak Bauk

lepas settle kat rumah Wak Bauk kami menyambung sesi beraya sampai ke IKEA..haha ada orang tu nak pegi situ katanyer..bawak je la..so untuk minggu ni kali ke-4 aku menjejakkan kaki ke IKEA. haha lepas balik dari IKEA terus nak cari dinner.niat nak makan tauhu bakar.tapi tauhu bakar takda pulak.makan benda lain je lah.pastu balik ke rumah. semua orang terus lepak..haha sampai ke pagiii

dua family je penuh satu lif.
mesti ada.

so harini Mak Abah, Nurul Nad akan balik naik bas. tak mampu pulak nak drive ulang alik 3,4 kali. Mak Abah pun memang nak naik bas. budak2 tu pun ok.so layankan ajelah. pagi2 Mak mintak nasi lemak.menjajau cari haha.last2 Mamak BFC la yang menjadi pilihan.haha sedap pun sedap. sebelum pegi Larkin ajak makan semua dah kenyang. nak makan ringan2 je..disebabkan belum beli tikat lagi maka sempat la singgah jap kat Jusco. makan cendol..hihi

yummeh
kat parking pon boleh..
lepas makan cendol terus gerak pegi Larkin..tiket paling awal ada pukul 2.30pm..huhu cepatnye nak balik..bila dorang dah selamat naik bas aku pun gerak balik lah. macam biasa mesti hujan.haha so berlari lah aku dengan parking yang jauh tu.drama betul lah.

selamat naik bas.
aku terus amik Kak Timah kat Senai lalu jalan semalam tu haha jimat la masa.then pegi open house Kak Kas pulak...fuh 3 hari ni memang drive je la keje nye...ntah berapa KM aku pusing2..haha

budak nak LI

selamat ber LI la budak..jaga diri baik2..kau hebat.kau boleh buat.

Sekian cerita 3 hari yang panjang..already miss my family...emm emmm marilah kembali ke realiti..


Wednesday, June 27, 2018

MALU

aku ni orang yang nampak keras hatinya..nampak tak peramah. nampak ego. tapi hakikatnya aku la orang terpaling MALU..paling lembut hati..paling mudah tersentuh..paling tisu hatinya..paling manja kalau berdua je. tak kesah la berdua dengan siapa. haha tak pasti ni puji diri sendiri ke atau keji diri sendiri. aku ni yang paling tak bercerita hal peribadi. dengan siapa pun termasuk Mak. alhamdulillah Mak pun jenis tak tanya. tak tanya aku sorang. haha sebab adik2 aku Mak memang tanya.

mungkin sebab aku ni jenis tak bercerita benda2 peribadi kot. so Mak pun malas amik port. sebab memang dah terbiasa aku tak cerita. suka simpan sorang2. memang dah jadi tabiat. yelah benda tak pasti kan. buat apa nak cakap2.. lagipun memang CintaHati tu sorang tu je la. kalau cerita pun nak cerita apa. cukup lah Mak dah tahu. Abah dah tahu. benda lain nak cerita pun takda benda nak cerita. kalau ditanya aku jawab. kalau tak tanya memang aku senyap.

tapi alhamdulillah bila dah confirm..nak call Mak nak cerita pun aku malu. haha bodoh kan aku. memang BODOH. ntah.. sebab aku tak pasti kot apa reaksi Mak. hahaha tapi bila balik kampung. aku kata ada benda nak cerita. hahaha semua orang dah boleh agak aku nak cakap ape. yelah as i said...aku memang jenis takda benda serius nak cerita. banyak cakap hal keje je. hal kat sekolah. selalunya memang tak mintak izin nak cakap pon. haha

awkward gila kot... malu. dengan Mak sendiri pun malu. dengan budak dua orang tu pun aku tak cerita. haha dengan kawan pun tak. housemate sendiri? dah nak dekat majlis aku baru bagitahu.. haha benda ni pun malu. ntah aku pun tak paham. 3 lagi kawan kat sekolah tu pun aku kena bagitahu bersebab. haha sorang kantoi tnya pasal kursus kawen. ntah sebab aku tak tahu nak tnya siapa. sorang lagi sebab aku nak sewa barang dia. tapi last2 dapat free. alhamdulillah..sorang lagi sebab nak mintak tolong makeup kan tapi dia ada hal lain pulak. haha aku ni jahat ke? pastu semua aku ugut suruh simpan amanah. hahaha

best friend sendiri duduk sebelah kat bilik guru aku kena bagitahu sebab nanti camne kalau dia dah beli tket balik kampung? hahaha bestfriend2 lain pun aku tak bagitahu. tapi dorang tahu..tetiba kena tnya soalan cepu cemas...pehh memang jujur cemas aku. korek2 rupanya tahu sebab sorang tu satu sekolah dengan makcik aku. haha tak sangka pulak lah makcik aku nak cerita. bestfriend sekolah pulak tahu sebab tengok IG Fariz. ada bestfriend yang group lain tu pulak aku lom bagitahu..hihi malunye...harap tahu sendiri lah. ramai pulak aku bestfriend kan..alhamdulillah sahabat dunia akhirat..

belum sah halal taknak la cerita2.. senyap2 je dulu..harap2nya semua pegang amanah.haha niat memang nak rahsia..dah kalau yang boleh tahu tu rezeki lah..takpa..kalau orang tanya aku iya kan...kalau tak tanya aku tak cerita.. fair kan? haha siapa yang tahu memang boleh agak siapa..siapa yang tak tahu tu aku biar la dulu..yelah CintaHati tu je sorang..tak pernah tukar pun. nanti insyaAllah dah halal aku bagitahu eh. 


terima kasih Mak sebab sabar dengan akak...hihi terima kasih sebab sentiasa doa yang baik2..

yang penting Mak dengan Abah boleh terima..haha aku tanya sekali je..taknak tnya banyak2 kali takut tak bagi..hahaha alhamdulillah...terima kasih Mak Abah..LOVE YOU !!

korang boleh bayangkan la kan betapa aku tahan malu untuk hari tu...hihi yang lawaknya kena bahan dengan sedara mara je...haha "nasib baik tak dapat kad kahwin terus" haha itu lah niat asal aku...nasib baik CintaHati suruh buat majlis tunang dulu...nasib korang..tebalkan muka je aku ni...setebal telinga aku menghadap sarcasticnya orang ramai masa Fariz kawen..haha

Sekian..

#takpernahtaksayang
#sayangtakpernahkurang
#terimakasihEnTunang
#doayangbaik2


Sunday, June 17, 2018

RAYA 2018 : day 3rd

hari ni adalah hari untuk menyantuni tetamu.. hihi seawal pagi start bekerja. masak memasak..wehooo memang best..tapi after effect tu lagi best nanti..haha maklumlah. dah tua. menu harini lain macam sikit ..tak macam selalu...kebiasaannya secara tradisinya memang sup kaki lembu..takpun soto. tapi tahun ni tak dapat kaki lembu. Mak pulak dah taknak soto. maka permintaan Mak adalah Mee Kari..haha nak tergelak besar rasenya...tak penah la pulak aku masak mee kari.

tapi mak kata kita masak je macam kari biasa tu tapi bagi santan.haha senang kan penyelesaian kami..ye lah kari kteorg memang tak bagi santan. satu lagi mak nak suruh buat rendang.omaigad lagi lah lemah.haha tapi alhamdulillah...berkat kesabaran dapat settle semua dengan baik. lepas tu memang bam bam tumbang bak hang...

satu periuk besar kau...pengsan.
taugeh,kacang,sawi

bawang goreng, limau, daun bawang, daun sup
comel kan?
alhamdulillah rasanya okay..
rendang berenang dalam kuali. 2 kilo daging. berpeluh2 keringkan rendang.huhu
paling power rendang aku buat tahun ni. poyo kan? mungkin sebab sabar menunggu haha takda lah macam orang lain buat.. biasa2 je tapi bagi aku yang tak pandai ni rasa bangga la sikit..haha puji diri sendiri..nak harap orang lain memang tak lah. disebabkan harini ada orang tu balik Perak so mintak mak buat ketupat. haa yang tu aku tak sentuh langsung. Abah yang settle.

belum berisi

comel kan....

takda amik gambar tetamu yang datang sebab lepas siap masak aku memang terus tumbang takleh bangun..selamat bermimpi...huhu terima kasih yang datang rumah dari tengah hari sampai ke malam bertukar ganti..sory lah kalau ada yang terkurang.

Sekian for now..



Saturday, June 16, 2018

RAYA 2018 : 2nd day

Raya kedua bermula dengan sarapan yang lazat kat rumah Cik Ipah. sebelum berangkat ke rumah atok belah Mak singgah dulu la kat rumah dia. alhamdulillah rezeki dapat isi perut pagi2.. tetiba terus berkumpul adik beradik Abah.. hihi lepas tu terus gerak pegi rumah Atok. tapi macam biasa lah tak siap lagi semuanya. nak pegi beraya tapi berlengah2 pun masalah jugak.. so lepak jap lah kat Bukit Gambir tu. malas nak mengadap orang bersiap.

already miss puan rumah.

lepas jumpa Atok kami pun terus gerak beraya kat rumah atok2 sedara..tahun ni kami pegi 3 family je. menunggu punya la lama. ingatkan semua ikut sekali.ayoyoo tidak rupanya. takpelah. kita nak beraya pun bukan nak marhaban. seronok tiap2 tahun jumpa Atok2 ni..bukannye hari biasa tak pernah jumpa.tapi bila raya rasa lain sikit.gituuu~

#teamlightblue
kelas tak...light blue semuanya...haha 1st time aku pakai shawl warna ni.. tapi terpaksa lah sebab harini memang kena pakai baju yang selesa..sepuluh rumah nak settle oii...haha takleh pakai baju hijau tu memang sendat mendat sarung nangka lah di penghujung hari..walaupun pada hakikatnya ketiak basah...hahahaa tapi takpa today makan day..setiap rumah makan weh... rumah ke-8 aku tewas. lepak dalam kereta. sebab kena drive sendiri. huhu

tingkap kegemaran kami.
lepas settle rumah Atok2 kami pegi rumah Cik ijah. cilok sana sini maklumlah Tangkak hari biasa pun pening kepala inikan pulak time raya. haha kalau tengok maps memang tak pernah tak merah. so lalu dalam je semua nye. eh come on jangan tambah jem kat luar lahh haha. aku sampai dulu then tunggu tuan rumah 15 minit baru sampai. then tunggu kereta satu lagi lama jugak lah. sempat tido dalam kereta.

lepas tu kami pegi rumah Cik Jamal pulak. kami je sebab family yang lain dah pegi raya 1st.. so harini baru kami sempat nak pegi. lepak lama sikit kat situ.pastu ready pegi shopping untuk open house esok...huhu memang macam nak tercabut satu badan nih. 

okeh secara rasminya harini habis lah beraya ..lepas ni duk rumah duk dapur je la..hihi


Sekian..
tengok ape jadi esok lusa.




Friday, June 15, 2018

RAYA 2018

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

berpeluh tu memang tak boleh nak ubah. haha

Raya tahun ni ada beberapa kelainan yang ketara. ada perubahan, ada pertambahan dan ade pengurangan.starting macam beria kan? haha okeh pertambahan jelas lah bertambah ahli keluarga. hihi tahun ni bertambah lagi sorang perempuan dalam family. rajin pulak tu orangnya. eh aku tak buli eh. dia memang rajin. aku pun tak terkejar lah kerajinan dia tu. adik ipar aku lah. tambah la koleksi adik beradik yang rajin. emm aku tak. aku bawah paras normal. haha

okeh pengurangan adalah dari segi tingkap yang selama ni menjadi dilema. haha yeayyy aku berjaya! macam mana boleh kurang tingkap tu? ade ler... haha tapi tahun ni tak tukar langsir pun. emm masih guna yang tahun lepas. cuma tambah baik je. tambah riben jadi pengikat. haa ok lah tu. kalau guna pengikat yang fancy2 kang jadi mainan budak2 pulak. so aku dah kurangkan dilema semua orang. 

baik now.. apa yang berubah? oh bukan fizikal aku eh. ada la sikit masa puasa. ade lah dalam 10 kilo je. haha mana orang nak percaya kalau aku cakap. tapi perubahan tu adalah untuk aku menikmati cuti dua minggu di rumah dengan sepuas hati. hihihi no worries...baju raya masih muat. itu yang penting. okeh back kepada perubahan tu hanyalah perubahan status dik. tak effect banyak sangat pun. sikit2 je. (masih mengharap kepada perubahan banyak tu)

#teamhijau
yup tahun ni akhirnya pilih tema hijau ni. sekali tengok family mak haha ramai pulak yang pakai warna sama. nasib baik 1st day memang kita spend dengan family abah. hihi 

gambar skema tadi memang selalu nampak macam sedih. so taraa~
pose lain.
nampak tak pintu yang kat belakang tu..haha itulah penyelesaian aku terhadap rumah yang terang benderang. tambah lagi bilik. hihi memang la best sebelum ni udara segar masuk dalam rumah..tapi kepala memang macam nak pecah sebab terang sangat.. alhamdulillah..tercapai lah impian tu nak ada bilik yang cukup. tapi lama dah sebenarnya buat tu. sejak tahun lepas lagi.

baju atok sedondon dengan kami tapi tudung ada sikit lain. hihi

#TheRazaks
tahun ni kurang 2 family dalam gambar.. dua family memang duk kampung dekat2 je. so pagi2 raya ni sibuk sikit la kat rumah tu. satu family masih di KL rasanya time ni. dan satu lagi beraya di Pontian. insyaAllah nanti jumpa lah.

favorite spot di rumah atok. tempat ini paling aku selesa dan suka.
raya pertama tahun ni macam singkat sikit lah masanya sebab hari Jumaat kan.. lepas pegi rumah atok bertandang la ke rumah mak long. then balik rumah sebab nak lepaskan solat Jumaat.. dapatlah aku lepak habis sebab orang lain seronok beraya aku pulak high fever.. seronok ya amat... tapi aku bedal je makan minum semua. haha dua jam tido tanpa sedar langsung. pengsan. sedar2 dah pukul 4 rupanya ada 3 family datang beraya ke rumah. hihi maaf lah. memang tak terdaya langsung lah. semalam dah pulun habis. muka pun memang muka demam.haha

so lepas bangun dan siap2 semula tu terus gerak pegi Batu Pahat tempat biasa lah. tahun ni sedih sikit lah sebab sepupu Abah sorang dah meninggal..tapi masih la pegi rumah dia dan sorang lagi tu kat Sri Medan. pastu balik terus gerak pegi Melaka rumah MakSu hihi.alhamdulillah tak sesat. tapi kali ni memang aku langsung tak boleh nak drive. huhu seb baik ada Fariz. fuhhh insyaAllah raya kedua baru ke rumah atok belah Mak.. hihi

Sekian..nanti citer 2nd day raya pulak.

satu gambar lagi !! hahaha










Thursday, June 14, 2018

Sehari sebelum Raya : Part 2 Kuih Raya

Biasanya setiap kali raya kami akan masukkan kuih raya dalam bekas tu pagi2 raya...tapi kali ni ntah kerajinan takda nak buat apa malam2 ni so marilah kita isi kuih raya..or biskut raya. ahh mana2 lah...

Tahun ni tukar semua bekas baru..yang lama tu mudah masuk semut lah. dah la rumah ni memang bersemut je ..haha so cari bekas yang lebih kedap. puas hati aku dah berapa hari aku eksperimen dengan semut alhamdulillah memang takleh masuk. lagipun yang lama dah banyak yang pecah..dan bertahun2 pun so kali ni melabur lah sikit beli yang baru.hihi

hai bekas baru
bekas tupperware tu dah setahun baru dapat guna..huhu
so beramai2 lah isi...selalunya aku dengan Abah je pagi2 raya..so kali ni ada 30 bekas nak di isi...campur2 la kerepek ada kuih ada...kuih buat sendiri ada...kuih beli pun ada..puas mengisi..haha

macam2 ada..
nampak macam hambar... sehambar jiwa aku..haha tapi yang penting insyaAllah all kedap. so dah settle isi kuih boleh la tido dengan tenang..alhamdulillah...marilah beraya dengan bahagia...

Selamat Hari Raya..



Sehari sebelum RAYA : Part 1 Munjung

ramai orang dah start 'munjung' awal sekarang ni...'munjung' tu macam hantar makanan kat jiran2 lah..tukar2 juadah raya..best weh haha tapi kami masih lagi masak sehari sebelum raya. taknak la masak banyak2 kali.masak banyak terus. untuk munjung dan makan pagi raya sekali. 

masak simple je. ayam masak merah, sayur tumis, sambal kacang. ketupat guna yang segera je. ketupat daun buat nanti2 lah..bila dah raya. hihi nasib baik Ana bawak bekalan ketupat pulut. tak payah buat...sedapnyeee... biar lah berangin pon...makan puas2. haha walaupun tengah demam. 

sayur tumis

sambal sebelum tercampaknya ayam haha

settle...
sedia untuk dihantar ke jiran2
marilah munjung..kali ni Fariz, Ana dengan Nad je yang hantar...aku dah selamat lepak..tak mampu dah...nanti aku story part 2 pulak.

Esok raya weh...
hihi






Wednesday, June 13, 2018

DUIT RAYA

Tahun ni tak sempat nak beli sampul duit raya on9..lagipun tak berkenan dengan corak tahun ni..i mean dari page favorite aku lah. so cam tangguh2 last2 tau2 dah nak balik raya..sebab aku tak berkenan sangat sampul yang cam raya2 sangat nih..kekwat kan.. so cari sampul kat kedai jumpa yang paling simple...tak ingat nak amik gambar..tapi sekali dah siap masukkan duit dalam sampul Fariz mesej tunjuk dapat sampul raya masa beli handphone..omaigad. 

so cute
aku pon cam nak !!!! hahaa benda free kan...sekali tengok comel gila oiiii besar pulak tu..memang untuk duit purple ni...tapi apakan daya..duit hijau cair aku tu nampak kerdil je kat dalam tu. haha

alhamdulillah ada rezeki duit raya tahun ni..walaupun bukan duit keras kejung. hihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...