TAHNIAH !
NURUL AMIERA SHAHIDA BINTI MAAROF
ahad tu aku ada taklimat penandaan. sebenarnya dua hari. tapi sebab isnin aku dah amik crk so ganti dengan cikgu lain lah. so ahad lepas taklimat tu aku terus gerak amik Nad kat UTM. pastu gerak pegi UTHM sebab MakAbah dah kat sana dengan Fariz satu family. dah ada kat homestay yang boleh tahan drama jugak lah last minit tukar tempat. aku sampai tu dah gerimis. ingatkan rehat2 jap then nak pegi pesta konvo. hujan lebat gais.. selebat2 hujan. so lepas maghrib lah baru keluar. pegi makan dulu then baru pegi pesta konvo. disebabkan jarang2 aku gigih pegi pesta konvo situ so dekat pukul 12 baru beransur balik. hahaha macam nak tercabut tulang punggung nih.
so pepagi esok nye gerak dalam pukul 7 lah. sebab nak amik gambar dulu. haha sebab aku tak leh stay sampai habis. sebab Nad kena ada kat UTM sebelum pukul 12. ergghhh ! so kalau dulu gambar Fariz tu berjerebu tapi kali ni gambar konvo Nurul berkabus. haha sebab pagi sangat. matahari pun belum keluar. lepas hantar Nurul dengan MakAbah masuk dewan kteorg lepak jap kat library makan breakfast. then lepak2 jap kat tasik. pastu balik rumah amik barang then gerak balik JB. fuhhh tak sampai 24jam dah ade kat JB semula. bertuah punya budak.
lepas hantar Nad aku terus gerak g ikea sebab nak jumpa Yuni nak berguru untuk taklimat penandaan yang aku tak pergi tu. hahaha fancy tak tempat taklimat hari isnin. okay lah. boleh makan2 selesa tak ramai orang. punya tekun menyalin tu sekali pandang macam nak submit borang untuk MLM. hahaha nasib baik jugak lah sampai awal. so takpayah aku nak pegi rumah dia. settle kat ikea je. dapatlah menanda dengan aman.. haha sangattt.
buat yang terbaik eh Nurul untuk master nih. jangan main2. kita je tahu apa yang kita lalui untuk sampai ke tahap nih. konvo tu satu hari je. tapi hari2 yang kita lalui untuk dapatkan yang sehari tu yang yang buat konvo je tu jadi special. orang yang tak terlibat dia takkan rasa apa. memang akan rasa remeh dan tak penting pun. yelah. kita tak cerita benda yang susah. kita cerita benda yang baik2 yang orang tak tahu apa jadi di sebalik tu. so untuk kita nih memang kita layak nak raikan hari ni. walaupun tak sampai habis. hahaha
No comments:
Post a Comment