Wednesday, October 30, 2019

Cameron Highland with Family DAY 1 : CameronValley

dah lama dengar MakAbah nak pegi cameron. tapi macam biasa lah as org yang terlibat dengan cuti sekolah memang tak lah aku nak menjejakkan kaki ke situ masa cuti sekolah kan? haha aku memang dulu dah rasa puas masa belajar. sejak keje memang tak jejak kaki lagi ke situ. tapi telinga Fariz lama2 tak tahan. haha plan last minit ni. memang takda chance nak tolak pon. haha dia plan nak pegi time cuti Deepavali haritu. sanggup tu nak amik cuti hari Jumaat. dia kata nak pegi awal cuti sebab orang masih keje lagi. aku dah bagitau awal2 semua negeri cuti sekolah start hari jumaat. tapi dia tak percaya. berdegil. so aku malas nak argue banyak. aku ikutkan aje. oh ye. Suami aku tak ikut. malas nak bersesak katanya. so aku pegi dengan family aku je. pastu aku ikut Fariz sampai ke Taiping. Suami amik kat sana. kete aku Nurul yang drive bawak balik. dia tunggu aku balik dari Perlis baru dia nak balik UTHM dengan adik sekali balik sama2 ke UTM.




okeh pagi jumaat tu memang aku plan lepas Subuh je nak gerak. tapi paham2 la kan. ada dua orang lagi adik manisss kau ghase? memang taklah.. tapi kami berjaya keluar rumah around pukul 6.15. sampai di tol Tangkak dalam pukul 6.30 kot macam tu. dalam pukul 11 pagi sampai tol SimpangPulai. sebab berjanji dengan Fariz kat situ. fuhh rabak gila mata. bertahan sampai TanjungMalim. kat situ baru Nurul drive sampai ke tol SimpangPulai. then bila Fariz sampai kami pun gerak lah naik ke atas. perjalanan naik ke atas tu ok je tapi once dah sampai TanahRata haa time ni lah baru kereta bersusun. tapi tak teruk sangat lagi. masih boleh gerak. mungkin sebab orang belum ramai sangat. kami terus menuju ke homestay sebab dah lapor gila. 



sampai kat homestay tu dalam pukul 2.30pm. fuh 3 jam jugak kan. matiii.. azam nak cepat sampai atas tu nak gomol Fatheen je. hahaha konon sumber kekuatan lah. gitchuu~ lepak2 dulu kat homestay.. makan2.. lagipun tetibe hujan lebat gila. so memang sedang elok lah. mengantok + lapor + hujan. cun. 2 jam jugak lepak. lepas asar dalam pukul 4.30pm tu kteorg gerak gi CameronValley dulu. setengah jam je. hahaha tu pun sampai2 je tak sempat nak turun kat LadangTeh dah hujan selebat2 hujan. huhu nasib baik. kalau tak basah kuyup kat bawah tu. kesian kat orang2 yang dah turun sampai bawah, redha je lah. haha ape lagi sejuk2 gila sesuai lah minum panas2.. makan kek banyak2. haha bila dah tak hujan baru kteorg gedik2 turun bawak tu. bawak MakAbah sekali lah. mula2 taknak. pastu ehh dorang pulak kemain selpie berdua. hahaha lepak kat situ dalam sejam je. pastu gerak balik homestay.




homestay kami kat Brinchang. bangunan belakang Petronas. curam gila nak mam.. hahaha tapi aku managed untuk naik ke atas tempat parking tu. haha  so sebelum naik ke bilik kami jalan2 dulu kat kedai souvenir kat bawah tu. beli benda2 basic orang g Cameron lah. keychain2 dah sebagainya.. benda2 makanan dah beli awal2 sebelum balik homestay tadi. bekos ada orang nak masak tomyam. haha btw kami kesana sini naik satu kereta je sumbat ramai2. senang. malas nak naik dua kereta. fikir parking lagi kan. so lepas jalan2 macam nak tercabut tulang pinggul tu kami terus naik ke homestay. memang takda niat langsung nak berjalan malam2 tu. yelah nak berjalan pun kemana kan. so makan tomyam kenyang2... gomol Fatheen puas2. then tido sejuk2 peluk diri sendiri. haha



okay sambung next post. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...