Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
berpeluh tu memang tak boleh nak ubah. haha |
Raya tahun ni ada beberapa kelainan yang ketara. ada perubahan, ada pertambahan dan ade pengurangan.starting macam beria kan? haha okeh pertambahan jelas lah bertambah ahli keluarga. hihi tahun ni bertambah lagi sorang perempuan dalam family. rajin pulak tu orangnya. eh aku tak buli eh. dia memang rajin. aku pun tak terkejar lah kerajinan dia tu. adik ipar aku lah. tambah la koleksi adik beradik yang rajin. emm aku tak. aku bawah paras normal. haha
okeh pengurangan adalah dari segi tingkap yang selama ni menjadi dilema. haha yeayyy aku berjaya! macam mana boleh kurang tingkap tu? ade ler... haha tapi tahun ni tak tukar langsir pun. emm masih guna yang tahun lepas. cuma tambah baik je. tambah riben jadi pengikat. haa ok lah tu. kalau guna pengikat yang fancy2 kang jadi mainan budak2 pulak. so aku dah kurangkan dilema semua orang.
baik now.. apa yang berubah? oh bukan fizikal aku eh. ada la sikit masa puasa. ade lah dalam 10 kilo je. haha mana orang nak percaya kalau aku cakap. tapi perubahan tu adalah untuk aku menikmati cuti dua minggu di rumah dengan sepuas hati. hihihi no worries...baju raya masih muat. itu yang penting. okeh back kepada perubahan tu hanyalah perubahan status dik. tak effect banyak sangat pun. sikit2 je. (masih mengharap kepada perubahan banyak tu)
#teamhijau |
yup tahun ni akhirnya pilih tema hijau ni. sekali tengok family mak haha ramai pulak yang pakai warna sama. nasib baik 1st day memang kita spend dengan family abah. hihi
gambar skema tadi memang selalu nampak macam sedih. so taraa~ |
pose lain. |
nampak tak pintu yang kat belakang tu..haha itulah penyelesaian aku terhadap rumah yang terang benderang. tambah lagi bilik. hihi memang la best sebelum ni udara segar masuk dalam rumah..tapi kepala memang macam nak pecah sebab terang sangat.. alhamdulillah..tercapai lah impian tu nak ada bilik yang cukup. tapi lama dah sebenarnya buat tu. sejak tahun lepas lagi.
baju atok sedondon dengan kami tapi tudung ada sikit lain. hihi |
#TheRazaks |
tahun ni kurang 2 family dalam gambar.. dua family memang duk kampung dekat2 je. so pagi2 raya ni sibuk sikit la kat rumah tu. satu family masih di KL rasanya time ni. dan satu lagi beraya di Pontian. insyaAllah nanti jumpa lah.
favorite spot di rumah atok. tempat ini paling aku selesa dan suka. |
raya pertama tahun ni macam singkat sikit lah masanya sebab hari Jumaat kan.. lepas pegi rumah atok bertandang la ke rumah mak long. then balik rumah sebab nak lepaskan solat Jumaat.. dapatlah aku lepak habis sebab orang lain seronok beraya aku pulak high fever.. seronok ya amat... tapi aku bedal je makan minum semua. haha dua jam tido tanpa sedar langsung. pengsan. sedar2 dah pukul 4 rupanya ada 3 family datang beraya ke rumah. hihi maaf lah. memang tak terdaya langsung lah. semalam dah pulun habis. muka pun memang muka demam.haha
so lepas bangun dan siap2 semula tu terus gerak pegi Batu Pahat tempat biasa lah. tahun ni sedih sikit lah sebab sepupu Abah sorang dah meninggal..tapi masih la pegi rumah dia dan sorang lagi tu kat Sri Medan. pastu balik terus gerak pegi Melaka rumah MakSu hihi.alhamdulillah tak sesat. tapi kali ni memang aku langsung tak boleh nak drive. huhu seb baik ada Fariz. fuhhh insyaAllah raya kedua baru ke rumah atok belah Mak.. hihi
Sekian..nanti citer 2nd day raya pulak.
No comments:
Post a Comment