Khamis lepas lepas abis sekolah aku terus gerak balik kampung.pegi amik Nurul dan barang2 dia.dah abes sem ni.nak pindah rumah baru so kena bawak balik la barang2. sampai rumah dalam pukul 6.30 pm macam tu la lebih kurang..lunyai beb lunyai..sampai rumah terus makan sebab memang lapar gila kot seharian tak makan.malam tu boleh pulak Nurul ajak pegi cari baju untuk LI dia...adoii tapi aku tunggu dalam kereta je la. tido sebab memang dah tak boleh tahan mengantok.pagi Jumaat tu nak gerak beraya ke JB.yelah walaupun raya aritu seminggu lama kan..tapi dah semua nya takda kat rumah pada masa yang sama so tak dapat la nak pegi.ni dah set siap2.haha
mari... |
pagi tu plan asal nak gerak dalam pukul 7..tapi cam biasa la budak2 ni..pkul 8 baru dapat gerak. memang pecut habis la nak kejar masa berjanji dengan orang. sejam dah sampai Tol Sempang Renggam. tapi nak masuk ke Benut tu ya Allah...dugaan..hujan oiii..bahaya betul.dalam pukul 9.20 sampai rumah Wak Man.rezeki betul hujan2 dapat makan soto panas..perghhh pedas2 lagi..patutnya sejam je..tapi Cik Nora tiba2 nak join...tunggu jap ah.dalam pukul 11.30 baru gerak pegi ke Senai pulak.
rumah Wak Man. |
selalunya aku keluar ke Tol Sempang Renggam semula sebab aku tahu aku boleh kejar masa tapi sebab hujan dan banyak kenderaan memang takkan aku ulang jalan yang sama la..haha so kali ni lalu Air Baloi dan keluar Tol Sedenak. dalam sejam lebih sampai Senai.sebab memang takleh bawak laju pun.hujan renyai..then jem sebelum sampai Tol Senai(U).tapi Cik Edon takda kat rumah la.takpe Cik Uji ada. Nasi Ayam uolls..geram bawak kereta isi lagi perut sampai penuh.haha
rumah Cik Edon..gambar bersama Cik Uji |
dalam pukul 2 gerak ke Dato' Onn pulak.pegi ke rumah Wak Bauk. lalu jalan baru lagi. sebenarnya sebelum ni dah penah lalu tapi sebab tak sengaja. kali ni dah faham jalan tu boleh connect Senai dengan Highway Kempas.jimat sikit lah duit tol.cuma kena pandai set time bila lalu situ. kalau time orang balik keje memang taklah..kirim salam. so guna jalan ni boleh sampai rumah Wak Bauk dalam 15minit je.kebetulan orang nak kuar parking balik solat jumaat tak settle lagi.maka banyak la kereta kat kawasan rumah tu.
rezeki la kali ni datang ada Wak Bauk. selalunya memang takde..kami dengan Wak Su je. seronok lah Abah. Satay goreng uollss..yummeh..tiga rumah je pon tapi macam nak meletop perut. rezeki2..alhamdulillah..seronok la dapat pegi tiga rumah sekaligus. Wak Man, Cik Edon, Wak Bauk.yeayy..
rumah Wak Bauk |
lepas settle kat rumah Wak Bauk kami menyambung sesi beraya sampai ke IKEA..haha ada orang tu nak pegi situ katanyer..bawak je la..so untuk minggu ni kali ke-4 aku menjejakkan kaki ke IKEA. haha lepas balik dari IKEA terus nak cari dinner.niat nak makan tauhu bakar.tapi tauhu bakar takda pulak.makan benda lain je lah.pastu balik ke rumah. semua orang terus lepak..haha sampai ke pagiii
dua family je penuh satu lif. |
mesti ada. |
so harini Mak Abah, Nurul Nad akan balik naik bas. tak mampu pulak nak drive ulang alik 3,4 kali. Mak Abah pun memang nak naik bas. budak2 tu pun ok.so layankan ajelah. pagi2 Mak mintak nasi lemak.menjajau cari haha.last2 Mamak BFC la yang menjadi pilihan.haha sedap pun sedap. sebelum pegi Larkin ajak makan semua dah kenyang. nak makan ringan2 je..disebabkan belum beli tikat lagi maka sempat la singgah jap kat Jusco. makan cendol..hihi
yummeh |
kat parking pon boleh.. |
lepas makan cendol terus gerak pegi Larkin..tiket paling awal ada pukul 2.30pm..huhu cepatnye nak balik..bila dorang dah selamat naik bas aku pun gerak balik lah. macam biasa mesti hujan.haha so berlari lah aku dengan parking yang jauh tu.drama betul lah.
selamat naik bas. |
aku terus amik Kak Timah kat Senai lalu jalan semalam tu haha jimat la masa.then pegi open house Kak Kas pulak...fuh 3 hari ni memang drive je la keje nye...ntah berapa KM aku pusing2..haha
budak nak LI |
selamat ber LI la budak..jaga diri baik2..kau hebat.kau boleh buat.
Sekian cerita 3 hari yang panjang..already miss my family...emm emmm marilah kembali ke realiti..
No comments:
Post a Comment