Monday, April 16, 2018

pandai kunyah, pandai telan

tadi tetibe dapat tau game nanti clash dengan satu lagi prog terhebat abad ni. memang lagi lah tak boleh lawan.. hmm ralatnye tu Allah je yang tahu..budak ? hmm dorang lagi ralat kot. player bagus..yee bukan yang lain tak bagus. tapi dia bagus dalam posisi dia.. terlibat pulak dengan program tu.. memang salah aku lah tak alert. tak cakna. tak amik tahu. kesian dia dah datang latihan. kesian aku dah ada harapan. memang la bukan harapan untuk menang sangat pun. tapi harapan nak dapat team yang walaupun bukan terbaik at least nampak berfungsi dengan baik. 

senang la cakap.. "macam takda orang lain.." "takkan takda orang lain.." " ala..pilih je la siapa2 pun" "kalau team dah kuat tak kisah pun kan sapa ade sapa takda" dah tu buat apa training? baik aku pilih je sape2 budak yang nak ponteng sekolah time tu. haa hantar je.. lantak la tau main ke tak. pandai main ke tak. asalkan hantar. haa patut buat macam tu je..aku tak tahu main..tapi budak tolong.. tolong ajar.. tolong carikan jurulatih.. yelah cikgu2 yang awalnya kata tahu main pun senyap sunyi krik krik je.. ye memang seronok bagi orang harapan. 

kau ingat aku kuat ke? aku buat ni semua..aku ikhlaskan hati ni semua sebab budak2 tahu. kalau tak kerana dorang yang nak main.. yang mudahkan semua benda.. takdenya aku ni hadap la nak stay back nak tunggu tahu tak? orang mampu cakap je.. mana nak fikir orang lain tu sentap ke tak. penat beb. kalau tak sentap tu bukan manusia la. ingat seronok ke buat keje dua tiga kali ? dah siap print siap senarai nama.. surat2.. tapi kena edit balik... kena print balik.. 

yelahh aku ni tak nampak bersungguh sangat.. tak suka nak tunjuk. buat latihan bila orang dah balik. buat latihan hari jumaat.. gelanggang tak free pegi lari tempat lain.. sampai ke sekolah sebelah. semua tempat tak free? terpaksa la batal latihan sebab memang takda tempat langsung.. sorang2 aku hantar balik.. kelat je muka budak2.. aku nampak macam tak kesah . abis tu takkan aku nak nanges? aku mengadu pun dengar macam angin je.. siap cakap lagi macam tak nampak pun buat latihan ? lahh agak yang aku cakap2 bebel2 tu aku bersyair agaknye. yelah.. takkan la kita nak kacau benda2 'penting' . yang atas pun duk perlekeh..hmm

my girls

ingat nak simpan sorang je. telan.. hadam sorang2.. tapi nanti gila pulak. aku memang tak tahu macam mana nak terima kasih kat budak2 ni..terharu kot.. macam tak sangka budak2 ni betul2 ada komitmen. sanggup datang. walaupun panas terik tu memang tak terluah la dengan kata2.. harini je redup sebab lepas hujan. budak yang sama. baik2 pulak budaknya. alhamdulillah.. terima kasih Allah mudahkan kerja aku. Allah je dapat balas jasa korang ni.. sabar ye semua.. sikit lagi nak habis.. 

aku pun memang terkesan dengan benda ni semua.. fizikal dan mental. tak dapat nak settlekan kerja. yelah orang lembap macam aku ni takleh nak settle banyak benda dalam satu masa. semua kena siapkan satu2. training selang sehari tapi hari tak training tu pun balik lambat hal kerja jugak. tapi diam2 banyak kali jugak latihan ni. aku pun tak sangka. huhu

ingatkan abes ni semua baru nak siapkan balik kerja yang tertunggak..hmm harammm kena hantar minggu ni jugak.. adoii.. pening  serabut kepala. buat mana yang mampu je la.. jangan cakap pasal enjoy.. jangan cakap pasal ikhlas dengan aku.. aku dah cuba. dan aku dah penat. aku cuma nak buat yang terbaik bagi aku.. terbaik kat mata orang memang tak lah... mati beb. sekarang ni nak tido je.. harap bangun2 esok tak sakit hati lagi. eh tak sakit kepala lagi.


sekian coretan hari ini..
panjang pulak.
rajin aku taip.
#takikhlastakenjoy
#takenjoyakutakbuat
#diam2dahla
#akutaknakmengadulagi
#simpansorang2
#mengadukatsini




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...